Jun 22, 2010

Optimistik

salam semua


laju korang nak baca blog aku kan? ahak, comel.


perut aku sekarang macam nak meletup. alhamdulillah. aku kenyang gila kaw sat. sekali sekala kejangkan perut apa salahnya kan? esok2 timbul lah balik 6pack aku ni. so, tadahal~

baiklah. sementara aku bersiap sedia untuk memasak cekodok ikan bilis kejap lagi, biarlah jari jemari aku menari-nari selaju mungkin. dan aku ingin mengambil kesempatan, alang-alang dah tersebut cekodok ni, biarlah aku minta maaf kepada Cekodok Hangit sebab sampai sekarang tak tunaikan janji aku. memang gedik manusia tabur janji nak buat macam macam kan? tapi sampai sekarang, cam haram. jadi Cekodok Hangit, kau sabar je la ye~~esok esok aku buat. ngiahahaha!

__________

optimistic - Expecting the best in all possible ways


padah selalu muhasabah diri sampai aku rasa diri aku ni seorang yang optimistik. uhuk uhuk. aku sudah mula poyo kah? contoh paling ketara boleh dilihat adalah melalui cara aku mengharungi 'life' yang penuh pancaroba nih!. aku seorang yang positif, oleh itu kadang-kadang aku melihat segala permasalahan yang berlaku di sekeliling aku adalah 'life'.aku menganggap ianya ujian dari Allah, dan juga menganggap aku seorang hero drama romantik aksi dan sebagainya.

bagi aku, definisi kehidupan atau 'life' aku adalah seronok, gelak kaw sat sampai keluar air mata atau terkucil, spontan, sakit, dramatik, tak tersangka, sedih, rakan-rakan, bengang, ekxtreme, rare activities, atau senang cakap perkara perkara yang tidak membosankan dan aku akan sentiasa ingat ketika tua kelak, perkara perkara yang aku akan menyesal jika aku tidak melakukannya dan aku akan sentiasa bercerita mengenainya di hari kemudiannya.

jadi apabila sikap optimistik aku digabungkan dengan definisi 'life' itu sendiri, itu sudah merupakan gabungan chemistry yang cukup lengkap bagi aku. aku memandang hampir semua perkara positively. kerana aku percaya, pengkahirannya cukup baik bagi aku.

apa yang buat aku terfikir untuk menulis perkara ini. kerana terdapat beberapa perkara yang berlaku sebelum ini yang sepatutnya-ketika-itu-aku-tak-patut-senyum.:

1) ketika aku kemalangan motor. badan aku sumpah tercampak ke depan weh! tempoh aku terbang tu cukup la jugak nak toleh kiri kanan. landing kepala, terseret dua dua lutut. tipulah aku terus senyum kan. aku mencarut-carut kat motor yang menyebabkan aku terbang. tapi apa boleh buat, dia lari cool je. kimmek tol. senang nak dipendekkan cerita, all the way aku ke hospital member2 aku tanya : "asal ko senyum2 zam?"

2) aku terpecahkan kepala aku ketika aku excited melihat orang ramai excited melihat aku dan mmbe2 yang tengah excited..(?) tipulah aku tak sakit kan. memang mula-mula rasa macam orang hentak tukul kat belakang . tapi lama kelamaan, dengan muka penuh darah, aku gelak gelak buat lawak dengan member2 aku. all the way pergi klinik member aku tanya: "asal ko gelak2 zam?"

3) aku kena kejar polis,sebab aku lari dari polis(kah!kah!) sebab aku terlalu relax, polis tu berjaya menangkap aku. sigh~ polis suruh aku tolak motor aku ke kereta polis. agak 2km la jugak jauhnya. tu la sape suruh lari roadblock lol. all the way aku menolak motor tu, polis tu tanya "asal ko senyum2 nih?amek barang ke hah?"

4) lepas kena sound dengan polis, aku terus pergi main futsal. (tengok, cool tak cool aku, kena tangkap polis tapi masih ada mood maen futsal~) dah sampai futsal, aku lewat 45 minit, member aku cakap: "blah r ko penipu. kena tangkap polis konon...gelak2 macam haram"



dan pelbagai lagi perkara negatif yang aku sentiasa handle dengan penuh macho dan tegar. tapi biasalah, aku bukan perfect. aku juga manusia yang punya kelemahan. terdapat juga perkara yang melemahkan rohani aku.

jadi kerana sikap aku ini, aku berjaya untuk menjadi seorang yang tidak gagal. aku belajar untuk meraikan rakan-rakan, dan perkara sekeliling. aku berjaya untuk melarikan diri daripada hakikat yang bahawa aku seorang yang tiada life kepada seorang yang penuh dengan life sampai aku tidak cukup masa untuk tidur!


the best outcome daripada situasi aku diatas tadi, yang nombor satu, aku berjaya berkenalan dengan seorang nurse yang sangat cantik, muka matang. (demmit aku rindu kau!) dan dari kaca matanya aku tahu dia seorang yang notty~.ngiahahah.!! dia berumur 18 ketika aku 19tahun, kerja part time. sekarang, sudah lost contact...sedih.

yang nombor dua...mungkin tiada kot. memang macam sial adalah. hahahaha! tapi, insiden itu mengajar aku untk berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara. dan mungkin the best outcome is, i gave my friends a happy time. lol

yang ketiga, aku tidak kena saman. how cool is that. lari daripada polis, main kejar2 dengan polis. tapi tak kena saman~

yang keempat, aku tak yah bayar futsal. ngiahahahaha!


mungkin post kali ni pendek. but what am i tryin to say. being optimistic is not bad thing okay. actually it is g,gggoooood~



senang cakap, dia serupa diaplikasikan dengan sentiasa percaya Allah itu ada untuk kita.


calu


aku kena bahan dengan zaki ngn anas cam haram. malas je panggil ko kutiman weh!haha :P