Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Dec 10, 2015

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 008

Bertahun sudah aku tidak mimpi seperti ini. Atau sebelum ini aku tidak sengaja untuk tidak menceritakannya?

Allah lebih kenal aku.

...

_________

Aku seorang pelajar berada di dalam kelas yang tiada cikgunya

Baem serabut memikirkan masalah cinta

Bagaimana untuk melamar kekasihnya

Aku pula riak penasihat penuh cerita

Kunun tahu bagaimana, itu, dah segala

Kerana aku juga sudah kununnya terjamin kehidupannya

Bersama dia

Aku tenung padanya

Dia tenung padaku

Seakan pernah bersetuju untuk saling mengahwini bila tiba masanya

Tapi dari sudut jauh di dalam kelas dia menunjuk riak matanya

"Aku sudah kecewa dengan kamu"

"Kamu terlalu jauh dari aku"

"Pergi"

Aku terkejut seakan kecewa

"wait, what? "

Sedangkan antara kita tiada apa

Sedangkan antara kita terdapat memori yang hampir terlena

Tiba tiba aku di sebuah tempat yang asing

Bersama dia

Dia tahu aku suka berjalan.  Dia tahu aku suka merakam.

Kami bergurau.

Dengan penuh adab.

Dan ummi kejut suruh bangun subuh

Huaaaa

Jika tidak kenal kenapa rindu itu ada?

Feb 21, 2012

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 007

salam semua


memang mimpi kerana kita tidak tahu bagaimana kita berada di pertengahan situasi. aku melihat keluar tingkap. ombak tinggi luar biasa bersedia menghentam rumah keluarga aku


"what?"


keliru dengan mimpi tersebut aku melihat suasana. oh. ini bukanlah rumah realiti aku. tetapi sebuah kondo besar yang berada di pulau entah apa.


*konon kondo aku rasa apartment biasa aja*


di dalam kesibukan menyelamatkan keluarga klimaks nya bertambah runcing dengan tiba tiba alien memburukkan lagi keadaan


............


sekaligus kerana aku tidak berjaya mengharungi mimpi itu, aku telah dibawa ke masa hadapan. mungkin selepas beberapa tahun. kini suasa aman. di sebuah taman. aku berada di dalam posisi larian.


mungkin aku sedang menjalankan rutin senaman petang, jogging mungkin.


dan di situ lah. dia. bersama ayah nya.


di saat celik mata aku bertukar dari bertarung alien ketika tsunami kepada jogging di taman aku sudah sedar, ini hanya mimpi. tetapi entah. tiada keinginan mahupun dorongan untuk aku mengawal mimpi tersebut seperti biasa.


aku mengelak kan diri daripada dia. mungkin ayah nya ada bersama.


ayu nya tidak mampu tanggung tanggung. apatah lagi tika bersama penjaganya. seakan pasir sungai bersama pasir laut tak mungkin aku pisahkan.


tetapi di saat aku berehat bersama Mad, dia sekali lagi berlegar di belakang aku.


"azzam, saya nak jumpa kamu sekejap"


*defakdefakdefakdefak* how come they saw me.? tangan aku berpeluh gemuruh bila di tegur.


oleh ayahnya.


sial. kalau dia yang tegur aku paling cool. ini bapak dia kot.


aku tak tahu pelbagai soalan telah di aju kan. dan ayah dia suruh aku lukis potrait dia. aku pun bersetuju. ketika aku sedang menyusun barang barang untuk memulakan lukisan sempat aku berkata kepada nya sepatah dua, yang kembali ke telinga pun sepatah dua juga. seperti biasa.


memang tidak boleh melihat wajahnya lebih daripada 6 saat. tidak tahu mungkin keadaan dia tidak bersedia. wajahnya seakan terdapat lecuran kerana air panas atau apa. tetapi tidak ternampak oleh aku kerana ia tertutup dengan kasih hati.


masih lagi menyusun alat lukisan. dia bercerita kepada Mad tentang apa yang aku lakukan di realiti. haish, memalukan.


dan aku lari ke tandas. shell. yang sangat kotor.


