Oct 21, 2013

Simple Things Gone Complicated

Salam semua


Aku pernah mendengar analogi seorang kenalan aku. 

"Perempuan ini kau boleh samakan dengan pokemon. Awal awal memang dia melawan. Tapi bila dah lemah, dah kena tangkap masuk pokeball, baru dia akan dengar cakap kau"

Aku hanya akur mendengar. Memberi ruang seseorang untuk bersuara kononnya. 

Cuma terdetik di hati membalas, kejadah kreatif benar dia samakan perempuan dengan pokemon? 

"Dan lelaki pula macam kucing. Kita ini kejap lari kejap datang. Nakal. Bila kena kacau berlari  menggigit gigit, bila tak kena kacau, kejar mencakar cakar" 

"Hmm.."

Aku terus termenung mendengar. Tiada perasaan untuk menambah ataupun mencelah. Hanya cuba melayan dan memaham.

Dan terbawalah aku ke satu situasi ini. 

Ada asasnya dia berkata begitu.

Ada logik nya jika ditafsirkan analoginya itu. 

Tetapi,

'Ada' itu tidak semestinya merangkumi keseluruhan asas dan logik. Kerana 'ada' itu berdasarkan perspektif dan kepercayaan dia sendiri. 

Mungkin dia percaya mahupun dia telah mengalaminya situasi tersebut;

Bahawasanya perempuan ini sukar didekati, 'jual mahal', malah sering menguji lelaki yang mencuba nasib. 

Dan mungkin dia percaya mahupun dia telah mengalaminya situasi tersebut;

Bahawasanya apabila perempuan ini telah dimenangi, mereka akan menunjukkan sikap mereka yang sebenar, manja dan juga taat. 

Mungkin dia percaya mahupun dia memang seorang lelaki yang;

Apabila didatangi perempuan mereka akan suka tetapi tidak menunjukkan ke'suka'an mereka itu. Ego. Mereka akan melayan endah tidak endah akan perempuan itu. 

Dan mungkin dia percaya mahupun dia memang seorang lelaki yang;

Apabila ketiadaan perempuan mereka akan sunyi. Bila perempuan telah pergi dia akan mencari cari. Menyesal.

Mungkin.

Itu tafsiran aku, tentang falsafahnya.

Kerana sekali diingatkan, falsafah tiada betul mahupun salah. Ianya hanya sebagai 'guide' mahupun kepercayaan seseorang dalam menjalankan kehidupannya. 

Kerana ada juga sebaliknya. Bagaimana pula jika terdapat perempuan yang peramah? Bagaimana pula dengan seorang lelaki itu yang kehidupannya berubah apabila memiliki pasangan? ( queen control) Bagaimana pula jika terdapat lelaki yang memilih untuk bersendirian tanpa paksaan? Dan pelbagai soalan lagi. 

Lihat lah, dengan satu persoalan sahaja seakan angin meniup dahan kepercayaan kita dan membuat kita berfikir untuk kali kedua. 

Apa kepercayaan kita sebenarnya? Perempuan begini atau begitu? Lelaki sebenarnya begitu atau begini? 


Permasalahan sekarang bukan itu sebenarnya. Kita tidak boleh bezakan lelaki dan perempuan sebegitu rupa. Kerana perbezaan antara dua jantina ini adalah satu sahaja


 seks organ. 


Maka jika ingin ditafsirkan perilaku mereka, tafsir mereka sebagai manusia, bukan jantina. 

Ya, manusia. Individualiti. Seorang demi seorang.

Maka aku telah rumuskan bahawa teman aku ini sebenarnya telah berkata ;


"Awek aku ini kalau nak tahu, macam pokemon. dulu punyalah payah nak ngorat. Sekarang manja habis! Dan aku ni time awek aku manja manja memang malas ah nak layan. Aku sound la dia en asal manja sangat. Lepas tu dia merajuk. Ingat aku nak pujuk la tu. Tapi lepas 2 minggu aku pujuk lah dia jugak aku belanja dia baskin robbin and tengok wayang. Jatuh miskin aku true story!"


Yes.


That must be it.


Calu.