Jan 30, 2012

Yang Berharap, Teruskan

Dan aku duduk seperti hari hari biasa yang aku duduk. Memetik suis bernada sembang. Sambil rancak pergerakan mulut sehinggalah ke tangan, mata aku terus memerhatikan nya. Tingkah laku nya, cara pemakanannya, matanya, senyumannya, tutur katanya, silang kaki nya, lipatan tudung nya.

Ah. Memang tak boleh teruskan. Mendabik dada memasang telinga kemudiannya.

Ah. Masa semakin perlahan. Apakah kau sedang menyuruh aku menghayati detik kehidupan ini wahai masa?

Tiba tiba telinga seakan di jentik. Hasshhh! Penyakit apa ini la sial? Atau syaitan yang mendamping? Apa yang sedang cuba disampaikan?

__________________________

dewasa ini semakin rancak jiwa muda berhajat ingin bahagia. Sesuci mana hajat itu? Atau cuma terikut arus semasa?


Bila aku berdiri di dalam dunia aku sendiri. Aku memegang hati ini memejam mata. Mengharapkan angin meniup celah fizikal untuk menambah lagi rasa.


Ceh.


Hakikatnya kita tidak tahu apa apa. Mengenai masa hadapan. Langsung.


Aku sering berhujah bernada sembang dengan rakan sekeliling dengan memulakan wajah idea ;

" apa kata, dari sini, kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku, kita lihat siapa yang berjaya laksanakan idea sendri dahulu"


Kerana kita tidak dilihat oleh pencipta sebagai sebuah entiti. Tetapi individualiti. Tuhan menghargai setiap ciri ciri yang Dia berikan kepada kita.


Mungkin aku semakin perlahan mengenai sesuatu hal. Tetapi di dalam masa yang aku semakin rancak mengenai sesuatu hal yang lain.


Manusia berubah atau tidak, itu bukan persoalan. Tetapi manusia semakin baik atau tidak itu yang harus di titik beratkan.


Bila ketika melihat sesuatu yang baik akan berlaku terhadap seseorang, jangan di halang. Tumpang gembira dan bersabar jika ia manyakitkan. Walaupun secara tidak sedar hampir segenap perlakuan kita lakukan terdorong kerana orang yang kita inginkan.


Dongaklah. Akuilah. Masih ada lagi dinding dinding yang kita endahkan.


Wokey. Nasi goreng dah sampai.


Calu.