Jun 5, 2010

Melalut

salam semua


memang tak sangka aku akan cakap begini. tapi, aku bosan der!? hari ni, semalam, kelmarin...merupakan hari yang membosankan. tiada perkara baru, tiada benda buat aku gelak ternganga, hanya routin biasa sebagai pelajar. masuk kelas, keluar kelas, balik bilik, keluar bilik, memasak..(aku sekarang tukang masak rasmi bilik aku, yo.)


senang cakap, tiada LIFE. ah...usah maki hamun cakap aku ni muslim tak guna. pergi sembahyang sunat la, baca quran, ikuti perkembangan konvoi Life Line Gaza ke pe..demonstrasi penyerahan memorandum, aku tahu semua itu. tapi kalau dah memang bosan tu, bosan jugak.


jadi apa salahnya jari jemari aku menari-nari ni paparan blogosfera.


so sekarang ini aku meniarap atas katil, ( memang pemalas, online pun baring..heh.) berjemur di bawah angin kipas mengeringkan peluh selepas selesai bermain badminton dengan keadaan topless. paling kurang ada jugak aktiviti tadi....kan? sebelum kalian jijik euu euu sama aku sebab basah berpeluh pun baring atas katil, aku dah pun lap ok. depan cermin. nak tahu tak? pergh, bukan main lawa badan aku depan cermin...dayum son! macam model2 seluar jeans tu, yang dia orang apply minyak zaitun kat badan sebab nak kasik otot kilat2, ha macam tu lah badan aku.


"ah ko, badan kedeng. perasan lebih"


so what? kau nak aku kutuk diri sendiri? komen2 merungut tentang hasil pemberian ciptaan Allah yang flawless ni? itulah, kadang kadang aku tengok manusia tak bersyukur dengan apa yang ada. merungut kening bersambung la...tangan panjang la...gigi terabur la..buncit la...badan pendek la..kulit hitam la...peha besar la.. dah besar tu besar jela. siapa suruh tak kecikkan.


aku lagi suka tengok orang yang bersyukur dengan apa yang ada. macam Paris Hilton, kononlah dia tengok cermin pastu cakap "damn, im so hot." and then dia jilat jari letak dekat punggung lepas tu buat sound effect "pssstttt" konon nak tunjuk dia tu memang 'panas' gila gaban. ok, mungkin dia tak bersyukur kepada Allah sebab she's a bitch, kapir. tapi, dia menghargai apa yang ada. walaupun dia tu tak se-hot mana, kaki pun tulang je, tapi dia tetap convince diri dia hot. contoh lain yang kita boleh guna...ok. seorang lelaki. Farid Kamil. pelakon yang agak popular kan. tapi, perasan tak perasan, hensem hensem dia pun muka dia pun ada juga jerawat. jadi, apa rahsia dia? mestilah kesyukuran dia dengan pemberian tuhan. lalu ia membuahkan satu sifat keyakinan diri untuk berani menjadi pelakon. alah, tipu punya kalau takde satu hari dalam hidup dia tu, dia pandang cermin and then cakap, "hensem kaw sat hang nih! anak hagham sunggoh!" eh..jangan kata orang orang macam dia riak pulakk...dia orang just being grateful.


senang cakap macam ini lah. kalian lepas mandi, sebelum keluar ke mana, mesti bersolek-solek depan cermin. nak tahu tak? sebenarnya depan cermin adalah salah satu tempat pahala kita naik paling banyak tau? sebab mesti kita secara batil, time tengah letak make up, letak minyak rambut, sikat rambut, pakai tudung, pakai oxy, pakai baju, bau ketiak or whatever, we look deeeep in our eyes, to our face...we convinced to ourselves, "youuu areee fineeee". dari situ kita dapat keyakinan untuk keluar pintu rumah. berbeza orang berbeza cara ok. mungkin ada yang membuat-buat reaksi muka untuk mencari pose yang paling comel. ada juga yang ternganga-nganga mulut, muncungkan bibir, ada yang yang angkat-angkat kening, senyum tersengih...eksperimen stail2 rambut, buat muka serius, muka gembira, muka gelak, muka minta tumbuk, muka horny....dan macam macam lagi. walau apapun reaksi korang depan cermin, sebenarnya, mengaku jela, kita semua bersyukur dan (bangga) untuk mendapat wajah di dalam cermin tu.


well, surely it is not a bad thing. dapat pahala bai~


sebab tu aku suka cakap diri aku cool, awesome, sensasi, cute, sasa dan pelbagai pujian keramat yang lain. sama seperti semua orang, tetapi, aku cuma menzahirkan perkara itu. sebab memang walaupun kebanyakannya kontra, tetapi sekurang-kurangnya aku juga bersyukur dengan apa yang ada. dan ia juga merupakan doa. sebab mana tahu, secara tak sedar aku bakal jadi orang paling sensasi satu hari nanti? aku lagi suka berperangai masuk bakul angkat sendiri daripada aku masuk bakul and then susahkan orang minta tolong angkatkan. so, fikirlah sendiri.



.....





apa tujuan sebenar post ni der?


calu
(aku masih tengah bosan)