Dec 16, 2009

Baru Bangun Tido

salam semua


mukaddimahnya, biar aku berterima kasih kepada pembaca semua kerana masih lagi bersama blog aku yang serba cool ini. kalian awesome, macam aku. iyalah, tanpa apa-apa nukilan, masih lagi bertambah bilangan stalker2 aku. thanks y'all~. ada satu masa ni aku tengok follower aku sampai 77...DOUBLE SEVEN baii. cantik nombor itu, kan?


aku masih sihat, cool dan awesome. masih lagi bersama Sunny kesayangan. tiada apa2 yang berubah. aku cuma sangat sibuk dengan life aku...mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mencerminkan diri aku sekarang bak kata mereka : " ya lah key, ko dengan life kooooo je" . 'ko' panjang2 tu loghat orang bandar sri putra.


aku sibuk dengan pelajaran aku. keluarga aku. kawan2 aku. Sunny aku. kerja aku. parkour aku. Sunny aku(?)...senang kata aku sibuk....tidak, aku tipu. yang sebenarnya aku cuma sibuk study komik One Piece dari episode satu sampai latest(500++). dan juga sibuk dengan Sunny aku.


ketika membaca komik, aku terfikir, bagaimana seseorang itu terlalu taksub, addicted dengan sebuah cerita yang tidak wujud? kenapa aku suka sangat? kenapa mereka sukeee sangat? sedangkan cerita2 tersebut hanyalah ciptaan manusia yang juga mempunyai daya fikir seperti kita semua. kenapa la aku sanggup duduk melecetkan punggung berjam2 di hadapan komputer hanya untuk komik One Piece? kenapa juga mereka menangis menonton drama2 televisyen? ini kerana manusia suka berangan! kita angankan perkara yang peratusnya sangat kecil akan berlaku dalam hidup kita. kita berangan nak menjadi sebahagian dalam cerita tersebut. dan apabila angan-angan ini didokumentasikan melalui gambar,komik, mahupun tv video, sedikit perasaan kepuasan itu yang membahagiakan, menyentuh hati kita.


mungkin aku bukan watak utama di dalam pentas lakonan dunia ini, tetapi aku mampu melihat watak2 di sekeliling aku. sedar atau tidak, realiti kehidupan kita kadang2 ada sama macam dekat tv. aku bukannya Adam yang memiliki Nur Amina mahupun Aidil yang alim warak.aku juga bukan Zorro yang boleh bercakap sambil menggigit pedang. aku bukannya Makio, yakuza kuat tapi bodoh bendul.


aku cuma aku.kita adalah diri kita. manusia yang punya akal fikiran.



dan filem hidup aku ini diberkati dengan dikelilingi oleh watak2 yang mempunyai pelbagai ragam dan macam di mana kewujudan mereka membentuk peribadi aku. ada yang party people, ada yang tukang menghangatkan suasana, ada orang kedah, ada yang cool(aku), kereta kancil, gen-2,ada taik lalat dekat hidung,kaki techtonik,tukang parkour, ada yang pendiam, bijak pandai, keling,awesome(aku), rempit, ada yang tukang bahan, ada yang dibahan, kaki gossip, kaki perempuan dan macam2 lagi.


kehadiran mereka di dalam hidup aku merupakan satu rahmat yang aku terima dengan penuh kesyukuran. tanpa mereka, hidup aku tidak sebegini.



tetapi di sebalik kerahmatan, ada juga masa2 buruk.salah faham, kawan makan kawan, kawan pulau kawan, mengumpat, caci maki, bergaduh dan macam2.


ada antaranya berbaik semula, ada antaranya berbaik tetapi tidak mungkin seperti dahulu. dan ada juga yang putus langsung tali persahabatan dimana hukumnya haram di dalam islam. haram sebab apa, apa dalil dia aku tidak ingat, yang aku tahu berdosa.



kita dicipta sebagai manusia yang mempunyai daya fikir. fikiran seharusnya dimanfaatkan dengan berfikir bagaimana untuk meluaskan pemikiran.(?)


cuba bayangkan apabila kita menonton sebuah cerita drama. untuk lebih jelas aku bagi contoh drama jiwang yang bertajuk: 'Nur Kasih 2'

nak diringkaskan(sebab aku dah letih menaip, dah lama tak taip panjang, stamina kurang :P) sepasang kekasih mesra, nama dia Azzam dan Nur Amina. mereka makan sama2,saling senyum malu2, geli2 sikit, adegan romantik, background music pun layan..everythings going well. esoknya, kita tengok scene Azzam menunggu Nur Amina dekat tasik, semalam tak puas date, esoknya nak lepas rindu. dalam masa yang sama, Nur Amina pulak kebetulan pulak lupa nak amik dobi. jadi dia terpaksa lambat. Azzam tu tunggu punya tunggu tiba2 datang seorang awek. shot kamera dari belakang mungkin kita tengok tu macam Nur Amina. tetapi tidak. (unsur2 dramatik, aku berbakat buat filem kan?) awek yang datang kepada Azzam itu sebenarnya bekas kekasih Azzam yang breakup 3 tahun lepas hanya kerana Azzam time itu tersalah peluk perempuan dalam wayang time tayangan perdana cerita hantu. dan kini awek tu belajar di Mesir dan sedang bercuti semester. apa lagi, balik Malaysia la kan. so Azzam terserempak dengan ex dia. time dua2 tengah kaku mengflashback memori2 indah 3 tahun lepas, sambil kamera amik shot 360 darjah mengelilingi mereka, tiba2 ex Azzam tu terjatuh tangga. untung belajar parkour, Azzam punya reaksi power, dia sempat selamatkan ex dia. dalam pada masa yang sama, Nur Amina datang termengah-mengah kerana sedar dia sudah lewat sejam. tiba2 dia tengok Azzam sedang memegang(nampak macam memeluk) awek tersebut. Nur Amina sedih, dia berlari dan menangis. walaupun menangis dia tetap nampak cun.


-------


korang yang menonton pun berkaca-kaca mata gigit baju kesedihan. pastu korang buat apa? mesti jerit2 "salah faham la siol!" kan?mesti tak puas hati kan?


begitu juga di dalam kehidupan kita. apabila kita nampak sesuatu, dengar sesuatu, perkara yang buruk, perkara yang mampu mengubah sesuatu perhubungan kita dengan kawan mahupun kekasih, don't just jump into conclusion and think its over tanpa sebarang penjelasan dari orang tersebut. tak rasa macam salah faham ke? cuba kita berfikir semula, memahami situasi dan bukan terikut2 dengan kata caci maki orang lain. kita ada kepala sendiri, fikiran sendiri. oleh itu anggapan orang lain terhadap orang lain tidak semestinya sama seperti anggapan kita. kadang2 apa yang kita boleh buat cuma duduk berbincang dengan orang itu dan memahami situasi yang berlaku.


kalau terdapat ketidak puas hatian, berterus teranglah kepadanya. jangan mengata belakang. sedar tidak sedar perkara ini mempengaruhi sang telinga yang mendengar dan mereka pun mengiakan je.


pernah tak rasa, kawan yang selama ini kita anggap nakama (ceh!pfft!) atau seorang yang dipercayai, tiba2 kita mendapat tahu dia mengata belakang kita, menikam belakang kita, tanpa kita langsung tidak tahu apa sebabnya, dimana salahnya.. apa perasaannya?

....


sakit kan?



calu



jantan2 sekalian ayuh kita angankan Nur Amina!