Apr 2, 2009

Bila Dah Rasa Diri Paling Bagus...

salam semua



siapa sangka naib juara pendebat inggeris peringkat daerah ini pandai panjat bangunan? (gambar tahun 2006, debat kebangsaan. kalah teruk)



aku pasti kita semua inginkan kehidupan yang aman tenteram dan harmoni.menghayati kehidupan yang penuh dengan rempah ratus life sampai mati pun tak kan menyesal. tetapi kenapa ada sahaja pergaduhan yang jelasnya bertentang dengan fitrah alam?yang memang jelas berperanan sebagai julap dimana kalau telan akan sakit perut. atau bergaduh memang fitrah alam?aik?



peperangan, perdebatan, tunjuk perasaan, caci maki atau mengumpat merupakan proses negatif antara dua pihak dalam mencapai sesuatu atas kepentingan sendiri. (aku cuba menjadikan nukilan ini seumum mungkin)


apabila sesuatu ideologi tidak diterima ideologi yang lain. terjadilah julap ini. peperangan yang menghilangkan nyawa, harta benda dan rupa bumi. berdebatan yang membincangkan perkara yang jelas nyata akan jawapannya. tunjuk perasaan yang menyusahkan orang ramai (tetapi memberi bonus kepada polis), caci maki atau mengumpat yang hanya membawa kepada dosa, kegembiraan iblis, dan merosakkan sesuatu perhubungan.

ya, ini semua terjadi apabila sesuatu subjek rasa ia lebih bagus dari yang lain.


apabila tidak ada kesefahaman atau saling tidak memahami(dua ini membawa maksud berbeza) mula lah mereka akan bertindak. polis dunia akan mengebom negara pengganas yang banyak minyak. ahli parlimen akan mengusul untuk kebaikan diri bertopengkan kepentingan rakyat. parti haluan kiri akan mengambil kesempatan akan kesilapan kerajaan(yang bongak), membe2 akan bertekak dan bergaduh atau mengutuk belakang kerana takut nak berdepan dengan orang yang diumpat.

kenapa dalam perihal ini kita tidak menjadi seorang yang straight sahaja? kalau nak minyak cakap je nak minyak. toksah bom sana sini. kalau nak berdebat, pilih topik yang bernas dan bukan yang mengarut. dulu time aku seorang pendebat yang berjaya, ada satu tajuk yang sial.- "Gosip pemangkin kejayaan artis" wtf? dan apabila bergaduh tu cuba lah bawa berbincang. ini masam2 muka.saling tak tegur. dua2 bodoh. masing2 umpat belakang. dah la satu kelas, kalau assignment satu kumpulan macam ne? <--- ini tujuan sebenar post aku.hahahaha!!


sekarang bila dah makin rapat dengan membe2 aku. baru lah aku tahu, 'first thaught' mereka pada aku macam mana. ada yang cakap aku kerek. ada yang cakap aku cool,pendiam tetapi menarik. ada yang cakap paling baik sebab friendly. (dah nyata aku sensasi!)

dan bila tukar subjek lain. mula lah mereka mengumpat2. terkejut gaban aku. tak sangka. apakah aku seorang sahaja ada anggapan bersih kepada rakan2? what?ya, mereka fikir mereka lebih bagus even mereka masih tak kenal orang yang mereka umpat itu sepenuhnya. dan aku juga sebenarnya tidak dapat lari daripada bahana ini. entahla, nak kata terpaksa, aku boleh berdiam diri. mungkin ini fitrah manusia apabila manusia potpet2 yang lain put turut sama. dan aku juga ikutlah fitrah ini~ kasik topap.kutuk2. bak kata diri aku sendiri, ikut flow~

ada beberapa personaliti yang menarik aku ingin cerita di sini. seorang yang bajet diri 'complicated', berseorangan dan ingin orang memahami dia dengan sendiri macam dalam tipikal drama jepun. haha. jangan perbodohkan diri sendiri. tak ada manusia macam itu wujud kecuali di dalam drama jepun yang penuh angan2 palsu. dulu mereka pernah tanya aku. kenapa aku selalu berseorangan. ya, aku EMO! (aku suka memerhati) aku tak friendly! (aku suka berfikir, kerana apabila berseorangan kita banyak berfikir. juga penyebab kepada uban2 aku) dan ya, aku seorang yang bajet bagus, kerek dan tahpape! ( aku suka berseorangan) .seorang lagi kaki groupie. di mana semangat assobiyah-nya cukup kuat. orang macam ini survival level nya cukup rendah. kalau berseorangan mereka baru menyesal. tak keruan. boleh depress weh! dan bila dia cuba untuk berkawan dengan orang lain, janggal. haha. dan seorang lagi kaki maki hamun.panas baran.even ada orang yang dia langsung tidak kenal, buat muka kosong atau apa2 yang slek, habis. kena kutuk. kesian dia kan?

aku pasti personaliti2 macam ini banyak kat dunia sana. apakah kau salah seorang?


cuba jadi seorang yang memahami konsep kefahaman. dan apabila ada perkara berbeda, suarakan. be straight forward. kalau tak boleh juga, blog FTW~ aku ni kalau nak tahu, seorang yang open talk, friendly. boleh kata aku bukan loner, bukan groupie. ini bukan aku cakap. mereka2 yang beritahu. aku beritahu korang je.hahah! dan post aku ini bukan 'bajet bagus', aku cuma menyuarakan pendapat.



oh ya, semalam membe aku cakap aku mengigau. dia cakap aku senyum sambil cakap "yeye, dapat moto"

calu