Jun 6, 2012

Langkah pertama

Langkah pertama ku, tuk membuat lagu.
Akal diam biasa pabila minta kerja sama
Tapi di paksa tuk menjelas yang sedang apa
Kerana di paksa tuk bukti apa yang ku ada
Kerana segalanya, mula dari langkah pertama


Aku tuju dengan apa yang ku mahu
Harus ku tahu yang ku tidak patut malu
Apa yang liku akan ku butuh tempuh
Harus tidak malu ini baru langkah nombor satu


Ku latih sendiri, tersenyum kecil di hati
Ku cuba nyanyi nyata geli hati
Kerna nyata ia tak yang dibayangi
Bezanya apa yang di akal dan juga budi
Sebeza jaraknya langit dan juga bumi


Tapi aku masih cuba menaruh diri kerana apa hidup ini hanya untuk selamatkan diri
Kan ku taruh nyawa ku yang satu tuk langkah yang satu kerna apa hidup ini jika tidak beralih dari tempat berdiri

Kecewa pilu sakit dan silu
Semua perasaan dicipta ada hikmah dari yang Satu
Jika tidak berani dah hanya gagah berdiri,
Sampai bila kita kan berjumpa dunia baru.


Aku berhenti bermadah laju kerna mulut kian kaku
Hanya menulis dan hati berirama mengikut rentak lagu
Dengan harapan satu hari idea ini kan di realisasi
Dengan harapan langkah ku yang satu ini bukan langkah yang bisu.