Jun 15, 2010

Masuk Air

salam semua


dalam usaha memberi senyuman, merangsangkan otak dan memberi inspirasi kepada semua (cheyh...!) aku gembira bila mendapat tahu kepoyoan aku sebenarnya tiada sianya. ya, ada juga sebenarnya antara nukilan aku mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. dan reaksi aku.....senyuman joker, lol.


baiklah. musim bola sudah hampir seminggu bermula. di facebook dapat dirasakan dengan gelombang gambar profile jersey team2 pilihan mengalahkan musim protes serangan konvoi Gaza menggunakan bendera Palestin. penyokong Spain, what up?

.

semenjak, dua menjak, tiga menjak ini, aku sering kali masuk air. bagi kalian yang innocent dan tidak tahu kejadah apa itu 'masuk air', (tiada maksud di dalam kamus) tetapi ia sebenarnya situasi di mana si polan ini akan melakukan sesuatu yang dia tidak akan lakukan pada situasi yang normal akibat kebosanan yang extreme atau sebab lain yang tertentu.

"kenapa dia kentut kuat kuat? tak pernah dia kentut selama ni!" - masuk air
"kenapa dia ni raba-raba aku? gay ke?" - masuk air
"kenapa dia lari topless kat tempat awam?" - masuk air
"kenapa dia jerit-jerit macam sial?" - masuk air

senang kata 'masuk air' adalah dua perkataan yang terabai di dalam kamus dewan kerana ia merupakan level sebelum 'tak masuk akal' di mana selepas itu adalah 'gila'. dan what is good about it is 'masuk air' boleh dipulihkan dengan perkara2 yang life. dan ianya tidak akan melekat pada seseorang selamanya. ianya hanya terjadi di dalam situasi yang sia sia(membosankan) dan actually 'masuk air' adalah perkara yang menyeronokkan jika ia di-enjoy secara tidak berlarutan.

terdapat juga lain perkataan yang juga sangat popular tetapi langsung tidak mempunyai qualification untuk diletak di dalam kamus dewan which is, 'lampi'. lampi adalah perkataan unik yang menggabungkan 2 elemen bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. dimana 'lam' disingkatkan daripada perkataan 'lambat' dan 'pi' berasal daripada pick up(kutip). lalu menjadikan ianya perkataan yang sangat famous, 'lampi' (lambat pick up) yang sering digunakan ketika masa masa yang kasual. mengikut ayat2 yang spesifik, ia boleh menjadi adjektif, kata kerja mahupun kata panggilan nama.

"weh lampi, dengar tak?" - lampi
"aku kata ko gay sebab ko tengah buat apa sekarang ni? ko jawab!" - lampi
"ini nombor 7! kalau aku nak cakap 52, aku tunjuk 5, baru 2!" - lampi
"errrr......................................" - lampi
"aku nak pergi buang air jap.." "asal ko nak buang?kasik aku la" - lampi


dan ada juga perkataan lain...seperti mancapap, di mana di dalam versi baku nya, 'mencapub' yang membawa maksud mencari publisiti....


wait. aku sudah semakin jauh dengan tujuan asal aku.


ok. baiklah. as i said before, semenjak, dua menjak, tiga menjak ni aku banyak kali masuk air. aku melakukan perkara yang aku tidak lakukan ketika normal. mungkin akibat kebosanan yang extreme, aku banyak melakukan perkara yang menyeronokkan diri aku, yang melawakkan bagi mereka menonton dan mengannoykan bagi mereka yang MATANG.


ya. mereka yang KONONnya matang.


'matanglah sikit weh'.
ya kau buat aku teleng.
kau bersuara kerna cemburu
aku bersuara apabila diganggu

jangan ingat kita membesar tugas hanya memikul tanggungjawab
jangan ingat kita tua hanya menunggu mati
kita tidak boleh lari dari realiti
pernah tak dengar pepatah jaga kain sendiri?
ya, niat murni. cuma memberi ingatan.
tetapi tidak salah kalau aku ikut kata hati
jangan cakap aku tak matang kalau kau boleh bual benda tak matang.

kita mencapub bukan tiada harga diri
kita mencapub sengaja mencari reaksi
hayati
kita bersuara kadang-kadang berbunga
engkau matang tapi engkau lampi
nak kata ada matang, fikiran masih dalam kotak

kau cop orang tak matang
tengok diri sendiri
macam jadah letup sikit langsung tiada hujah

sudah sudahlah dengan engkau punya matang
aku bosan lihat kau bajet matang cuba bermadah
kita sendiri bosan bila menjadi matang
kau berfikir dengan perspektif yang sehala
kau terlalu ego. kesalahan orang jelas terang, diri sendiri cermin pun tak pandang



jadi pergi mampus dengan engkau punya matang.
jangan cakap aku macam sial hanya sebab menentang
matang kau matang macam gampang


calu