Sep 10, 2009

Punca Segala

salam semua

you've gotta love sumthin to accept it. mungkin betul istilah ini. aku mendapat ayat ni dari komen seseorang dekat youtube. banyak thumbs up. aku pun ingat je ayat nih. semat kaw sat.

aku pernah menunjukkan perkara yang aku suka pada kawan2 aku. tapi kadang2 reaksi mereka tak seperti yg aku harapkan. satu hari tu aku kasik tayang video The Whitest Kids You Know kat mmbe2 aku. untuk lebih menarik, aku kasik video yang mungkin paling lawak dan boleh diterima oleh mereka iaitu lawak yang banyak mencarut. video 'How Abe Lincon Die'. time aku kasik tayang kat mereka aku tergelak guling2(walaupun dah tengok banyak kali). tapi mereka, kosong. macam lepak maple sorang2. aku pelik. siap kena hamun apa yang lawak nye bodoh!?

lain contoh juga seperti kawan aku seorang ini. peminat kaw sat hardcore. mungkin passion nya ke arah itu. aku tak kisah. lain orang, lain kecenderungan kan? so aku agak dia pun ingin berkongsi minat nya pada orang2 lain. lagu2 hardcore pun kasik taruk speaker base kuat2. gedang gedung head bang. moshmosh. macam2 la lagi. tapi, end up the same. maki hamun mendapat. lagu hang takleh kuat lagi ke?


seperti yang aku cakap. lain orang lain kecenderungan. setiap orang ada minat masing2, taste masing. barang besar ke..bibir munggil ke..kening lebat. itu hak mereka. bak kata orang itu, "our shitty behaviour is none of ur fuckin bussines" takde kaitan kan? tapi bile disimple mimplekan : "suka hati akulah"

aku memang sukakan jepun. nak kata totally..tak juga. aku sukakan hiburan mereka, gaya hidup, kebersihan, bahasa..artis2 yang comel dan apa2 lagi yang menarik. kenapa aku suka? mesti ada penyebabnya kan. jambatan aku ke arah dunia jepun adalah tidak lain tidak bukan, naruto. ya, naruto.ramen sane ramen sini..woo~woo~aha..terkenang lak..hahak.

seperti budak2 hingusan lain kehidupan aku juga tidak berbeza. minat kartun, hero2, wana warni. mungkin pendekatan aku lain ketika itu. time sekolah rendah aku tidak memilih tv2 tv3 atau ntv7 sebagai jalan hiburan aku. aku suka membaca. ketika itu Komik Remaja(Kreko) menjadi pilihan. Gempak dan lain2. aku ingat komik2 dalam majalah2 tersebut semua buatan malaysia. sebab bahasa melayu kan, tak terpikiaq lak aku tentang istilah 'alih bahasa' ketika itu. aku masih ingat lagi, dalam Gempak membuat review tentang naruto. dia tak tulis tajuk besar naruto, tetapi 'ninja moden'.

dah terbaca perkataan ninja dah pun membuat aku mabuk monyet. melompat2 aku lari ke atas bawah cari bantal cari air. kononnya nak baca dengan suasana tenang,aman damai dan selesa. dah nampak dari sekolah lagi aku memang ditakdirkan untuk lompat kan?(parkour). bersama bantal busuk dan air lemonade buatan sendiri aku membaca artikel tersebut. teruja, sampai aku tekap lukisan2 tuh. aku dah mula berangan. padahal komik dia pun aku tak baca lagi.

kebetulan dekat kreko ada buat pasal komik tuh. lagi terbang aku. aku baca2, sampai sanggup ke kajang naik bas semata2 nak beli anime dia. dah beli, lagu dia best pulak. ketika tuh aku mungkin tingkatan satu atau dua. ketika ini aku dah naik pangkat, aku gelarkan diri aku 'budak youtube'. aku search lagu naruto. dan macam biasalah, dah habis layan, tetikus pun gatal2 nak klik 'related videos' kat sebelah kanan tuh. macam2 aku klik, dari kartun ke drama dari music ke movie. sejak hari tu aku mempassionkan diri dalam kejepunan. mungkin tingkatan dua secara rasminya.

oleh itu sila hormati minat seseorang itu. anda bagaikan mencalar kisah silam seseorang jika mempersoalkan, memperbodohkan minat seseorang. kerana semua perkara terjadi ada kisahnya. semua perkara berlaku ada hikmahnya.

lihat diri kita. lihat kecenderungan kita. bagaimana terjadi semua ini? anda hanya perlu mengambil seketika masa dalam hidup anda untuk bernostalgia. aha~

.

calu