Jan 25, 2009

Letih Tahap Gaban

salam

ever heard a day full of action packed situtation? that's what i've been having just now.

ok. enough with the english. (?) enough lah!..sudah!

ok. aku tak nak syok sendiri sangat2 pasal hal nih. biar aku ringkaskan. (mata yang tajam amat diperlukan untuk post kali ini.)

jumaat. perjumpaan terakhir sempena classmate nak pindah. tak cerita ramai orang lambat, tunggu sampai tumbuh akar kaki. then gerak lowyat naek motor. ya, naek motor. tak cerita lagi tayar pancit. pergi kedai tuka tayar. tak cukup duit. patah balik cucuk duit. dah siap gerak lowyat. masuk terowong SMART. oh aku lupe,naik motor. motor mane boleh masuk SMART. ngoi. kena tahan. patah balik, pancung jalan. tak cerita lagi cina2 balik kampung nak sambut raya sibuk horn2 kami macam nak buat lagu. sebab dah tak boleh masuk SMART, tak tahu jalan. sesat. tak cerita lagi berapa kali round KL tuh.pejam celik, times square depan mata,lega. sampai. ok bagus. masuk lowyat. tak cerita lagi eskulator rosak. 2 tingkat lagi. ok. tak kisah. maskulin. debat2 dengan tauke, dapat murah RAM 2Gb. mantap. balik kolej. on the way hujan. basah. tak cerita lagi motor habis minyak. selamat stesen minyak kat depan. tak cerita lagi depan tuh jauhnya 2km. dengan traffic jam nye. haih, life. ok2. sampai kolej. pukul 7 malam. tak cerita lagi pukul 8 ade exam english. naik dewan periksa, fuh, penoh. takpe2, turun tangga. tak cerita lagi 3 tingkat aku turun. pergi audi, jawab kertas. tak cerita lagi budak sebelah aku meniru aku. mana taknya, jarak selubang hidung je. exam ke apa ni? ok siap. balik bilik. then pergi bangi seksyen 15, minum. sampai pukul 3 pagi. tak cerita lagi time balik, pak guard tak kasik masuk. takpe2, balik bangi. tidur dekat surau. tak cerita lagi tidur dekat sebelah bilik mandi jenazah. tak nak tidur dalam, kacau jin sembahnyang kononnye. tidur...tak cerita lagi adegan pertarungan dengan nyamuk. sengit. pejam celik dah subuh. balik kolej. sejuk. sejuk gila. time ni dah hari sabtu. tak cerita lagi lepas balik tu pergi midvalley. naek ktm. dah cerita belum ktm penuh? kitorang sardin? belum kan? tak cerita lagi berapa lama lepak midvalley tuh. pejam celik dah maghrib. balik...penuh lagi,sardin lagi. sampai rumah pukul 9. tak cerita lagi lepas tu baem ajak lepak. takpe, kawan, layan. tak cerita lagi lepak sampai pukul satu pagi. dah hari ahad..

dah. aku taknak cerita lagi. letih. aku nak tido.


tak cerita lagi pagi ni nak pergi p.d pulak.


calu