Nov 7, 2008

cepat2!! kang wireless hilang lagi!

salam semua

rasanya sudah lama tidak update. dah lama tidak menaip

baru sahaja menyantap blog2 rakan ku. link2 mereka ada di sebelah kanan. fufu.. itu shj mampu aku cakapkan. sengih2.

esok pagi. bukan, lagi 7 jam (aku kira sat tadi!) akan bersiap dan bertolak aku berjumpa rakan2 semonyet utk membuat demo parkour di Taman Tasik Titiwangsa anjuran Kementerian Belia dan Sukan. perasaan ku kini sgt hoye. to be exact, bukanlah program ini dikhaskan utk parkour yang telah aku salah faham dulu. rupanya hanya sebahagian daripada aturcara program. program Kecergasan..aku tidak ingat. selain dari kami, insyallah kami juga aku melihat loser2 menari menyeret2 kasut mereka a.k.a shufflers! bukan aku menggelar mereka loser, aku terikut2 dengan rakan2 ku sahaja. sape yg start aku x tau. disamping mereka mungkin breakdancer dan juga spesis2 yang mengamalkn aktiviti yang lain.

aku baca post daripada munzir (aku link kau nanti bile internet di sini laju.sekarang mcm faktap) dan post nya telah di copy oleh icad. mengenai cinta2 agama blablabla. a.ka ayat2 cinta begitu.. aku xnk cakap panjang. cuma telah aku beritahu dekat kamu icad, aku doakan dia( paham2 sendiri) itu jodoh kau. bukan awek mahupun teman bermanja. sesungguhnya perilaku aku selama ini mempunyai maksud tersirat yg tersendiri. haha!

mahu karut apa lagi? mengenai kehidupan di kolej tidaklah perlu aku cerita. tiada yang menarik ketika ini. anda sendiri tahu kehidupan kolej macam mana. bangun pagi. pergi kelas. salin nota. assignment. balik.tido. makan. buang duit.megi. anda tahu sendiri

oh ya. pada pengguna handphone Sony Ericsson yang mahal2 sikit, download lah game Yamakasi Masters. amat seronok dibuat main dalam kelas. satu hari aku habiskan game ini. mula2 ingatkan game ini simple as that jer. ingat rambutan rupa2nya durian! hoho. training level sebagai permulaan untuk membiasakan diri dgn keypad2 nya. semuanya sangat real walaupun ianya game.. apa yang aku cuba sampaikan ialah skill2 nya seperti monkey, speed, reverse, barrel, kash, cat2cat wallpas dan pelbagai lagi. dan buka itu sahaja semakin anda mantap dari level ke level lain, anda jugak akan belajar skill baru seperti aerial, backflip, frontflip dan sideflip! watak2 pilihan hanya 4 tidak silap aku. dan semuanya daripada ahli2 yamakasi. hoho...

calu