Jan 8, 2010

Kira Dari Awal Semula 2

salam semua

tahun baru! yeay yeay! tahun baru! yeay yeay! azam baru!wooho! aku paling suke tahun baru. sebab nama aku paling famous time time gini.

*cek haribulan*


wtf. its already 8hb lorh. tak sempat buat hajat. haish.


*alasan*


sempena tahun baru ni, biar aku bermadah. anak guru A. Samad Said (master inspirasi) la biasakan~

********************

tahun baru, lahirlah 'aku' yang baru,
tahun baru, biar kita tengok bunga api dulu.

baju sendat, muka ketat, perangai palat,
orang sekeliling aku. haih, kata tahun baru, perangai mesti baru.

dosa,dosa,dosa,dosa,
orang sekeliling aku. haih, kata tahun baru, perlakuan mesti baru.

tahun baru, lahirlah 'aku' yang baru,
tahun baru, biar kita tengok bunga api dulu.


air malam ni biar mahal sikit. apa salahnya, tahun baru,
rasa baru mengalir di tekak, ini rupanya rasa arak,
aku masih mentahan, air macam ni aku kena biasakan.

tahun baru, lahirlah 'aku' yang baru,
tahun baru, kita tengok bunga api dulu.

duit aku saving semata-mata untuk malam ni.. jom main judi?
ting ting yes aku menang. terima kasih tuhan,
duit masuk berguling-guling, masanya untuk clubbing.

tahun baru, lahirlah 'aku' yang baru,
tahun baru, kita tengok bunga api dulu.

aku menari-nari tak sedarkan diri,
tangan kiri sebotol Jackie, tangan kanan, entah siapa aku tak kenal.

pedulikan.

aku menari-nari tak sedarkan diri,
pukul berapa ah, aku tidak peduli,
yang penting buang depresi,
malam ini malam tahun baru, malam ini malam aku!

tahun baru, lahirlah 'aku' yang baru,
tahun baru, kita tengok bunga api dulu.

aku dah cukup besar. tiba masanya aku contribute negara sendiri,
"sayang, jom?"

ah ah, aku merasa apa yang orang rasa. haih, kata tahun baru, mesti la 'special',

tahun baru, bila dah rasa, apa salahnya aku buat semua


tahun baru, lahirlah aku yang palat,
bunga api.. sudah aku lihat.


sinar suria menikam mata,
malam tadi, aku dihanyut noda,
argh, menyesal.

tahun ni konfem teruk,
'aku' dah jadi orang yang buruk.


haih.


terpaksa tunggu tahun depan,
aku nak jadi orang yang lebih berwawasan.




***************************

semoga sambutan tahun baru kita sebelum ni tak macam ni. . tapi, kalau ada yang terlanjur-lanjur tu, pintu taubat sentiasa terbuka ya!



calu


aku tengok post tahun baru aku yang lepas, bapak banyak trick aku boleh buat. sekarang ni sideflip pun cam haram.haha