Apr 22, 2009

Andaikan besok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sebelum mati?

salam semua

mulai hari ini akan muncul tag baru di dalam blog, 'persoalan'.



...



cool kan?


haha. agak lama aku tak mengemas kini blog. mungkin terlalu faking gile sibuk dengan pelajaran di kolej. dan menikmati kehidupan serba gembira aku bersama rakan2 sebilik, sekolej, sebangi, senegara.. faking asam.

dan ya, terima kasih afie, nukilan ini inspirasi dari kamu. tak nak cakap panjang, syok sendiri aje la ya?


ok. andaikan besok hari terakhir anda hidup, apakah perkara yang ingin di buat sebelum mati? bagi aku, sebagai muslim. konferm2 lah aku top up ibadah aku 100 percent. iktiqaf dekat masjid. qiamullail, puasa, yassin 41, dan segala amalan2 yang confirm boleh buat aku masuk syurga. wakaka. oh ya, bayar hutang.


tapi, soalan ini aku tak ingin terlalu beragama. jika dari sudut kehidupan, jujur, apa yang kita akan buat? aku dapat agak mungkin ada yang ingin pergi terjun bungee dekat menara KL, atau bakar rumah orang yang dibenci, tak pun makan 40 biji ketul begedel, tumbuk orang yang selama ni patut kena tumbuk sehingga lah meluahkan perasaan terhadap insan tersayang, euu.


jika dikira dari jawapan afie yang mahu peluk, cium tangan dan dahi ibu bapanya. sangat jujur dan manja. haha. aku tak de masalah dengan ko weh! betul! jawapan yang jujur dari dasar hati nya membuat aku berfikir, apakah kita perlukan sesuatu pengeras atau katalis untuk memotivasikan kita melakukan perkara yang kita langsung tidak akan kita bersedia untuk melakukan? apakah harus diugut mati baru kita akan melakukan perkara tersebut?


majoriti manusia selalunya akan merancang dengan perkara yang akan dilakukan kelak. masa, lokasi merupakan elemen penting dalam perancangan ini. selepas ini aku nak buat itu....lepas itu baru aku buat ini....nanti lah aku buat...aku akan buat dekat situ...blablabla. kenapa tidak sekarang? apa salahnya? kita selalu akan takut dengan akibat. itu merupakan alasan terbesar manusia. dan sejarah mengajar kita alasan adalah penyakit terbesar manusia.


apakah perlu tahu masa kita mati baru kita akan hidup dengan sempurna? mungkin ini hikmahnya tuhan menjadikan ajal tidak mengenal umur, masa dan tempat. bila2 dan mana2 kita boleh mati.

jawapan aku, andailah aku akan mati esok, perkara yang akan aku lakukan adalah.....ngok ngek. biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. dah buat pun. dekat mimpi. mungkin juga aku tiada perkara yang ingin dilakukan kecuali memperbanyakkan ibadat. fuyoh.

kalian bagaimana?


calu