Jun 14, 2012

Antara Misi dan Visi

Dot dot dot


....


Suasana tampak sunyi di dalam kereta. Bukan kerana janggal atau pun malu, seakan kami selesa dengan keadaan nya, tenang, aman. Aku yang sedang memandu dan dia yang sedang bersama. Tangan masing masing tidak pun menghulur ke arah mana mana sebagai pemecah diam. mungkin kerana kerana tiada keperluannya, ketika itu.


Masih tidak bersuara, masih lagi menghayati perjalanan kereta. Walaupun sudah terlalu lama dan sangat jarang berjumpa, tiada sesaat pun rasa kejanggalan di dalam diri. Sebesar semangat hormat di antara kami berdua. Tapi siapalah kita hanya manusia yang penuh cerekarama.


Sesekali kepala cuba memandang ke arah nya untuk memulakan bicara. Tetapi dia semakin membelakangi wajah terasa. Kecewa gembira mungkin, lalu secara semula jadi wajah sendiri mengukir senyuman. Kali ini berpura untuk tidak mengambil peduli dengan memberi sepenuh perhatian dengan pemanduan. Tetapi anak mata lambat mendengar arahan akal untuk pandang ke depan sempat melihat dia memberi pandangan kepada aku.



Setahun hanya sekali, mungkin ada rezeki, dua kali, untuk dia balik ke sini. Dan setiap kali itulah hati bersedia untuk kembali rasa gembira. Kerana bukan senang untuk berjumpa dan bukan senang untuk kekal bahagia.


Hampir selalunya diri menjadi gila dan terus berpura pura


Hampir selalunya diri menjadi keliru dan kecewa


Hampir selalunya diri ini rasa tidak berharga


Tetapi moment ini lah menghilangkan segala duka. Kerana bagi aku apa yang penting, jika dia berada di sini, aku juga berada di sini, berpijak di tanah yang sama dan bukan dipisahkan negara.


....

Dot dot dot


*tulis romantik muka tak hensem tak guna jugak. Puih

*Petang yang panas

*realiti tidak sama dengan visi


calu