salam semua
baru sahaja balik daripada menonton Arsenal dan Porto. sayo.
.
aku sekarang sedang menghadapi 6 benteng yang amat mencabar. setiap benteng memerlukan persediaan otak yang rapi dan stamina tangan. aku baru sahaja berjaya melepasi benteng 'Occupational English'. alhamdulillah, aku orang keempat paling awal keluar dengan penuh bergaya. (muahaha) namun sedikit kecewa dengan keupayaan tangan terutamanya di pergelangan tangan yang hampir terkehel di pertengahan jalan.
kini aku harus mencernakan otak semula untuk bersedia mengharungi benteng kedua, 'Multimedia Scripting'. benteng ini aku yakin, 80% keupayaan melibatkan otak, sebab ia english bukan sebarang english, ia english yang bullshit. sebab komputer je faham. yang baki 20% untuk stamina di tangan buat pusing2 pen. aku boleh. selamba.
dalam pada masa yang sama, di saat aku sedang berjuang dengan lewa di kolej aku, pelbagai lagi perkara yang berlaku di tempat lain. Amirul dengan double corkscrewnya, Ibah dengan kesihatan dia, kawan2 di sekitar Bangi, Sepang dan Sungai Merab dan lain lain. sebolehnya aku ingin bersama mereka ketika itu, tapi apakan daya, komitmen pelajaran aku agak tinggi sekarang ini. aku cuba untuk membahagikan masa komitmen itu dan ini, sebaik mungkin. amin.
tahniah juga kepada kakak kandung aku atas pertunangan yang agak menyentuh hati. orang pertama daripada keluarga nak kahwin haii~ teruja rasanya, namun coolness tetap menjadi sandaran.
berkata tentang pertunangan, teringin sekali aku bercerita tentang perkara sekaitan dengan nya. aish, tak mahu.
alamak, aizad nak balik. mampos kantoi aku guna laptop dia.
calu
lagu Justin Bieber - Baby , Ludacris rap laju nak mampos