Oct 31, 2012

Ludah Ke Langit Jatuh Ke Muka

Tidak kisah rakan lelaki atau perempuan yang kau sedar ilmu darjat (agama) mereka lebih tinggi sedikit dari diri kau sendiri. Dan kau sengih merogol telinga rakan rakan kau yang lain dengan meyakinkan mereka yang lelaki/perempuan itu mengalami kejutan budaya.

Sebagai contoh kau 'budak' kl, jiwa pun kl. mempunyai rakan yang mungkin bukan dari kl, jiwa pun bukan di kl tetapi susuk tubuh mereka tika itu bersama kau, di kuala lumpur. Kau memaki mereka meludah konon mereka "culture shock", "poser" , "you dont have any idea what you are now my friend?"

Percaya atau tidak asas perubahan mereka datang daripada pergaulan dengan kau sendiri. Naluri survival untuk mengadaptasi dengan persekitaran mereka.

Jika kau memaki mereka maka kau memaki diri sendiri. Kerana mereka hanya mencerminkan keseluruhan zahir dan batin kau. Dan kini kau patutnya sedar betapa jijiknya personaliti kau sendiri.


Calu.