Jun 28, 2012

Kaya Yang Miskin

Salam semua 


 Pagi ini abg key masih terjaga..memikirkan masalah ummat...yang semakin rosak.. 


Tsk. 


Aku letew.


 Baiklah sebelum aku terlelap dan sebelum aku maki sesiapa yang cuba kacau misi tidur aku sampai petang biar aku bercerita. 


 Akal aku pagi ini cerdas. Terpancar semula ingatan. Kisah yang terbaca dari mana, di olah dengan syok sendirinya. 


Di kisahkan sebuah keluarga yang kaya di sebuah bandar metropolitan. Sang ayah yang bernama Dolah dan anak bongsunya yang di namakan suka hati Khalid Alwalid, berumur 8 tahun. Tidak seperti abang abang dan kakak kakaknya yang lain (6 adik beradik kesemuanya - dolah seorang yang memahami keperluan batin isteri) Khalid si bongsu merupakan seorang yang agak temberang. Mungkin dimanjakan dengan kekayaan yang melimpah ruah atas kekacakan strategi Dolah dalam bisnes perfileman dan sukan, Khalid tiada bayangan untuk menjadi ulamak, atlit sukan, doktor mahupun peguam seperti abang abang dan kakak kakaknya. Dan ini membuatkan Dolah risau. Lalu Dolah mendapat idea untuk memberi Khalid pengalaman untuk merasai kehidupan seorang yang miskin.
 
 Dolah membawa Khalid untuk duduk di rumah desa milik teman lama nya Nah Jib Kor, seorang melayu yang keliru menyangka dirinya cina. Selama seminggu penetapan mereka di situ, Dolah mengharapkan anaknya mampu belajar sesuatu daripada keluarga Nah Jib Kor yang serba sederhana dan kampung. Dolah ingin kan anak nya mengerti bahawa dia harus berusaha untuk mengecapi kejayaan. Dan kejayaan itulah yang membolehkan dia untuk hidup senang. 

Nah Jib Kor merupakan teman sepermainan Dolah sejak kecil tetapi menjadi daif kerana terlalu banyak menipu. Rumah nya kecil, tidak berpagar hanya mempunyai ladang pokok jagung yang tidak subur dan anak anak nya sering bermain layang layang di situ. Selain itu dia juga mempunyai beberapa binatang ternakan dan seekor kuda yang sudah tua. Kira kira 5 minit perjalan kaki dari belakang rumahnya terdapat sepasang sungai yang panjang dan jernih. Dolah dan Nah Jib sering bermain bersama di sungai itu 30 tahun dahulu. 

Seminggu yang tidak terasa, beransur pulanglah Dolah dan anak nya Khalid ke banglo mereka di bandar. Mengharapkan Khalid mempelajari sesuatu selama peninggalannya di rumah desa itu Dolah pun bertanya,

"bagaimana nak? Ada belajar apa apa tak selama seminggu duduk dekat rumah Pakcik Nah Jib dan Bik Mama?" Dolah mengharapkan anaknya memahami perbezaan antara orang kaya dan miskin 

 "Waah gila la abi!" jawab Khalid. "Kita kena besarkan swimming pool kita sebab dia orang punya sangat cantik dan panjang sampai tak nampak hujung!" sambil mengorek hidung Khalid menambah, "Halaman kita sempit sebab ada dinding, dia orang punya sangat luas! Siap boleh main layang layang lagi! Kita nak beli jagung pun kena pergi kedai tapi dia orang tak payah pun sebab dah ada pokok jagung dekat rumah dia orang, tak payah bayar pulak tu!"

 Masih lagi mengorek- ngorek hidung, Khalid menambah , "  abi kena pergi beli lampu dari luar negara nak bagi terang ketika malam tapi rumah pakcik punya lampu lagi cantik berkelip - kelip, siap terbang terbang dan ada juga yang melekat di angkasa lagi! Kita kalau nak tengok binatang kena pergi zoo tapi diorang kerbau lembu unta ular semua ada! Abi siang malam kena pergi kerja tapi Pakcik Nah Jib dan Bik Mama tak kerja pun duduk rumah main dengan anak anak dia..nampak nya kita lagi miskin dari mereka kan Abi? Dia orang lagi kaya dengan kita..."

 Dolah diam membisu. Tiada satu ayat nasihat, motivasi mahupun inspirasi yang mampu diberikan kepada anaknya. Hanya satu kekeliruan bermain di kepalanya. 

"ular? Shit my son almost die!"


calu