Apr 14, 2009

Kadang2 Kita Tak Sedar Dimana Kita

sangat 'rare' bila ternampak pak cik kontrak di pantai bersama troli satu tayar, jacket dan helmet safety..rare!


salam semua

memang kalau hidup berdidikan agama sejak lahir memberi kelebihan pada diri aku. namun ia juga merupakan beban kerana ilmu yang dipelajari wajib diamalkan dan hukum2 yang diketahui wajib diambil kira.

apabila berpendidikan agama, penampilan juga mesti lah sepadan dengan ilmu. tetapi kadang2 aku pun fikir, gaya penampilan aku ini, siapa sangka sekolah agama dulu? sekarang pun kolej agama!

memang banyak orang bagi alasan. alah, sekolah agama tak semestinya alim. rata2 sekolah paling teruk, sekolah agama teruk lagi! tengok lah, masalah2 bersepah dari sekolah agama. secara automatik memberi tanggapan buruk terhadap sekolah agama. haih..

sakit hati juga bila orang kutuk2 aku. berseluar jeans, rambut tak betul..haih. kita memang tak boleh tutup mulut orang. ini juga merupakan masalah mentaliti masyarakat kita. kalau aku kacau anak dara dia tak pe jugak. kalau aku perangai macam setan tak pe jugak. ini sebab aku pakai jeans dan tak potong rambut boleh cakap aku dari hutan? ngok ngek

perkara ini memang tak boleh ubah. masyarakat melayu sibuk kutuk bangsa melayu sendiri. "alah, melayu ni tak habes2 kutuk orang sendiri" <---dia ni melayu, tak ke sedang kutuk bangse sendiri ni? <--- aku jawa boleh kutuk2 melayu. haha!

cuba kita berfikir lebih terbuka, positif. macam pak cik dekat gambar tu. walaupun dia tak sedar dia ada di pantai Bagan Lalang namun semangat la la la kerjalah itu ada! hati dia ikhlas nak bekerja. ala, sesat ke pantai je pun..bukan sesat kat bandar. kat pantai boleh mandi!

dan bila kita implikasikan contoh tersebut ke dalam kehidupan kita, walaupun aku bersekolah agama, tetapi bergaya seperti remaja biasa. paling kurang aku tak hipokrit. takde lah aku nak berpakaian jubah sepanjang masa hanya sebab aku kolej agama. pergi masjid aku pakai baju melayu what? aku tak buat dosa2 besar. yang kecik2 pun aku cuba elakkan. ilmu aku ada, aku amalkan. jadi apa masalahnya?

kita memang tak boleh ubah hakikat mentaliti melayu sekarang. hanya sikit2 dan perlahan2. jika ingin mengubah secara drastik macam mentaliti jepun yang berdisiplin, bersih dan hao liaou, apa kate kita bom satu malaysia ni dan didik mentaliti yang lebih bagus kepada generasi selepas malaysia di bom.

calu


statement last aku tu boleh bua aku kene tangkap ISA!