Nov 12, 2012

I Will, I Want, I Should


Salam semua 


Ah..

cuaca nyata tidak akan pernah memuaskan diri kita yang berfitrah mementingkan diri sendiri ini. Ada sahaja perkara yang akan dirungutkan, ada sahaja perkara yang dipintakan. 


Tapi itu tidak akan menghalang aku yang sedia cool lagi topless(sedang) untuk menulis perkara yang aku kira patut dikongsikan untuk kebaikan minda bersama lalu membuahkan manfaat melalui perbuatan.


Baru baru ini aku membaca. Ya, abang key membaca. Dolah suka membaca. Abam banyak membaca! Baca facebook, tweet, tajuk tajuk youtube, papan tanda jalan, no plat kenderaan...ya, nyata aku suka membaca. Heh, (angkuh) tidak seperti kalian yang tidak suka membaca, apatah lagi benci membaca. You know what...shame on you! Shameee.


Cukuplah aku berlagak dengan sifat murni aku ya. Apa yang ingin dikongsi di sini, ketika sibuk menjalani aktiviti murni lagi berfaedah aku, aku terbaca sebuah artikel yang agak menarik. Mengenai sebuah perkara. Yang tidak dapat lari dari diri kita, satu satunya makhluk yang berakal. Apa dia kamu tanya? Heheh!  Baca bawah ;

.

.

"procrastination" 


Haa...tu dia...dok tengah tengah siap ada pembuka dan penutup kata ditambah lagi style italic..goosebumps rightt? (puih)


..


Biarlah aku guna perkataan "procrastinate" sebagai medium ya?


Ramai yang berfikir kita procrastinate kerana kita malas dan tidak pandai untuk mengurus masa. Kenyataannya ia adalah salah. Kerana yang sebenarnya kita procrastinate kerana kegagalan kita untuk menyedari cara kita berfikir.


Procrastinate sebenarnya meliputi perkara yang lebih meluas. 


Kita tunggu hari rabu untuk membuat kerja sekolah yang harus di hantar pada hari khamis. Kita tunggu  last minute untuk membuat persiapan raya. Kita tangguh untuk berjumpa lecturer, doktor, renew lesen atau baiki kereta. Kita lupa untuk membayar hutang, kita lupa janji hari ini yang dibuat pada minggu lepas. Pinggan pinggan di sinki dah bertimbun, sampah sampah yang penuh sudah berbau. Kita lagi suka tidur dari keluar bersukan. Nanti kita akan buat. Kita akan buat esok. Nak belajar ni mengambil masa yang lama. Baca twitter dulu sebelum pergi sana. Tak salah last batang rokok sebelum balik. Lagi 5 episode kita tidur. Pukul 8 nanti kita datang.


Kita berazam tahun ini kita akan jadi lebih kuat. Kita berazam tahun depan kita akan jadi  lebih baik. Dan kita mula membuat sesuatu sebagai perubahan. Kita menulis perancangan di buku, membuat reminder di phone sendiri, menampal kalendar di dinding, membeli barang barang yang berkaitan untuk mencipta suasana yang baru dan segar di sekeliling untuk menambah semangat diri kita. 


Tetapi semua ini tidak akan membantu jika kita fikir diri kita seorang yang tidak pandai mengurus masa. Sedangkan kita cuma lemah dalam mengawal apa yang sedang berlaku di dalam otak kita.


Dimudahkan lagi skop nya, pernah tak kita pada suatu masa dalam mode "kaki donwload" ? Dimana bila kita sedang mendownload seakan semua benda lain kita ingin download. Kita mahu download satu movie sahaja tapi alang alang tengah download dan internet pun laju naharom, otak kita pun decide ; "tak salah dowh download movie tu movie ni " dan otak kita mengulangi hasutan nya itu sebanyak 34 kali menjadikan kits 'ter' download sebanyak 35 movie. Dengan hanya satu alasan, "apa salahnya, esok nanti aku nak tengok movie movie ini" 

Dan dari 35 movie itu hanya 4 sahaja yang kita tengok dan baki nya kita delete untuk mengosongkan ruang hard disk. 


Tidak apa, bukan salah kita. Salah otak kita. Scumbag brain.


Itu lah dia kesilapannya. Kita membuat suatu keputusan untuk diri kita di masa hadapan, pada masa sekarang. 


Kunci untuk mengalahkan ini mudah. "berfikir mengenai pemikiran"  usaha untuk memilih antara apa yang kita mahu dengan apa yang kita patut.


