Mar 4, 2010

Mo Hao Pang

salam semua

hampir setiap hari di dalam kehidupan aku dikatakan sebagai seorang yang mengecewakan, pemberi harapan palsu, tidak consider, memainkan perasaan, layan life sendiri, gelabah, poyo bertingkat-tingkat, janji melayu dll. well aku tidak dapat menghalang mulut masing2 walaupun aku tahu mereka cuma niat bergurau dan bersuka hati. tidak kisah. dan aku terima semua ini sebagai satu hisab bahawa diri aku masih seorang yang tidak cukup baik. aku dikenali melalui keburukan dan bukan kebaikan. oleh itu, sesungguhnya kita penduduk bumi haruslah berusaha untuk ke arah kebaikan .

aku juga cuba menghisab diri aku. apakah fiil aku yang membawa kepada label2 ini. memang sestengah ada betulnya dan ada sesetengah cuma menyakitkan hati. dan aku berfikir lagi, biarlah, takkan ada tumbuh pokok tanpa benih kan.

.

mungkin atas dasar aturan kehidupan aku yang membuat aku seorang yang mengecewakan, pemberi harapan palsu dan memainkan perasaan : aku seorang yang suka meraikan rakan. lagi2 kalau kawan yang bertahun lamanya tak jumpa. kadang2 bila berchatting dgn mereka, kita terdeal untuk berjumpa. nak tengok mukalah kononnye. so aku tanpa berfikir panjang terus setuju. set tempat, masa, alright. pada masa yang sama, aku pun terlupa aku ada janji dengan kawan yang lain. nak tak nak, terpaksa korbankan salah satu janji. oleh kerana perlakuan aku ini terlalu kerap dilakukan, terhadap rakan kolej, parkour, bangi dll, maka aku dicop sebagai permberi harapan palsu, janji melayu or so whatever lah...so cool. aku tak tahu sama ada perkara ini merupakan keburukan atau kebaikan aku. apa boleh buat, we can't be in two places in one time.

antara peribadi aku yang sering disebut orang malah dibangga oleh bapak dolah sendiri ialah aku ni seorang pendiam. dan peribadi ini juga menempiaskan aku kepada label gelabah : pendiam..aku pendiam ke? walaupun aku cuba untuk menidakkan sifat ini tapi oleh kerana aku memang dipanggil pendiam sejak form 3 memang sudah tidak boleh dinafikan. mungkin aku pendiam yang bertempat. aku hidup sudah mencecah 2 dekad dan boleh dikira banyak la jugak perkara yang aku alami. dan aku tahu, masih banyak lagi perkara yang aku belum tempuhi. dan sifat pendiam ni membuat orang lain tidak dapat mengenali diri aku yang sebenar. ye lah, sebab pendiam, tak banyak cakap la kan. dan apabila tiba suatu masa aku bersuara, kadang2 aku bercerita tentang diri aku. tentang kehidupan, pengalaman aku. an as u all know, kehidupan aku ini sensasi. jadi apabila aku cerita benda2 sensasi mereka pun kata aku gelabah. haha. mungkin sebab selama ini mereka telah mengenali aku sebagai seorang yang 'a' kerana tiada cukup informasi tentang diri aku. tetapi apabila aku bercerita tentang diri aku yang sebenarnya aku ini seorang yang 'b' mereka tidak dapat menerimanya. dan aku memahami kerana ia ada kaitan dengan psikologi otak manusia kita. anyway, please don't take it personally.

apabila sebuah otak menerima suatu maklumat yang bercanggah dengan maklumat yang sedia ada, ia akan memaksa otak itu untuk re-arrange atau re-program. dan otak itu akan melawan kerana proses tersebut memerlukan mental effort yang tinggi. dan cara terbaik untuk mengelakkanya adalah menidakkan maklumat tersebut. lain sebab adalah ego. empunya badan akan tidak menerima kata2 kita kerana mereka lebih percaya kepada diri sendiri. mereka tidak dapat menerima cerita sebenar yang mereka tidak tahu selama ini, oleh itu mereka menidakkannya.

aku juga 'dipandang tinggi' kerana kepoyoan aku yang telah mencapai tahap master : apabila kita bergurau, berpolitik, bersembang di meja mamak, tentu masing2 ada cerita dan falsafah yang tersendiri. tidak dapat lari juga apabila seseorang itu akan bercakap besar. apabila benak telinga aku mendengar kawan2 sekitar aku bercakap besar, otak aku terangsang dan meyakinkan diri aku bahawa aku pun tidak kurang besarnya. jadi ia akan memberi arahan kepada mulut untuk turut bercakap besar. dan apabila sikap aku yang gelabah + cakap besar, terhasil lah = poyo master.. apa yang meneruskan aku bercakap poyo adalah aku dapat melihat kawan2 aku gelak guling2 bila aku berpoyo. jadi perasaan gembira yang kecil akan timbul apabila lawak seseorang itu menjadi. secara automatik nya, aku pun akan terus melawak dengan poyo untuk menggembirakan hati kawan2 aku.


ini lah aku. ini lah sikap negatif aku yang positif. aku seorang mengecewakan atau pemberi harapan palsu kerana aku telah cuba sedaya upaya untuk bersama dengan semua kawan2 aku. aku seorang yang menggelabah kerana aku bercakap perkara yang jujur tetapi tidak disangka kerana aku seorang yang pendiam. aku juga poyo kerana aku suka menggembirakan hati kawan2 aku.

dan sekali lagi. please don't take it personally. ini cuma sekadar renungan diri aku semata-mata. wee~

kthnxbai


calu