Jul 30, 2009

Nukilan Ini Untuk Polan itu Polan ini

susah. susah betul nak berkawan. dem




mungkin tidak pernah wujud. mungkin aku yang syok sendiri





mungkin juga diri aku yang lemah




salam semua. hai apa khabar.




aku suka berkawan. sebab tu ramai kawan. banyak geng. line2 aku bersepah ke hujung utara sana. abang adik aku.....isssh. tak nak taksub. haram jadah mane suka hidup sorang2? emos? emos pun ade geng emo sendiri jugak.cuma bila perasaan ' ini-lah-orang-boleh-buat-contact-kalau-bosan' itu hanyalah harapan palsu semata-semata.... kecewa juga kan? aku bukan men cakap kat sape2. cuma inilah perasaan aku. dem. touching kuat malam nih!



memang seronok lepak ngan kawan kawan. panjat bangunan sama2. sembang kosong. ngorat awek ramai2. tolong balutkan rokok. itu sebahagian dari life bukan? aku gembira. mungkin cara gembira aku unik sket. diam tak bermakna aku tidak suka. cuma bila dikira dalam hal aku ni, aku seorang yang bila dalam berkawan, aku perhatikan dia dahulu. perangai dia, perlakuan, sejarah kehidupan. sebab aku suka mengagak sama ada seseorang itu layak digelar sebagai kawan sehidup semati. atau dalam erti lain orang tu boleh buat kawan sampai tua. boleh buat sembang dengan isteri masing2 di bawah bumbung di rumah tepi pantai barangkali. ada atau tidak aku tak nak sebut. korang syok sendiri aje lah mengiyakan yang ko ni salah satu dalam kumpulan tersebut.




terkilan agaknya bila seseorang yang kita anggap kawan baik, yang telah kita kongsi masalah sama2, perkara yang kita berdua sahaja tahu, yang memang boleh buat minum kopi sama2 bila dah tua di tepi pantai tadi tiba2 mengecewakan kita. belum tua lagi dah buat hal sendiri. mungkin hal nya seperti sudah ada geng yang lain, atau terlalu sibuk dengan komitmen kerja dan lain2. mungkin salah kita sendiri menganggap dia 'he's the one'. macam gay la pulak..



tension juga kalau, (kalau ok), contoh, kawan rapat yang selalu bersama tapi masih tak faham dengan keadaan kawan yang lain. mungkin dia akan membuat conclusion syok sendirinya lalu menyebarkan pemahaman dia kat orang2 lain. lalu terjadilah silap faham dan mungkin juga akan jadi kejadian pulau memulau. mungkin orang tersebut tidak berani untuk bertanyakan hal sebenar. atau mungkin dia terlalu malas untuk berusaha mencari kebenaran. dengan ini terjadilah jurang persahabatan yang semakin menjauh. sehinggalah suatu hari kelak tiada jambatan yang mampu mendekatkan jarak antara dua darjat tersebut.




itulah. life memang banyak masalah. cinta, duit, kereta, keluarga dan kawan adalah salah satunya.




mungkin juga kadang2 masalah itu terletak dalam di lubuk hati kita sendiri. mungkin kita yang terlalu takut menghadapi kebenaran. mungkin kita yang terlalu mencomplicated kan diri sendiri menyendiri, menyedihkan diri tanpa ada keberanian untuk menghadapi realiti. kita terlalu manja, untuk didampingi, diberi perhatian.


dalam kes aku, ramai juga yang kata (bukan ramai, cuma sorang, yang lain mengiyakan aje sebab malas nak layan) aku ini suka hidup dengan dunia sendiri sehingga orang kutuk aku depan aku pun tak dengar. well man, aku nak jelaskan kat kau. aku nak cakap dekat kau depan2 tapi kau selalu potong cakap aku mungkin sebab kau takut menghadapi kekalahan jadi aku tulis di sini aje kayh?. mungkin nasib baik juga kalau kau baca ini. aku bukan dengan dunia aku sendiri. malah sedar atau tidak , aku sebenarnya berada dalam dunia korang semua. cuma kalau speaker laptop aku tak rosak dan aku tak pakai headphone time layan youtube mungkin kau belum kentut lagi aku dah boleh dengarlah!




calu


si POLAN ini tidak khusus kepada sesiapa. its just a title