Oct 7, 2013

Falsafah

Salam semua

_____________


Falsafah adalah subjek yang tidak ada hitam putih, tidak ada salah atau betul - bukan seperti subjek-subjek lain yang mempunyai skema jawapan. Falsafah adalah proses pemikiran yang mencipta persoalan daripada jawapan yang ditemui, dan begitulah berulang-ulang. Jawapan yang paling akan diingati oleh manusia sampai bila-bila adalah jawapan yang ditemui sendiri, bukan jawapan yang diberi.


Ilmu falsafah yang distruktur dan disampaikan dengan baik mampu memperkasa pemikiran kritis. Ia tidak menyesatkan, tetapi mungkin menggugat mereka yang tidak suka disoal. Persoalan tentang "menyesatkan" juga adalah satu falsafah. "Kenapa sesat? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sesat? Sesat di mata siapa? Betul ke sesat?" Sudahkah kita menembusi tembok Falsafah itu sendiri untuk kata ianya sesat atau tidak?"


Jika Falsafah itu menyesatkan, kenapa ramai manusia beragama tapi masih juga sesat? Kalau kita kata ramai yang boleh terkeluar daripada agama kerana berfalsafah, ramai juga yang memeluk agama kerana berfalsafah (mencari, bertanya, ingin tahu). 


Kajilah


Calu