Procrastinate penjelasannya adalah kita membuat keputusan memilih apa yang kita mahu berbanding apa yang kita patut di masa hadapan kerana di masa hadapan kita tiada perancangan dan kita tidak berfikir tentang apa yang akan berlaku ketika itu. Kita gagal untuk mengagak apa yang akan kita fikirkan pada masa hadapan. Kita gagal untuk memilih sekarang dan kemudian. Kemudian adalah tempat yang sangat tidak stabil. 


Diberikan contoh ; katakan aku akan memberi kalian 50r hari ini. Tetapi aku akan memberi kalian 100r tahun depan. Jika disuruh pilih, secara kebiasaanya pasti kalian akan memilih 50r bukan? Kerana tiada siapa akan tahu apa yang akan berlaku dalam masa setahun itu. Bagaimana pula jika aku kata yang aku akan berikan kalian 50r 5 tahun lagi tetapi akan berikan kalian 100r 6 tahun lagi. Apakah yang akan kalian pilih? Kali ini tentunya kalian akan pilih 100r untuk 6 tahun kerana kalian sudah dalam mode menunggu, dan seperti biasa otak meyakinkan anda " tak salah dowh tunggu satu tahun lagi"


Kerana itu aku sebut di awal nukilan, fitrah kita manusia mementingkan diri sendiri. We even being selfish to ourselves. Our future self. Kita membuat keputusan dengan apa yang kita hendak sekarang ini, dan mengharapkan diri kita di masa hadapan untuk melakukannya untuk kita. Bila kita bersifat ini, kita tak mampu membezakan antara apa yang kita mahu pada masa ini, dengan apa yang kita mahu pada masa hadapan. Itu yang menjelaskan kenapa apabila kita beli makanan yang banyak tetapi terpaksa buang sebab lambat makan lalu basi. Kenapa kanak kanak pelik ibu ayah mereka tidak beli hadiah untuk diri sendiri. Kenapa kita pelik melihat orang yang lebih dewasa dari kita tidak travel dengan wang yang mereka ada.


Pada tahun 2010 aku telah menulis nota untuk diri sendiri. Dan aku baru sahaja baca semalam. Tersenyum, tergelak terlempang diri sendiri. Nota nya ringkas sahaja. Tetapi duka citanya 60% dari isi nota itu aku lupa apa yang aku cuba sampaikan pada diri sendiri...


Haha!


Yang aku ingat tika itu aku membuat resolusi pada tahun 2011 untuk travel seluruh Malaysia dan akhirnya ke Jepun. Pengakhirannya ia berjaya kecuali Jepun yang ketika itu dilanda tsunami (sedapkan hati) Secara tidak sedar aku sebenarnya telah membuat apa yang aku ingin buat di dalam nota tersebut cuma nya aku tidak tahu kerana apa. Nak tahu nota tu tulis apa, baca di facebook aku ada di sana dan bertajuk "read this when its April 2011" (aku baru baca semalam lol!)


Kerana itu aku langsung. Ya, seriously langsung tidak pernah berjanji mengenai masa hadapan. Kita patut tahu betapa beratnya beban janji itu dan betapa kecewa jika janji itu dimungkiri.


Jadi bagaimana?
Caranya adalah berfikir sebagai kita di masa hadapan. Apakah yang kita di masa hadapan akan lakukan pada masa ini jika dia dalam situasi ini. Berfikir apakah kita di masa hadapan masih mempunyai semangat seperti semangat yang kita ada pada masa ini. Terapkan semangat aku akan,aku mahu dan aku patut di dalam setiap objektif dan impian.


Tanya diri sendiri
"kau yakin ke masa depan kau akan masih seperti ini?"


Jadi bagaimana dengan impian, cita-cita, harapan kita untuk masa hadapan? Apakah ia juga satu procrastination?
Ia bergantung. Jika kita mampu, ya kita procrastinate. Jika kita tidak mampu, lihat diri kita apakah kita sedang berusaha menuju ke arah itu. Atau hanya sembang dan guling guling menunggu masa yang sesuai. Kerana sebagai muhasabah untuk diri aku sendiri, mengambil nota itu sebagai pengajaran dan beberapa lagi objektif yang tercapai, aku tidak procrastinate. Malah aku sedang berusaha dan tarian jari aku ini juga adalah sebahagian usaha aku mencapai objektif(impian)  yang seterusnya. 


Apa impian terulung abdula?
Mana boleh tahuuuuu



Calu