Sep 18, 2009

Ucapan Abg Key Sempena Raya

salam semua

ah...sekali lagi aku berak ketika sedang berblogging. dem

..................

apa yang perlu aku taip menjelang hari raya ea?


baiklah, pertama sekali aku ingin berterima kasih kepada follower2 baru aku yang kita walaupun tidak saling mengenali, tetapi saling menyokong dalam bidang mengekspresikan diri masing2 ini. blog for the way~ huh? hahah

aku ingin meminta maaf kepada anda semua yang masih baru-baru lagi dalam mengenali blog aku yang serba cool ini. mungkin di saat kamu semua melawati blog ini, post aku yang terbaharu semenjak dua menjak ini mengenai cerita zaman lepas aku. mungkin ia membuatkan anda bosan dan tertanya-tanya, blog pasal apa ni? bosan! siapa nak tahu cerita pasal kau dan macam macam perihal lagi. maaf, sekali lagi. dan kepada yang memberi reaksi di dalam bentuk anonymous, minta maaf juga kerana tidak mengaprove nya kerana aku masih di dalam misi mengumpul reaksi2 daripada anda semua. kerana ada nukilan khas untuk anda! ya, nantikan!

bagaimana persiapan raya kalian? meriah seperti di zaman kanak2? atau semakin besar semakin tidak terasa kemeriahan tersebut? seperti aku, yang berlagak tua dan buat2 tidak kisah mengenai persiapan raya.

pernah beberapa rakan aku bertanya kepada aku :
"ko tak beli baju ke?" "aku dah besar dah..watpe nak beli baju lagii.."

nyata jawapan aku sebenarnya untuk mengelak daripada hakikat yang bahawasanya aku ketiadaan wang yang cukup untuk membeli belah!yerp, who doesn't love to shopping? new clothes, new shoes, new anything? i shall kill him! kerana kita semua tahu, deep in our heart, there's something we wish to buy...kan?kan?

jadi, (time berbuka tadi) aku cuba membuka topik mengenai raya untuk mewujudkan suasana raya di rumah tadi. kerana aku sekeluarga berbuka dengan suasana yang suram, aku pun naik sial. aku bertanyakan kepada bapak dolah. "daddy, bila nak tembak johor?" aku cuba bersembang dengan bapak aku. "nnnnntahleee" jawab dia kepeningan melayan handphone blackberry yang dibelinya bulan lepas. sampai sekarang tak biasa pakai lagi, hekhek.

oh ya, sebelum aku merapu lebar, keadaan nenek belah mak aku tenat, dia berada di hospital sekarang. doakan ya! dan juga keadaan atuk belah ayah aku juga tidak berapa sihat, juga berada di hospital sekarang. doakan ya! oleh itu, sudah tahu kenapa keluarga aku suram semacam malam itu. masing2 sibuk dengan kesihataan atuk dan nenek aku.

aku cuba untuk bersembang dengannya mengenai raya. balik mana tahun ni..balik bile... atuk kat hospital mana blablabla. sehinggalah ayat yang aku cuba keluarkan daripada mulut ayah aku sendiri keluar. :"dolah nak beli pape tak?"

muahahahaah. aku berjaya memanipulasikan bapak dolah!

aku berlagak cool dan berkata "tak kisah..." konon tak kisahla tapi dalam otak dah plan nak pergi mana nak beli itu, nak beli ni, dan lain2. teruk aku time tuh. terdesak sangat nak duit. ngaha. walaupun aku masih tidak dapat membeli kasut untuk parkour, 150r pemberian ayah aku sangat hargai. tak tahula bagi korang 150r tu banyak ke sikit, bagi aku, ia sangat berharga.

malam itu juga bersama kawan sehidupsemati, baem ke kedai(warta jew~). silap aku ingat downtown cheras je sesak. warta bangi pun kancil main gear 1 je wo~

baiklah. cukup aku cerita perihal aku. marilah kita merenung sebentar, cukupkah amalan yang kita buat di ramadhan ini? kawan2 baik aku kalau baca ayat ni konfirm gelak guling2 sebab jorang tahu aku memang tak cukup amalan! setakat ini, alhamdulillah, walaupun masih tinggal beberapa hari lagi puasa, aku berjaya sekali lagi berpuasa tanpa ponteng2. dan harap2 lagi beberapa hari puasa ni juga tidak akan ponteng. kerana sekali kita ponteng puasa, we have to start all over again. ini ilmu tau!

mesej aku kepada rakan2 traceur aku, sori tak join session korang lately, mungkin time puasa takde semangat nak melompat, haha. insyaallah, lets have fun at the Giant Leap Campaign nanti kayh? oh ya, satu lagi sebab aku tak join kau orang sebab aku nye kasut hilang kena curi (kot). lepas raya nanti kalau ada rezeki aku ingat nak beli kasut, tolong cadangkan kasut apa best.

and to all my AP members yang baca blog aku diam2 tu, aku harap sem depan kita belajar la betul2 eh? saling tolong menolong and keep on rocking~ sem ni tak sebilik pun dah naik haram, sem depan kita semua sebilik aku tak tahu la apa akan jadi.personal mesej to aizad, tahniah and have fun with awek raya ko, elly~ man, dapatkan lesen memandu kau betul2, menyesal tak sudah nanti. haha. korchi, sampai sekarang kau masih tak nak lawan snooker dengan aku lagi ye?. aku rasa korchi tak bace mesej ni, jadi iyan, tolong sampaikan mesej tu kpd korchi kayh? dan utk kamu, sori tak sempat ajar kau flash, aku sebenarnya....bukan malas, tapi malu kot. ngaha. apis! kau kuatkan semangat kau demi mimi! kimek, kerja betul2 k..kau nak sara kitorang semua sem depan. fud, jangan jadi setan. bob, cuti ni aku nak kau kuatkan lutut kau...dan budin...kau ada bangi contact2 macam biasa.


baiklah.


lastly, to all bloggers, surfers, internet users, my friends, anyone who stop by in this very blog, selamat hari raya. maaf zahir batin. be yourself. be the king in your own broken dream.


calu
oh ya, carian terbaru blog aku, 'jejaka cool' , 'jejaka sensasi', foooolamak!!

gambar untuk santapan kamu semua. juga atas permintaan seseorang. ngaha