Nov 6, 2009

Hemo

salam semua

dalam keadaan emosi bercelaru bersama keadaan badan yang tidak beberapa sihat (batuk2 dan demam). dan juga bau badan macam bau ketiak orang gemok. ingin aku cuba merekodkan apa yang terlintas di dalam hati aku sekarang ini.


entri kali ini mungkin agak berperasaan...perasaan laki la. tak bunge2 macam pompuan.



pertamanya, aku nak cakap kolej aku teruk. teruk gila babi. apa nak dimegahkan aku pun tak tahu. selain connection internet yg pasang surut macam laut, bangunan asrama baru yang takde air. setiap sorang bayar ribu2 ke mana sumer tu? tempat parking berbumbung rektor? woott. lama2 aku semakin ragu2 dengan pilihan mak ayah aku masuk ke sini. dari situ kamu semua tahu aku tidak memilih tempat ini dengan sendiri. intitusi pembelajaran aku sepenuhnya ditentukan oleh mak ayah aku. aku tidak ingin mempersoalkan mereka, kerana sebagai anak, kita wajib mematuhi walau dengan apa cara sekalipun. jika tidak, kita hanya mendekatkan kita dengan perang armageddon. yerp, im halfway through the book, Perang Armageddon : Kedatangan Imam Mahdi.



tak tahu kenapa aku taksub benda2 macam ini.



tetapi apa yang aku ingin mempersoalkan, kredibiliti sesuatu kolej itu sehingga bagaimana mereka boleh mempengaruhi pemikiran mak ayah aku untuk menghantar aku ke sini. mungkin tidak lain tidak bukan, dengan nama Islam. kolej dimana mentarbiyah mahasiswa nya mentauhidkan diri ke jalan Allah dan sebagainya. aku tidak pandai bermadah agama. cukup asal korang paham.ok. aku turut. darjah satu sampai tingkatan lima sekolah agama, apa salahnya IPT kita agama kan? hampir dua tahun aku di sini, sejujurnya tiada apa2 yang melambangkan mereka yang kononnya mentauhidkan itu ini. cuma apa yang aku nampak, sebagai cukup syarat mewajibkan usrah ke atas semua pelajar, mengasingkan tempat makan laki dan perempuan dan...tak tahu, mungkin mewajibkan penutupan aurat? apa yang aku cuba sampaikan, apa yang aku lihat kolej aku yang Islam nya hanya di sisi undang2 peraturan. bukan dari segi penghayatan dan juga suasana.


aku bukan nak bajet bagus, sebab antara evil dan baik aku mungkin evil sikit. tapi macam mana mereka ingin membaikkan pelajar2 yg notti2 seperti aku sedangkan pentadbiran yang lemah? politik wang? wah..macam tengah bagi speech pilihan raya nih. pekerja2 yang kita bayar mahal2 semua tu lebih kurang ajar. mintak tolong dicaci maki. sengaja tak letak subjek supaya kita kena buat proses add/drop supaya dorang dapat duit daripada bayaran proses add/drop. macam mana pelajar2 semua tak naik hangin. pecah itu pecah ini. kene saman memanjang. duit hilang memanjang. dah tension mesti rebel. dah kena saman, mak pak marah. macam ni ke blaja agama?zupzapzupzap. bagi aku, mana2 kita belajar, kolej itu tidak melambangkan siapa kita. kita yang melambangkan bagaimana sesuatu itu kolej.



air takdo lagi nih..badan da gatai nih....butoh pak ang!!



sekarang aku sedang emo dibilik sorang2. membe aku ajak makan, aku tak pi. takda duit. ntah kemana hilang aku pun tak tahu. ada rasa sikit terkilan perasaan bila memikirkan kawan2 aku nih. bermacam ragam aku lihat, aku rasa. mula seorang ni terkedu, kena kutuk2 membe sendiri. dia takleh buat apa2. mmbe dia lak langsung tak sensitif tak kenal erti had. aku tak boleh buat apa2. its up to him how to deal with it. ada pulak membe pindah. pindah kolej. sebab apa aku pun tak tahu. agak sedih dan keliru kerana dah sampai sem 4 ni baru nak chow. kenapa tak blah dari sem 1 lagi? tak de la hilang duit bayar mahal2 kolej fuck ni. lagipun kalau time sem 1 aku tak sedih sangat, kita tak rapat lagi time tu. wuuuu. mula2 aku tak nak percaya pedon dia nak pindah. sebab dari sem 1 dia kata nak pindah situ. pastu sem 2 ada lagi. pastu cakap lagi nak pindah lagi. setiap sem kata nak pindah. tak pindah2. aku naik lali. tapi, nampaknya doa kau menjadi kenyataan juga kan Iman? ada pulak kawan yang naik berang dengan aku. tak tahu, naik bengang ke, touching ke, ape ke..aku tak tahu. aku tak tahu apa aku buat, aku tak tahu asal dia jadi macam tu. lantak dia lah. apa yg aku things will never be the same as before.


oh ya, aku sem ni dapat projek video. tak tahu la movie or video ke pe...papehal aku nak buat pasal parkour. harap2 dapat guna kamera besar gampang tuh pastu edit guna apple mac mnde tah skrin besar gila babi. so harap2 dak2 parkour dapat bekerjasama. wooho!


sekarang ni..aku nak berak. tapi tak de air. KUIS babi!




sekarang ini dak2 tengah rebel bakar mercun banyak2 : "nak air nak air!"



penutup entri sudah : aku baca balik apa yang aku tulis ni, pertama sekali aku fikir, gampang bodoh betul penulisan nih. mungkin ni la sebab nye orang cakap jangan blog time emo, atau hakikatnya aku nak lari dari kenyataan aku dah lama tak menaip? walau pape pun, bak kata siddiq dari post terbaik nya yang dulu.. life is about ups and downs. kita sedih ada orang gembira. kita gembira ada orang sedih. life is full of problems. sehingga pada akhir zaman itu tiada satu masalah dapat diselesaikan, ketika itulah kiamat menjelang. takde kaitan langsung ayat aku ni..ah, mampos.



sekarang ni tunggu connection ada, baru post. yerp, notepad FTW~