Jul 7, 2009

7/7/1990

salam semua


nukilan ini ditulis pada 24/6.. hari di mana filem yang dinanti nantikan tahun ini keluar. ya, Pengubah: Dendam Kesumat Yang Terjatuh (seboleh2nye blog ni nak semua melayu, eii..lempang kang)


aku telah mempuat pelan selama menunggu nukilan ini akan diterbitkan pada 7/7/2009, aku akan cuba untuk menyibukkan diri dengan aktiviti aktiviti seperti mengembara ke terengganu, berfutsal bersama sama rakan rakan sepeluh, belajar bersama pelajar pelajar nerd, dan apa apa lagi yang mampu menghalang aku daripada gatal jari menaikkan sendiri bilangan pelawat ke blog sendiri. dan selepas nukilan ini diterbitkan, akan aku biarkan juga selama 2 3 hari atau seminggu (bajet tunggu komen banyak) untuk menenangkan diri. jadi...(sedang mengira..) dalam lebih kurang 2 minggu aku tidak akan menyentuh ini punya blog!



dan ini adalah mesej untuk diri sendiri : "dolah, belum 2 minggu ko da tengok2 blog ko, cakap tak serupa bikin!! cepet!"




baiklah.baiklah. serius





waktu menandakan sudah awal subuh, 4.52 pagi. dan tiada siapa yang ingin menemani aku bermain.. Uziaq(orang utarak) sibuq mengedit gambaq, Apis, budak jepun tanpa baju tidor di atas lantai tanpa alas sebab tilam dia kena curi. dan Man, macam biasa, curi tilam Apis layan tido sorang sorang. SELFISH!!



baiklah, aku sedang merangkak rangkak ke alam baru di mana alam ini merupakan sempadan di antara belasan dan puluhan. ya, inilah alam terakhir aku sebelum melangkah ke alam dewasa. oh, sangat cool gitu~



sepanjang kehidupan aku telah banyak aku lalui pelbagai detik detik kehidupan yang amat bermakna. persahabatan, percintaan, pengembaraan menuju kejahatan dan kebaikan, perkara ini semua seakan akan tiada noktah. malah kehidupan ini seperti suatu papan tanda yang mempunyai banyak arah tuju dan setiap arah itu membawa kepada papan tanda yang lain yang juga mempunyai banyak arah tuju. inilah kehidupan. kita tidak tahu apa yang menanti di masa hadapan. bagi aku, unsur inilah yang mendewasakan kita. kekecewaan, penderitaan, kemiskinan, penyesalan adalah hasil apabila arah yang kita pilih salah. apa yang kita perlu buat, belajar dari kesilapan, bangun dari kejatuhan dan jangan menuju ke arah itu sekali lagi.



pernah aku baca atau menonton suatu kisah. ada satu babak ni menceritakan tentang umur. si polan tersebut di tanyakan berapakah umur beliau.


"aku tidak tahu umur aku. aku tidak mengira. nombor membuatkan kita merancang'


bapak bajet cool orang ini!!?? tapi lama lama aku fikir, nombor memang membuat kita merancang. contoh : aku ada 10r, 2r nak beli tu, 5r beli ni, baki dia untuk esok. = perancangan. hari ni 15hb, 18hb nanti aku nak blablabla = perancangan. aku baru 19tahun, umur 24tahun nanti la baru start serius. = perancangan. pernah jugak aku bajet carelesss dengan diri sendiri buat buat tak ingat umur. time form 2. fuyoh. time aku hot gilew2 tu~ aku buat buat sengal tak ingat birthday sendiri sampai dua tiga awek wish hepi birthday pun boleh blurr. eh, hari ni birthday aku ke? haha!! ustaz aku sampai lempang bernanah telinga aku - "hari lahir sendiri pun tak ingat, bapak ko bagi makan ape kat ko ni!?" time tu memang ingat perangai blur, sengal sengal memang cool. tapi lama lama fikir, bodoh ke apa aku time tuh. bajet stoned kot?



aku pun suka bajet2 umo dah tua. orang tanye umur berapa, aku tambah 2 3 digit dengan umur sendiri. 21, 23... entah sebab apa aku tak tahu. bajet matang kot?



sifat awareness kita terhadap nombor ini kadang2 membuat kita lupa tentang sesuatu yang penting. apa dia? ha...itu kita kena cari sendiri. sebab aku pun tak tahu! celaka kau master inpirasi, apa jawapan die!!??



baiklah.



apabila kita dah semakin besar ini, tanggungjawab pun semakin berat. setiap perilaku kita akan dinilai dari aspek umur. kita lah yang akan menjadi modal insan untuk generasi yang akan datang. ini juga satu sumpahan. sebab kita dah tak boleh main kejar kejar macam dulu. dah tak boleh makan ais krim sorang sorang lagi. dah malu malu nak minta duit kat makpak. nanti keluar dengan mak sendiri orang ingat keluar dengan awek. jadi bila dah dewasa kita akan kehilangan banyak perkara dan datang banyak perkara baru.


aku tidak mahu berazam apa2 lagi. kerana aku ini kalau berazam ni cuma kuat untuk 2, 3 hari atau paling bagus 1, 2 minggu shj. lepas itu lupa daratan, longlai, lupa balik. lepas tu sibuk la tunggu tahun depan nak berazam baru. haih, manusia~ sekarang, apa yang aku boleh buat, aku dah naik setahun. aku kena sedar aku dah tak boleh banyak main. makpak aku dah tak boleh tolong. ( setakat pau duit serat dua rat sebulan harap harap still on ya daddy?) hidup sendiri tanggung sendiri. salah sendiri tanggung sendiri. kalau rogol anak dara orang yang berbirat bontot bukan makpak kita, bontot kita jugak nanti. masya 'allah.



dah semakin besar, semakin dekat juga kita dengan mati. mak cik aku pernah berbincang dengan mak aku.

"akak akak, eii..takutla umur dah banyak ni..muka makin kedut2..tue! tak nak tue kak..tak nak..(hari ni bday aku, wish la..wish la...)"


"eii..fikir itu pulak, makin banyak nombor timah(nama mak cik aku timah, bibik timah), makin dekat kita dengan mati..fikir tua pulak.."


"a'a la..takut kan. tapi rasanya lebih baik kita cepat mati kan, tak banyak buat dose..."



betul ke?. makin lama hidup, makin banyak dosa kau buat. tapi, kau nak mati cepat macam cukup pulak pahala kau? fikir sendiri.



macam macam la aku ni. haih, paperhal, selamat hari jadi yang ke 19. semoga diri sentiasa dirahmati. amiiin.