Jan 26, 2009

Orang Sekarang Nak Kiamat Cepat Agaknya

carian google terbaru aku - 'pondan 360'

salam semua

ayat ini familiar bagi anda? - "ape ni, tak remaje la weyy"

membawa aku untuk berfikir sejenak akan persepsi orang sekarang. skop tidak disubjektif kan kepada remaja, tetapi umum. orang dewasa, kanak2 remaja, pakcik makcik, bibik2 techno.

baik. rata-rata orang sekarang bangga dengan perihal negatif yang mereka lakukan. mereka tidak lagi sibuk berlumba2 ke arah kebaikan. kegelapan nampaknya lebih menepati cita rasa orang sekarang. malah, ada yang berimpian untuk menjadi ter-top diantara the dark siders(nakal,jahat, otai, yakuza dsb.)

dimanakah zaman berlumba2 ke arah kebaikan? amal maaruf nahi munkar? orang sekarang sibuk dengan perihal myspace. sibuk merayu agar gambar mereka dipuji puja hanya untuk kepuasan nafsu yang tidak dapat dizahirkan. lebih melayan muzik daripada pelajaran sendiri. berlepak.tidak dengar cakap ibu bapa.malam lebih galak daripada siang. sedangkan telah di habaq awal2 oleh tuhan, dijadikan malam untuk rehat, siang baru hoyek. orang sekarang beginilah. orang sekarang nak kiamat cepat agaknya.

remaja2 sekolah serius kembang bercerita betapa cool nya mereka di sekolah. bangga ponteng kelas, lari keluar ke midvalley. bercerita keaiban cikgu sendiri. gaduh. cerita mereka diiringi gelak tawa senda dihiasi asap kepul shisha. mereka bercerita dengan penuh serius dan tanpa rasa bersalah. para bibik techno pula menghilangkan penat lelah dengan bergembira tawa mengumpat majikan menggunakan bahasa jawa pekat sambil meneman budak2 bermain di taman. serius sekarang bibik dah buat groupie. konon aku tak fahamla? aku tahula kutang tu maksudnya coli. para orang2 otai pula bangga malah riak apabila berjaya 'angkat' motor LC malah memberi perkhidmatan kalau nak motor murah(panas) calling2 sahaja.

pada malam waktu, lepak,sampai lebam. apabila seorang rakan ingin balik mahu rehat (akibat keletihan berfutsal, mengantuk dsb.) confirm ayat ini keluar. "rilek dulu, malam masih mude. get a life la weyy tak bujang la cmni"

life?ini yang dikatakan life? lepak2 duduk memanaskan punggung bersama teh ais sambil melihat maple mengemop lantai dengan penuh serius. life~~kadang2 siap bergurau senda dengan maple tuh. sekali maple bukak bahasa dia, tak faham. entah2 dia tengah kutuk carut korang.

dan apabila rakan mereka berbuat baik. memakai baju melayu, baca quran mahupun sembahyang. terperanjat macam nampak hantu. - "weyy, ni wan ke ni?(contoh nama) nak kiamat dohh" mereka seakan-akan tidak dapat menerima kebaikan lagi2 apabila kawan mereka sendiri yg berbuat demikian. di kolej, aku kadang2 suka mendengar nasyid. dan aku kadang2 bengang bila ada orang cakap "lagu apa ni..per cer ni key, tak leh dengar doh.mengantuk aku" laknatullah betul budak ni.

aku tahu, memang lah alasan nya hanya gurauan. kita mengaku, baguslah berbuat baik,kan? cuma apabila reaksi pertama mereka itu telah cukup membuktikan kesedaran kita lemah.

didalam diri manusia ada 3 bisikan(kata).ini fakta dari ustaz aku, bukan aku bega pandai ye. bisikan hati yakni kata yang bersih dan betul. bisikan syaitan dan bisikan nafsu. di dalam diri kita, bisikan syaitan dan nafsu adalah yang paling kuat melalak.(boleh dianggap jeritan, bukan bisikan lagi.) terakhir bisikan hati. oleh itu, reaksi spontan yang dibuat2 tadi adalah dipengaruhi daripada bisikan2 tersebut(syaitan dan nafsu). oleh itu, haruslah kita berfikir sejenak dan dengan betul agar kata hati dapat mempengaruhi segala tindakan kita berbanding syaitan dan nafsu.

kesedaran diri amat penting di dalam kehidupan, pada setiap aspek. seperti slogan, fikir dulu sebelum buang. analogi ini boleh dikaitkan dlm kehidupan kita. kita memerhati jenis apa sampah itu. dan mengenali dan tahu setiap warna tong sampah berlainan warna mempunyai berlainan peranan. begitu juga dalam hidup kita. kita tahu baik dan salah. kita tahu apa yang diperlukan. takkan buang kaca dalam tong sampah plastik kot? penghayatan dalam agama penting dalam menjalani kehidupan.

aku mengaku. actually perkara diatas hampir semua berlaku ke atas diri aku. sekeliling aku. aku sedar dan ingin (bajet) menyedari. aku cuma bagus dalam menaip tapi lemah pada fiil. hanya dengan cara ini aku mampu.esok2 bila aku baca balik mesti aku akan fikir bapak cool aku ni. bajet bagus pun ada jugak. pada masa yang sama menasihati diri aku yang mungkin ketika itu dah hilang kesedaran. kan zam kan?

kelincahan jari aku menaip terhenti di sini apabila aku adik aku mengetuk pintu. idea sudah hilang. dan daripada aku melalut bajet bagus lagi, aku berhenti di sini shj. jadi, mari kita fikirkan. sama2.

calu