Mar 22, 2010

Sedot

salam semua

waktu ini aku berasa gembira. walaupun perasaan gembira tidak setahap gembira yang sebelum ini, aku tetap bersyukur. ini semua hikmah Allah yang memberi kita ujian, penat lelah tension kehidupan, kemudian kita diberikan kegembiraan, kita akan berasa bersyukur.

aku ditemukan semula kawan2 lama yang pernah berjuang bersama menghadapi kehidupan suatu ketika dulu. duduk bersama bercerita kisah2 lepas, mencungkil kembali memori2 yang sudah kian, membuat aku senyum terharu.

semangat inilah yang membuat aku terus tegar untuk hidup.

kadang2 aku berasa bersalah juga sebab menaruhkan motor2 kawan aku hanya untuk mengecapi perasaan ni. aku tiada kenderaan. dan tangunggjawab untuk menjaga motor kawan aku, kalau rosak hilang, mampos haih~

dan terima kasih Allah memberi aku antibodi yang kuat. setiap minggu ulang alik redah hujan tak demam2. hoho~

ada sesekali masa aku bertanya kepada diri aku. apakah kejayaan yang telah aku kecapi setakat ini? kepada diri sendiri, keluarga atau agama. aku menjadi keliru.



(?)



aku bertapa..beramal. dan memahmudahkan diri seketika



dan aku berjaya menyelamatkan diri daripada ketakutan tersebut.



jelas sudah tujuan aku, tanggungjawab aku. keluarga, sahabat, pelajaran, parkour, cinta dan sebagai salah satu nyawa yang hidup di bumi. persoalannya sekarang sejauh mana mampu aku pergi, setakat mana aku akan berhenti. dan apakah aku akan terkeliru sekali lagi?

dan aku bersyukur. sekali lagi.

ada suatu malam. aku set kepada diri aku, malam ni, time lepak, aku tak nak sembang yang sia2!

malam itu berjalan dengan lancar~

aku mendapat pengajaran, inspirasi pada malam itu. terima kasih kawan2~

tanya pada diri kita.
apakah kejayaan yang bermakna pada diri kita yang telah dikecapi?
apakah kita gembira dengan gaya hidup sekarang?
apakah cita2 dan impian terlaksana?
adakah kita akan menyesal dengan cara hidup kita jika mati sekarang juga?
adakah kita sedang berusaha dalam mengecapi cita2 kita?


jangan kau sibuk bercerita zaman kegelimangan yang lepas jika kau sekarang adalah seorang yang gagal.

manusia yang berjaya adalah manusia yang bermatlamat.

manusia yang berjaya adalah manusia yang berusaha mencapai matlamat.

"live with no regrets. its never too late to start"

hoho. aku semakin semangat untuk hidup.

k nak tido.bye


calu