Oct 13, 2013

Indah

Salam semua


Setelah sekian lama, aku dapat lihat pelangi di siang tadi. Pelangi tersebut penuh berbentuk separa bulatan, kedua-dua hujungnya menyentuh bumi.

Kadangkala apabila berpeluang melihat benda-benda sebeginilah hati aku jadi aman dan tenang. Seakan-akan tiada masalah, walaupun sudah lewat 4 jam bertemu janji sambil mengharungi rintikan hujan.


Aku pasti tiada orang di atas dunia ini yang boleh lari 100% dari masalah.


Betapa kompleksnya hidup dan masalah seseorang itu, sama kompleks dan rumitlah keadaan yang membolehkan pelangi berbentuk separa bulatan berlaku. (Jangan hirau, pelangi berbentuk bulatan penuh juga boleh berlaku.) Memang jarang dapat dilihat, dan kamu bertuah jika kamu berpeluang saksikan dengan mata sendiri, dan kata orang Ireland jika kamu cari hujung pelangi akan ada sebelanga emas yang dijaga oleh seekor leprechaun comel.


Jadi sebab itu dari dahulu lagi, kalau ada musibah melanda aku, aku pasti selepas semuanya berlalu, akan ada pelangi untuk aku. Macam jika mulut kamu ada ulser, pasti mulut kamu akan sakit, dan kamu akan teringat bagaimana rasanya bila mulut kamu bebas dari ulser. Dan kamu akan tenang sebab kamu tahu bila ulser kamu sembuh nanti, mulut kamu akan jadi seperti biasa semula.

K


Calu