Dec 18, 2008

Ngaha

aku pernah baca blog seseorang(aku tidak ingat, soory) yang menyentuh kisah kekeluargaan. betapa penting perhubungan kita dengan keluarga. betapa besar perngorbanan ibu bapa. betapa hikmahnya ada adik beradik,abang kakak di sisi. adakah kita betul2 sedar semua ni?

aku kadang2 dengki. dengkikan dengan keluarga lain. kenapa ayah dia sporting sangat.kenapa mak dia cool gila?(dapat mak yg kasik anak berkapel memang best kan?) kenapa itu kenapa ini.

aku punya ayah yang...cool, aku kira. perangai aku macam dia, cool juga.haha.dia seorang yang pendiam, jenis yang menyimpan, kadang2 buat tak kisah perihal anak2 yg buat hal.(sebab faham, kami semua masih remaja) konon bekerja walhal mencari ketenangan. aku sangat kenal dia. melihat gamba2 muda dia, sungguh ranggi. dengan seluar ketat gebang dibawah rambut ala Owen Wilson dulu2. nampak sungguh mentaliti aku sama dengan dengan dia yang dulu. cuma berbeda zaman. ayah aku juga sangat menjaga disiplin aku. duit bukan main kedekut. ini untuk mengelakkan aku sesat di KL, barangkali. dengan kekurangan duit berjoli memberi aku kesedaran untuk berpijak di dunia nyata bahawa aku tidak boleh boros. thnx, abah.

post ini bukan lah nak cerita khas siapa bapak aku. tapi nak bergebang betapa sengalnya kalau kita tak sedar perihal kepentingan keluarga

aku dah lupa nak cerita apa tadi..

*fikir*fikir*ha!

dalam dia punya blog. dia cerita pengalaman berjumpa dengan anak seorang miskin.(aku tidak berapa ingat ceritanya sebab dah lama baca) pada hari raya ketika itu. budak miskin tu telah mendapat duit raya yang jumlah nya agak banyak bagi seorang budak. 10 ringgit, mungkin. dia tanya kat budak tuh : nak beli apa dengan duit tu? budak tu jawab: nak beli kereta. ditanya balik,: kereta mainan kah? budak tu menjawab,: tak.. kereta betul, untuk ayah.

lebih kurang macam tu la kalam mereka

aku agak terkejut jugak,..budak kecik tu... umur mungkin dalam 7,8 tahun. selalu nya mentaliti mereka time ni confirm nak beli mainan kan? choki2 5,6 packet.kemudian ejek2 kawan2 lain tak boleh choki2 sebab ada hingus. itu contoh. dan aku rasa ada kaitan dengan keadaan diri budak tu. miskin, dia seorang anak yang miskin. keluarga nya miskin sampai boleh masuk rancangan bersamamu mungkin.

jadi ada dua persoalan disini. keperluan dan kebendaan.

budak miskin tersebut telah mendapat keperluan yang sepatutnya daripada ibu bapa mereka. mungkin makanan yang cukup untuk terus hidup, pakaian nak cover aurat, dan tempat tinggal. dan yang paling penting kasih sayang. kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap budak tu dah cukup untuk mematangkan dia untuk membalas segala jasa2 ibu bapanya. membuahkan penghormatan.

kebendaan pula tentulah lawan kepada budak miskin tu, budak kaya. budak yang mendapat lebih dari apa yang diperlukan. dah tidak mendapat cukup kasih sayang yang seharusnya. budak yang disuap dengan duit, mainan, KFC, McD, kereta, dan segala benda yang lebih dari mencukupi.dari titik ini budak tu akan mula bermain dengan nafsu.ini tak cukup,itu tak cukup. sedar atau tidak dia cuma perlukan kasih sayang. bila merajuk, disuap dengan duit, bukan kefahaman. ini akan menjadikan budak tu nakal, memberontak..rosak.

budak kaya boleh berubah.budak kaya cuma kena ada kesedaran

aku kadang2 menjadi budak kaya juga. asik mintak duit, nak motor, nak kereta(walaupun aku tahu confirm tak dapat,muktamad) aku rasa aku dah ada segalanya. laptop lama dari abah aku jaga gila2. katil yang abah aku bagi aku kemas kaw2. kasut 2nd ayah aku walau aku pakai kena ejek, tiada gentar~.

mak aku selalu kacau aku tidur. tension, memang tension gila. tapi kalau dipandang dari sudut lain, kacau itu kerana dia amik berat pasal aku. dia nak aku sembahyang subuh. tapi aku selalu wat muka ketat time subuh, bengang kena kacau. itu masalah aku. itu kena betulkan.


aku punya abang dan adik yang agak tak betul. yang abang tu aku tanak kacau,dia memang tak betul. dan adik aku, dia selalu memberontak. lawan cakap mak bapak aku. keluar tengah2 malam balik subuh. tak sedar diri dia masih bersekolah, 16 tahun jambu dan innocent orang kata kalau umur ni. silap aku juga, selalu bagi muka. sebab kadang2 tengah2 malam tu aku lepak sekali dengan dia. sembang serius, gelak politik. tapi sekarang dia punya masalah semakin sengal(parah), pernah satu malam aku tak tahan dengan perangai liar dia. aku belasah dia kaw2. dan ia membuahkan hasil. (haha!) sekarang dia jarang keluar..dan selalu tidur.(dah tinggi gila2 dia skrg)

kadang2 mengubah seseorang itu harus dengan pukulan. itu memang betul.

dalam keluarga harus ada memahami dan difahami. duduk satu rumah, tengok satu t.v,(yang kaya tu tak tahula berapa tv kan?) kongsi sabun mandi, tapi kenapa masing2 saling.....pijak kepala antara satu sama lain?(aku tak tahu nak letak perkataan apa benanye)

mak - melahirkan,menyusukan,mendidik, mengharap..anak dapat memberi yang terbaik

ayah - bekerja, memberi duit, bagi segala yang termampu, mengharap anak mendapat yang terbaik

anak(kita) - harus sedar kewujudan mereka, kenal siapa mereka. sedar apa yang perlu dilakukan.

kadang2 memang ada masalah, bergaduh, mencaci, menyumpah kalau teruk lagi, menyepak. itu memang tak boleh dielak, ego dalam diri, tak puas hati, tak difahami, paling kurang kita kena sedar dia makpak, kita anak. apa boleh buat? lari rumah? blog?

benci mak?benci bapak? bayangkan lepas baca ni makpak ko terus mati?amacam?

post ini untuk aku dan sesiapa(anak) yang mempunyai masalah keluarga (seriusnya aku tak tahu kenapa aku tulis nih)

kalau kakak aku bace ni dia mesti cam.."dolah ni macamla bagus sangat.."

calu