Nov 17, 2008

Merapu Sejenak

salam semua

aku sangat mafia kerana sudah 3 kali kelas Multimedia Drawing aku tidak hadir. berturut2. satu tidak sihat, satu hujan, satu lagi... tolong fikirkan alasan untuk aku, boleh? sudah lama tidak buka myspace nak main Mafia Wars, agaknya dah berapa juta duit aku? muahaha

hobi aku sekarang adalah membaca blog2 orang. ya, mungkin segelintir manusia akan cakap keyrana ini seorang yang tiada life mahupun pelik tapi, sedarlah blog sekarang merupakan revolusi baru dalam dunia internet sampaikan RTM sendiri membuat talk show khas perihal blog. jadi bukankah blog ini sesuatu yang besar?

membaca blog Melayu Minimalis membuat aku bertanya. siapa kah dia? ya, ramai orang ingin tahu. kerana hasil nukilan nya sangat menarik dan aku telah pun link kan dia di list blog aku. begitu juga Sue Anna Joe di mana sungguh terkenal dia dek apa aku tidak tahu. dia dah kahwin dan boleh aku cakap dia bakal menjadi 'hot mama' kelak. hasil seni fotografi nya sangat cantik. aku dengki akan kehidupannya. dengki di sini bukan dengki ingin tikam dia, tetapi dengki untuk memperbaharui kehidupan aku menjadi lebih baik seperti dia. juga Naza Sang Penanya yang suka mempersoalkan persoalan tentang kehidupan. sungguh jujur dan mampu membuat pembaca berfikir, "betul jugak, eh..?" dan juga Jebon , Anak Mat Nor. seorang blogger yang amat pandai dalam menghilangkan stress2 aku. selalu buat aku gelak. dan tidak lupa kepada Pjoe , budak tua yang berasal dari kota bharu. dan dia tidak suka pedas. bukan aku cakap, dia sendiri yang mengaku. haha.

mereka ini antara blogger2 yang bijak berkomunikasi melalui penulisan. dan aku pasti mereka akan terkenal pada suatu hari nanti, di dunia mereka yang tersendiri. mereka semua telah aku link-kan dan aku rasa tidak lah membuang masa jika anda pergi ke blog mereka untuk membuka mata anda bahawa, dunia ini lebih besar dari yang kita sangkakan. kecuali sue anna joe itu, aku tidak link dia. sebab dia terlalu terkenal! muahaha.

mereka memberi inspirasi. inspirasi untuk aku memerah otak aku untuk lebih membuat post yang lebih menarik dan berkualiti. kuantiti banyak tetapi tidak berkualiti, apa guna kan?

dunia ini terasa besar apabila ada internet. ya, internet memang tidak boleh dijangka. setiap hari aku cuba menyingkap segala potensi internet. apa yang aku dapat, masih belum singkap habis lol! lihat betapa besar nya kemampuan internet. kau nak puaskan nafsu pun boleh. haha

aku ingin menghasilkan blog yang menjana pemikiran pembaca. membuat mereka berdebat dan mengeluarkan pendapat masing2. setiap hari meraban pasal kehidupan aku siapa mahu kan? jadi aku perlukan pengalaman. pendangan yang lebih luas. think outside of the box . jadi... aku kena mula dengan mandi dan siap2 pergi kelas =P


calu