Jul 25, 2009

Pertahankan Impian Kita

salam semua.

wooho. inspirasi dah mai. master inspirasi tengah sibuk wusha anas tahir dekat youtube. (baca : master inspirasi bukan realiti. jadi sape yang layan anas tahir jangan perasan) bersama kita di rumah ini.....lol. takde? cuma uziaq yang sibuk dengan perkembangan terkini(oh!bulan.com) dengan rokok daun yang tak lepas dari tindihan bibir.



satu2 nya cerita none-nippon yang berjaya memerah mata dolah



ulasan ringkas tentang cerita ini...menyayat hati.mengketap gigi.memerah mata.buat kau rasa nak sembahyang awal waktu. sape yang ada keinginan nak maticepat tengok cerita ini dahulu. fikir semula


entah kenapa sambil aku melayang layang layan lagu ending movie nih, aku teringatkan zaman2 kecil aku. zaman yang aku suka berangan. dulu aku berangan nak terbang sambil tembak2 peluru tenaga dari telapak tangan. dah sah ini pengaruh dragon ball. aku pernah juga berangan untuk bersalaman dengan orang yang pernah masuk tv atau surat khabar kerana aku percaya orang tersebut mempunyai keistimewaan tersindiri yang membolehkan beliau dihighlight di mata masyarakat. dan dengan bersalaman dengannya, mana la tau boleh dapat sikit2 keistimewaan dia.


sepanjang aku berfikir. dalam menghadapi dunia yang penuh persaingan ini, untuk mempunyai sebuah impak, aku harus berimpian! anda pun same! impian tidak beza jika ia dikata sebagai angan angan, mimpi, cita2 dan lain lain. apabila kita berimaginasi sesebuah impian itu dengan hati yang kuat ia mampu menjadi realisasi. tetapi ini bukannya seajaib kekuatan cinta di mana cinta kita kat si polan tu kuat gile sampai si polan yang ada kat luar negeri boleh terasa cinta ko tuh, walaupun ko tak pernah cakap kat dia. ngaha.



kenapa harus berimpian? kita harus mempunyai tujuan dan sebab untuk mempunyai impian. biarlah apa pun impian kita mesti ada tujuan yang tersendiri. katakanlah, sebagai contoh impian aku adalah untuk terbang(memang pon) sebab malas nak jalan?itu alasan, bukan tujuan kan? siapa tahu. kadang2 tujuan inilah yang memberi makna yang penting dalam berimpian. aku berimpian untuk menjadi pengarah filem nombor satu di dunia. aku ingin menyebarkan falsafah2 aku yang sengal ini tetapi, tetap berguna sebagai pencetus pemikiran, idea dan sosiologi masyarakat. dengan begini secara tersiratnya ia menunjukkan kita merupakan orang yang berguna. kita mempunyai matlamat serta arah hidup. oleh itu untuk mempunyai impian dalam hidup kita, kita harus yakin dengan diri sendiri. untuk mempunyai impian dalam kita, kita harus menghayati kehidupan sepenuhnya. aku suka guna perkataan 'kehidupan' kan? lol. <---i lol'ed!


dalam merialisasikan impian kita, haruslah ada passion. yeppers.. passion guys~ kerana tiada perkara hebat yang dilakukan di dunia ini tanpa passion. kau tak boleh buat backflip tanpa passion. kau tak boleh dapat 4 flat tanpa passion dalam pelajaran. kau tak boleh dapat banyak komen tanpa passion dalam myspace. you get the point. dan perkara penting juga, mungkin paling penting. kau tak boleh menunggu inpirasi untuk bertindak. tetapi, inpirasi itu hanya ada apabila anda bertindak. quote : 'action always generates inspiration, inspiration seldom generates action'. patutlah master inspirasi tidak pernah (walau sepatah!) mengajar aku teknik2 legendarynya. apa yang dia tahu mengarah aje. buat itu buat ini baca itu baca ini. rupa2nya inilah sebabnya. tenkiuuu.kau memang seorang misterius. such an inspiration hmph!



kalau setakat ada impian cita2 tapi tak buat apa2 haram jadah tak guna jugak. kita haruslah ada komitmen, usaha. sikap diri sendiri yang positif. jangan malas. jangan cakap tak serupa bikin. dan in the of the day ;- "haih...i've done it again.dem" walaupun berat sangat badan nak gerak, mulut je ringan2 melayang, kita harus paksa badan untuk berusaha. walaupun sekecik kuman taik hidung kau pun, sekurang2nya kita berusaha kan? kita juga harus menjaga masa, sifat ingin untuk berjaya harus di rendam dalam hati.

diri kita yang tahu bila, apa yang ingin dilakukan dan apa yang diperlukan untuk berjaya.


apakah angan2/cita2/impian anda? walau bapak aku pernah sepak aku dulu, aku tak kesah, aku nak jadi gohan jugak!


kimak ayat2 aku berterabur. tak senang menaip tengok uze wusha video ngeri.hentak muke gune hammer wo!calu