Mar 8, 2009

Perihal Kematian

cuba bayangkan, esok ko mati. hoho~

salam semua


pernah tak korang semua fikir. apa akan jadi bila korang mati. bagaimana dunia bila kita tinggalkan. siapa yang akan sedih, yang melawat kubur kita,mendoakan kita. juga apakah manusia lain akan sedar ketiadaan kita. berubahkah dunia bila kita tiada?

kalau Britney Spears tu mati konferm keluar surat khaba bulan2. pengaruh besar baii. dia kahwin pun dah jadi sejarah amerika lol.

tercetus niat aku ingin menaip tentang mati bukan apa. selepas melihat cerita 7 Pounds yang sedih kaw sat selama 2jam buat aku berfikir. bersediakah kita menghadapi mati seperti Will Smith yg kononnya memikirkan tentang mati setiap detik. cukupkah amalan? sudah tercapai impian kamu? hutang sudah dilangsaikan?

aku tidak tahu kenapa aku menggigil sekarang ni

dulu(beberapa minggu yg lepas) aku berada di saat kritikal. aku pernah berasa ajal aku akan tiba tidak lama lagi.tiap hari dada aku sejuk memanjang. amalan aku double triple-kan kot2 mane tahu memang betul aku akan mati. entah sebab apa. pelbagai perkara dan sebab aku fikirkan.

mula2 insiden yang paling bodoh dan lawak. kepala aku pecah. entah macam mana aku boleh survive 'pergaduhan' tu. aku nampak je cool dari insiden tersebut, dengan berlawaknya, gelak tawa, tapi aku sebenarnya trauma. sampai sekarang aku rasa impak kepala macam kena ketuk(tengah pegang kepale skrg ni!) sebab tu aku dah tak jackass ya ABUDI!

dan satu lagi insiden malfunction tubuh badan aku nih. pelik. kadang2 bila aku pegang barang aku selalu terlepas. tak dapat kawal. kaki aku selalu terasa lemah macam nak tumbang. pernah tumbang pun ada. jalan pun terumbang ambing je. insiden ni buat aku berangan yang aku ni pun ada penyakit macam Erika Sawajiri dlm dorama '1 litre of tears' uh. aku pun mula la berangan nak tulis diari yg kononnya dapat bagi inspirasi kat orang kot2 aku dah arwah nanti..

dan satu lagi! yang penting! tali pusat aku bergerak2..cuak dol. sebab aku pernah baca artikel apa entah. tanda2 orang akan mati salah satu dia tali pusat dia akan bergerak2 arh. tuntas menaikkan lagi peratusan aku akan mampus dalam masa 3 jumaat lagi.

aku tidak keruan. aku flash back semua dosa2 aku. hutang2 aku. sedih pun ada. yer la, macam dapat berita nak mati en..yang hanya mampu aku buat ialah berdoa.

satu hari ni aku tidak dapat menanggung beban. aku pun cerita dekat membe kolej aku. dia ni perangai sial tapi rajin belajar2 agama nih. aku cerita dari A ke Z. selepas itu dia pun mula berkalam

"there's no such thing as the tanda2 kematian. our lives and death is in God's will"

aku cam, ape mamat cakap rojak nih. tetapi ayat itu terus mengubah pemikiran aku. bodoh jugak aku percaya artikel tuh. ini semua kerja setan. dan sejak hari tuh aku bebas pengaruh setan. hidup mati kita di tgn tuhan la deyy.

dan aku kira insiden kepale pecah tu sebab Allah nak bagi kfarah untuk aku. malfunction tubuh badan pulak sebab mungkin aku terlalu ngantuk, overnite la katekan~. dan tali pusat bergerak tu sebab ia meronta2 minta perut di isi makanan.

ok. sudah terlalu jauh aku menyimpang.


apa yang aku cuba sampaikan, pentingnya kita untuk mengingati mati kerana dengan ini segala perbuatan kita akan terjaga. amalan pahala diperbanyakkan dan dosa berkurangan. sebab mati boleh datang bila2. oleh itu tidak hairan apabila teka-teki imam... alamak, aku lupa, Ghazali ke Nawawi..adoyai. teka-teki mengenai perkara apa yang paling dekat dengan kita. jawapannya adalah mati. ya, mati weh!

tengoklah. ketika aku ingat nak mati dulu, amalan punya double-triple, sekarang lagho balik.

lihat sahaja sekeliling kita. kematian berlaku di mana2. di Palestin terutamanya. di Malaysia baru sahaja keluar berita 5 penjenayah ditembak mati. sian, tak dapat taubat. aku juga ada2 rakan2 yang sudah arwah. aku doakan kesejahteraan mereka di sana.


antara impian aku adalah mati syahid! wajib ada impian sebegitu muslimin oi~ kalau tidak berpeluang aku ingin menjadi seorang yang terkenal kaw2 sampai kalau aku meninggal, semua orang akan doakan aku. dengan bekalan pahala dan doa mereka, harap2 lah tak masuk neraka langsung.

tiba2 aku teringat video peristiwa di Ambon dan Peso. seorang muslim kena tetak kepala, tikam tombak, dikelar, dibelasah tetapi hidup lagi! dia seorang lari bertempiaran sambil isi kepala terburai kena kejar orang2 anti-islam. urgh, ngeri.

semoga nukilan ini mampu menginsafkan diri aku sendiri, in a way.amiin.


calu.