Sep 29, 2008

LAILATUL QADR?

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh
memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas
kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia topap maki hamun Abah . Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku
cuma pulang untuk cuti raya.

calu