.


selamat pagiiii


calu

Jul 16, 2011

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 006

salam semua


terima kasih kepada mimpi kerana membuat aku menulis ini
terima kasih kepada kerusi kerana membuat aku mimpi ini
terima kasih kepada lantai kerana membuat aku ke kerusi
terima kasih kepada adik aku kerana membuat aku tidur di atas lantai


aku berpakaian seorang guru. guru baru. ok tipu, ustaz sebenarnya.


hampeh tak nak mengaku.

di sekolah agama.


dan dia juga merupakan guru di sekolah tersebut.


dia, dia lagi.


rindu.


tetapi walaupun sebagai guru perangai aku masih belum jinak sepenuhnya. sekurangnya itu yang dialami aku di dalam mimpi tersebut.


dia malu. seakan takut juga. sering mengintai aku disebalik dinding.


yang membuat dia terus memberi perhatian kepada aku mungkin atas ikatan janji yang pernah dipateri. sekurangnya itu yang dialami aku di dalam mimpi tersebut.


tiba tiba aku ditundukkan. aku seperti telah membuat masalah. mungkin bergaduh dengan murid. atau sedang menegakkan keadilan. tetapi yang pasti aku sedang dijatuhkan.


mimpi. mana nak jelas haih.


dan yang menenangkan aku adalah dia. dan sempat dia berpesan kepada umum


"how am i suppose to marry you if he(aku) couldn't stop acting like this? at least he is dependable"


dia seperti mengeluh mengenai aku. but in a good way. di dalam masa yang sama dia menerima aku.

(?)


"siapakah pembunuhnya encik mouri?"

oro?


detektif conan. sialan. kerusi depan t.v


kenapa lah mimpi tak pernah complete.


calu

Jun 30, 2010

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 005

salam semua




aku bangun dari tidur terus aku nukilkan ini.


kali ini sangat jelas.dia memakai tudung berwarna kuning emas.


dia, dia, dia lagi!


selama ini telah aku tetapkan tanggapan aku mengenai diri dia. dia seperti itu, dia seperti ini. tetapi mimpi kali ini dia berlainan.


dia di dalam mimpi ini mempunyai facebook. ketika itu ada 6 notification.s dia accept friend request aku, dia komen status aku, dia komen gambar aku, dia like status aku, dia komen status aku yang lain dan dia komen gambar aku yang lain..


(kau tengok facebook pun mampu sampai ke mimpi tahu?)


sakit jantung.bingung. seolah menunjukkan dia sedang meletak sepenuh perhatian kepada aku.


tapi. kenapa aku tak boleh loading ke profile dia? tidak boleh balas? hanya nama dia berbaris di setiap notification. kebingungan aku mensedarkan aku di mana.


tiba-tiba aku sedang berbaring, menghadap laptop, di rumah dia. dan di atas lantai.


.....


pelik nak mampos.


ada seorang peneman aku. aku tidak ingat. mulut kecoh tahpape. aku suruh dia diam seakan kita sedang menyelinap. sedangkan kita adalah tetamu.


dan dia turun..

.


gugur jantung.


dan dia turun dengan tudung kuning keeamasan itu. tidak dipakai kemas. dijadikan seperti selendang tetapi aurat berjaya didiamkan. aku diam. dan aku pasti dia akan diam. kononnya aku sangat kenal dia. sedangkan sebenarnya aku langsung tiada kenangan bersama dia sejak kecil.


"asal tak balas komen saya? facebook awak online je tu?"


laptop aku masih di lantai. wtf. aku tak tahu nak cakap apa. terus menjawab soalan atau memberi salam atau mulakan dengan bahasa badan.


aku sempat melihat muka dia. dia masih kaku malu malu ketika menegur aku. mungkin dia sedang cuba untuk mengubah diri. kita semua dah besar, zaman malu malu kerek kucing sudah tiba masa untuk ditinggalkan. dia kembali naik.


aku melihat dia... bahu kanan aku terhenjut-henjut.


"key, key, nak surat usrah."



.


