Jun 25, 2013

Tarbiyah dan Usrah

Salam semua

Percayalah suatu hari nanti akan ada manusia yang menidakkan kebenaran malah memperlekehkannya. memilih kepentingan dan mentertawakan kebaikan. Bermegah diri dengan kejahatan dan lari daripada keadilan.  Mencipta kedudukan dengan kepalsuan. Apa sahaja cara lagi seperti  dengan manipulasi, sinis, dolak dalik selagi manfaat mereka akan sentiasa terangkat. Orang sekeliling akan merasa ketidak selesaan tapi tidak akan mampu berbuat apa malah hanya senyum menerima cerita. Manusia seperti ini bermulanya kosong, tetapi setelah mampu berdiri mereka akan sengaja untuk lupa dan menidakkan dari mana mereka datang. Mereka akan terhina apabila kebenaran itu sememangnya benar, tetapi mereka tidak akan mengakui. Mereka akan terus lari dan terus tenggelam. Dan mengulangi perkara yang sama seperti apa yang telah dinyatakan. Al Quran itu benar dan apa yang diperkatakan itu benar. Hanya orang yang berakal bersih sahaja mampu lihat semua ini.


Semoga aku tidak tergolong dalam golongan ini.


Calu