Mar 18, 2009

Perihal Kematian 2

salam semua


baru2 ini aku didatangi berita daripada membe aku, amin husaini b. hafidzi (ya min, name kau masuk blog aku. penuh lagi tu.bangge?) tentang kematian cikgu lama aku, En. Ganapati..entah, tak ingat ejaan dia. orang india.

walaupun tidak sampai 2 bulan aku belajar di situ, aura cikgu disiplin itu masih lagi terasa. yolah, dia tarik ekor aku baiii.

membe2 aku pun banyak mengumpat dia. mana2 cikgu disiplin tak dibenci memang tak sah. ada sampai suatu masa membe aku siap guna nama 'anak murid ganapaty' ketika main Counter Strike. ramai gile semangat nak bunuh dia. "pisau2!! cucuk ganapaty!!" aku ingat lagi weh~

itu lah sedikit sebanyak kenangan aku terhadap dia. bila dah tahu dia meninggal, perasaan aku.. serba salah. perlu sedih ke tak ni? dia bukan orang islam!

oleh itu, aku memulakan siri discovery chanel aku sendiri untuk mengetahui hukum bersedih ke atas orang yang bukan islam. dan pengembaraan aku berakhir ke sebuah tajuk, Kematian Pope, Adakah Perlu Ditangisi.

kalau korang tak tekan link tu memang korang malas membaca la~ilmu tu weh!

jadi serba sedikit yang aku dapat, perbuatan mengulangi takziah adalah makruh. manakala mendoakan dan beristigfar untuk suatu kematian adalah haram jika yang mati adalah kafir.

tidak ada ungkapan khas untuk mengucapkan takziah. ada juga pendapat ulama mengharamkan mengucapkan ucapan takziah ke atas keluarga orang kafir yang mati. kerana ia sama seperti kita memberi salam kepada mereka.

mengucapkan takziah kepada orang kafir agar dapat menghiburkan keluarganya dan meminta mereka bersabar dengan pahala yang dijanjikan adalah sesuatu yang pelik dan ia tidak sepatutnya dilakukan. apatah lagi kalau mendoakan kesejahteraan mereka.

so apa yang perlu aku lakukan? buat bodoh sudah~ En. Gana, sorry to say, it's too late.


calu