Jul 10, 2013

7/7/1990(4)

Salam semua


Ramadhan yang ke 23. Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang untuk terus menebus diri daripada dosa. 

Nukilan tarikh lahir ku yang ke empat ya. Dengan rendah dirinya dan mungkin sedikit berlagak (kerana ini blog aku, my space, my rulezzzz) ingin memaklumkan bahawa 7 hari bulan Julai yang lepas merupakan tarikh hari lahir aku yang ke 23. Ya, 23 bukan 24 mahupun 25..


Masalahnya..


 Ramai yang sangka aku tua tua durjana..


Haram jadah.


Padan muka kau dolah, dulu tika umur kau belasan dan hingusan kau suka bajet tua. Nah melekat sampai sekarang, dah tua betul kena cop lagi tua. Itu lah kebaikan serba serbi jawa ya. Muka tua, yang penting jiwa muda muda jambu gitu~!


Sedar diri ini rupanya tiada nukilan birthday pada tahun lepas. Agaknya kenapa ya..mungkin party too hardddd? Atausesuatutelahterjaditetapitidakmahuingattapisekarangtengahmentionbendatusampaidahingatbalikkk?


Atau memang malas sebenarnya.?


Walau bagaimanapun ingin di buat cerita, tarikh lahir tahun ini, sengaja aku diam dan sorokkan. Sengaja aku meletakkan diri di dalam situasi di mana kita tidak dihiraukan dan tidak dipedulikan walau di hari kelahiran kita sekalipun. Ingin aku menyelami perasaan seorang manusia yang tidak punya apa malah kewujudannya juga tidak dipeduli. Senang kata, bajet 'attention ho'


Sungguh menakutkan sebenarnya.


Tidak dapat aku bayangkan kehidupan mereka yang sedia ada keseorangan, kesunyian dan tidak punya harapan di serata dunia ini.  Aku genggam hati ini memaksa syukurku menjatuhkan ego ku yang bahawasanya aku lah sesungguhnya diantara manusia yang paling bertuah. 


Eksperimen nyata berjaya. 


(Sedih kaw kaw sial takde sape berusaha celebrate birthday aku T^T)


Kita tak kan mampu menyelami situasi malang seseorang dengan hanya berfikir sahaja. Satu jasad badan ini harus diletakkan di dalam situasi tersebut. Kita akan dapat merasa betapa bebannya kelainan yang mendatang. 


Dan aku bertuah. Walaupun mengelak, mendiamkan diri, dan memadamkan satu satunya informasi harapan manusia untuk mengetahui tarikh lahir aku di facebook (lol) masih ada nyawa nyawa yang mengingati. Malah ada yang 2 hari lebih awal. Terima kasih. Dari lubuk hati, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerana sudi meletakkan diri aku di dalam hidup kalian. 


Alhamdulillah masih hidup. Alhamdulillah birthday kali ini berdekatan dengan Ramadhan. Semoga ini menjadi katalis dan anjakan jiwa untuk berubah menjadi muslim yang diterima Allah. Semoga kehidupan aku sentiasa dirahmati AaMiiiiin ya Rab.


Makin tua makin malas menaip ya sayang. Rindu dengan semangat muda muda dulu kala. Menaip berjela panjang tak ingat dunia. Syok sendiri habis habisan kononnya. 

InshaAllah yang penting sentiasa berterusan dalam penulisan ( poyonya bajet penulis pui kupuipui!) Kualiti dipertingkatkan. Ramai rakan blogger telah kecundang. Teringat ada juga yang daftar blog kemudian terus malas lololol. Minta doa kepada pembaca jika masih ada (haha) untuk mendoakan agar jiwa dulu kembali, agar kualiti dalam mengekspresi inspirasi itu sentiasa berbunga...


dan yang terakhir sekali sebagai nota diri


Kita suatu hari nanti akan tiba disebuah fasa dimana kita akan menyedari kita tidak mahu apa apa melainkan dua perkara: 

1)diri kita dihargai 

2)kewujudan kita diakui. 


Agaknya aku telah memasuki fasa tersebut. 




Keyrana is updated to 2.3


Calu