Mar 28, 2009

Pening2

sibuk berlatih untuk gig bulan depan~ko nampak parut aku tu wo!

salam semua

agak sibuk dengan pelajaran aku sekarang ini tetapi aktiviti function, parkour dan lain2 masih sempat diluangkan bersama rakan2.

perkataan function jangan disalah ertikan, ianya membawa pelbagai maksud.

baru2 ini kelibat aku di dalam kelas agak jarang juga kelihatan. ini kerana aktiviti sosial yang tidak melampau yang tidak dapat dielakkan. setiap malam pergi KL weh!

tampak aku hampir kembali ke zaman lagho aku dahulu. siang mati malam hidup dan aku harus mencari jalan untuk mengelakkannya.

ini kerana tempias bahana overnite telah aku rasa. assignment banyak gaban kaw sat. oleh itu aku harus menjelma menjadi robot yang berdisipin, yang bangun subuh tepat2 pukul 5.30, yang waktu makannya teratur, yang rambut pacak2 belakang dan lurus di depan, yang belajar terus faham, yang tak faham terus tanya, yang pada malamnya buat assignment dan terus tidur. dan esok, rutin seperti biasa, robot.

ya, aku perlu jadi robot!

deskripsi tentang gambar: aku nampak cool kan?