May 9, 2009

Aku Nak Blablabla Pasal Cuti Aku Ni

salam semua

haih..apa nak dikhabarkan sini? chelsea kalah? vavi!



baiklah.



sudah hampir seminggu aku bercuti. kehidupan aku hanya diisi dengan perkara2 tipikal yang orang selalu buat ketika cuti. perihal apa yang aku buat, toksah kalian tahu. yang penting, ianya tipikal.



tak tahu la, sama ada aku seorang ataupun ada yang lain juga rasa. perasan tak siang panas malam pun panass? macam fuck. duduk dalam bilik sendiri pun boleh berpeluh2. agak2 sebab ape r.. ya, aku tahu apa yang kalian fikirkan. panas dosa kan? sayang anda silap. sebab rasanya dosa kalian lebih banyak kerana berfikiran buruk begitu. kenapa tidak menjadikan alasan pemanasan global sebagai tanggapan pertama anda? ya, inilah pemikiran melayu sempit aku umpamakan. dan aku bukan kutuk bangsa sendiri, kerana aku jawa. jawa tegar. ingat ya. usah kelalen.



dan minggu ini juga aku tidak manfaatkan masa dengan mencantikkan badan dengan panjat2 dinding.... lompat2 bangunan, bergayut...dan apa2 lagi istilah orang tua cakap pada parkour ini. aku cuma tahu tidur...panaskan laptop..cek handphone (mana tahu ada nombo2 baru lagi) dan tidur. oh ya, tuka2 channel tv...buka tutup peti ais. malam nya pulak carik pasal dengan mak bapak. contoh:- dolah : "mommy, keluar sat" "nak pergi mane..merayau je keje..." . dolah : "(dengan angkuh) cari life"



begitulah serba sedikit kehidupan lalai aku. hanya tahu melayan flow dunia ke arah penghujung zaman. dan tidak mengambil inisiatif untuk menambah pahala. kadang2 sedih jugak. setan kat atas aku ni dah melekat. tapi paling kurang, aku tidak buat dosa...kan?kan?


.........
lama2 aku fikir keadaan aku sekarang ni, ntah2 boleh buat poem macam amir kat JB..huyo! faking asam! nantikan!


........





dan kecederaan kaki aku akibat kemalangan hari tu........sssuuudddah semakin sembuh.! hopefully will be back in full shape in couple of days. hari tu mereka pergi tricking pun tak tahu. sayang lahhh. sudah double triple months tak flipping wo. tak boleh jadi. fuckin no! tapi, salah aku juga. tak contact pun. tahu nak melopong kat rumah je...ternganga-nganga nyusahkan mak bapak. haduih...dolah...dolah.


mereka2 pun pergi tengok wayang hari tuh.....tak diapit juga! tapi selamat mengikut laporan, movie mereka itu membawa kepada dissapoinment. haha! alah, aku pun tak de duit pon. banyak ngoman lak ko dolah. tapi lain kali, kau orang semua nak tengok movie, cari aku. jumpa aku, jumpa la korang jalan kebahagiaan. sebab movie2 yang aku rekemen sume best2. guarantee baek punya. tak caya tengok trailer yang aku promote dulu2. cari post2 video aku.


arghhhh. panasss. buka baju sat. pukul 4 pagi ni wooiii.


esok ada kenduri kahwin kakak abudi. walaupun tak dijemput secara direct, apa aku kesah...aku crash aje. janji boncit. lepas itu insya allah join casting untuk iklan 100plus ape tah...ah, malas nak cakap banyak pasal esok, semua orang syok sendiri. ntah jadi ke tak aku pun tak tahu.


dan lastly. video terbaru kami (3run Malaysia)



dan macam biasa aku takde. ye..ye...aku sakit. aku tau. aku kan cameraman. lagi pun aku tak suka la orang tengok2 aku..rase....unsafe? gagagaga


calu


tak sangka entri ke 100 aku entri yang mengarut