KACAU DAON LAHHHHHHHH.


calu

Jan 18, 2010

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 004

salam semua

siapa yang pandai mentafsir mimpi?


malam tu aku mimpi dia. sekali, lagi. plus the 3RunMYs


**


scene dia dekat Dataran Gemilang. lebih kurang la. time tu kitorang tricking. apa yang best nya semua stok tricking combo. aku duduk, kecederaan kaki agaknya

yang tak boleh blahnye depan mata aku time tu acap ngn siddiq tengah tumbling. fuyo!

amir sedang merakam. ammar...tak ingat. ha, yang aku paling ingat abudi tengah parkour ngn icad sama2. haha! orang sibuk tricking tak pakai kasut...jorang pergi emoww.


then.

bawah pokok. 4 perempuan. satu tak pakai tudung. 3 pakai. salah seorang...pakai purdah.


setan memang seronok mainkan perasaan orang kan?instict rasa yang memakai purdah tu dia.


tapi time aku bangun, i convinced myself that she is abudi's wife. ye lah, bak kata dia, alsagoff kene dengan alsagoff.


................................


orang kata kadang2 mimpi terhasil akibat daripada pengalaman orang yang sukar dilupakan tapi sukar diingat. kiranya bende2 yang kita pernah alami, tapi terletak jauh dalam otak sampai tak terpike dah.





calu

Mar 29, 2009

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 003

salam.

apakah ini satu petanda?check it out

dolah : umi nak motor!
mak dolah : hurm?
dolah : nak Yamaha 135 LC.! senang sikit nak merayau2 kat kolej
mak dolah : yerlah. nanti sape nak bayar? duit minyak lagi. pandai ke jage. van tu pon dah kemek
dolah : alaa..boleh la. duit minyak dolah ada duit. umi cume perlu beli jerk! van tu bukan dolah buatt
mak dolah : ade2 je jawapan ko ye? moto ke kerete ni perlukan kasih sayang tau.
dolah : dolah akan jage with all my heart!
mak dolah : mak ko ni pun tak rase pun kasih sayang?
dolah : alaa umi, kasih sayang dolah terhadap umi terlampau banyak sebab tu kene kasik sikit kat motoo
mak dolah : issh! yela2..jom gerak


selepas dengar fly.fm terus terberangan weh! apakah ini satu petanda? aku nak test talk kat umi aku. mana lah tahu kan...


calu

aku manja ngn mak aku, ada masalah?

Jan 14, 2009

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 002

salam

huyo..macam mana boleh laju pulak dapat wireless ni? (aku baru tahu ada cara nak masuk youtube even server kolej aku da block. yatta!)


ok.mlm tadi, bukan.petang semalam. dia lagi. tak habis2 dia. shit.


kali ni scene dia aku rasa dekat shopping complex nak detail aku pun tak tahu kt mana. dia macam biasa kerek2...malu(?)


time itu aku wat solo demo beb!demo parkour. dan dia ada tergolong dalam penonton. i was like, since when you are here?

watak tambahan, (kawan: baem) dan kakak dolah.kakak dolah dalam mimpi ni nakal gila boleh dalam mimpi tu tengah sempit2 dalam lif dia tolak aku keluar sampai terkoyak seluar aku. malu

tapi dalam mimpi tu dapat tengok dia senyum.....

......

kalau mimpi ni mainan syaitan stop playing with me setan!!!

calu

aku harap ianya petanda

Dec 31, 2008

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 001

salam semua

aku rasa aku selalu mimpi benda2 pelik, unik, lain dari yang lain dan adventurous~

malam tadi aku mimpi perempuan tu

sekali lagi.

kali ni scene mimpi tu dekat sekolah Suzuran dari cerita Crows Zero. oh ya, Crows Zero II dah nak keluar dah, tak sabar.

dalam mimpi tu segala persoalan terjawab. I'm a fool! tapi segalanya terlambat.

Punca mimpi :

sebelum tidur aku tengok video ini, berulang2 :



baca lirik, tu yang penting.

Yoo Bin aku punya. siapa kacau aku belasah. warning awal2 nie~

calu.

ya, satu satu perkara aku suka Korea sebab dia ada Wonder Girls. Tell me, tell me,te te te tell me~~