Nov 15, 2008

Masalah Saf Pada Jumaat

salam semua

masalah saf pada hari jumaat. ya, sembahyang jumaat diwajibkan ke atas muslim semua. namun, masalah saf aku lihat, langsung tidak dititik beratkan malah dibuat bodoh oleh orang2 malaysia yang berfikiran, "kaulah ke depan, aku dah angkat takbir". sedangkan khalifah Umar Al-Khattb sendiri meluruskan saf2 menggunakan pedangnya menunjukkan betapa penting kesempurnaan saf itu di dalam sembahyang. apa lagi kita?

aku bukan apa, cuma nak berkata. keadaan ini aku terpaksa katakan kerana aku sudah tidak tahan dengan mereka2 yang langsung tidak bekerjasama untuk meng-connect-kan bahu mereka kepada bahu yang lain.

keadaan ini berlaku semalam. (semalam jumaat, kan?) aku sembahyang di masjid nilai ( blah la wei dak2 UIA, balik x beritahu. bazer minyak je g nilai. ) masjid nilai penuh dia tidak payah la aku perincikan. ketika mendengar khutbah, ramai yang berdiri kerana malas mencari tempat kosong, ada yg lepak di tandas, ada yang sibuk menghisap rokok laju2 kat bawah pokok. inilah melayu. amalan ibadat diumpama budaya.

sudah habis doa, punya berebut2 mereka mencelah2 mencari tempat kosong. kalau boleh nak yang bawah kipas. selesa sikit. nak khusyuk la katakan. aku yang awalnya antara saf2 yg belakang sekali boleh pergi ke depan ha. dan, kiri kanan aku lihat masih banyak yang berlubang. aku lihat luar, masih ramai yang belum dapat masuk masjid. aku cuba membuat pahala dengan menyuruh orang belakang untuk memenuhi lagi saf2 depan. gaya aku seperti "ha..masuk depan, masuk depan, banyak lagi kosong. ha..tambah tambah! (?) " cuma aku menggunakan gerak badan aku yg maskulin la. kalau suara, ingat ini kenduri kahwin ke apa?

dan aku lihat seorang pak cik berumur 40-an aku kira dari penampilan dia. dia memang...eii.. ketika itu sebelah aku masih ada ruang untuk satu orang lagi cukup2. oleh sebab aku ini maskulin dan tidak la gemuk untuk memenuhi ruang itu dengan sendiri, aku pun ajak la pakcik itu yang betul2 direct dengan ruang itu. cuma 2-3 langkah kedepan aja. nak tahu apa dia buat? boleh pulak time aku mintak dia kedepan, time itu la dia sibuk2 nak angkat takbir. hallamak... macam....eii aku tak nak mencarut. aku memang tension. kalau boleh nak aja letak tanda seru, tapi sabar ..

aku renung pak cik itu. tidak puas hati. muka agak dia kidot. time itu dia dah angkat takbir dah. tengah sembahyang. muka dia macam..., "kenapa aku..apa salah aku...malas la nak kedepan..suruh orang lain la..pak cik dah tua..maafkan la ye....eii..muka budak ni hensem lah. yeehaw~" (last2 tu tipu j). cuma yang pasti muka dia rasa bersalah. apa boleh buat? aku sembahyang dengan setan sebelah aku.

aku harap, rakyat malaysia ni ubah la sikap sikit. produktif la. jangan la malas2 sembahyang pun nak takbir laju2. penuhkan la saf dulu dah setel baru la khusyuk sembahyang. aku cakap macam ini sebab aku rasa bangsa melayu je yang ada sikap macam ini. aku tak, aku jawa tegar.



calu