Mar 6, 2009

Nukilan Khas Untuk terBACA(orang lain pun baca la juga ya!)

salam semua

baru sahaja menonton VCD ceramah 'Dunia Akhir Zaman'. ya, aku gantung sekejap masa study aku untuk mengisi rohani aku dengan keinsafan. - ini adalah salah satu daripada diri aku yang korang patut tahu.

tonight wireless di kampus is extremely strong. mungkin sebab ramai dah mula balik ke kampung dan aku masih terperuk di sini menunggu masa untuk menjawab kertas terakhir dan berambus.

jadi aku mengambil keputusan untuk online. ya, aku gantung lagi masa study aku. haha!

berjalan2 sekitar dunia blog - abudi...geram doh tengok hadiah2 tuh! pergi ke myspace, bukak mafia, aku tengok jumlah duit jerk tak buat kerja jahat, tak bunuh orang. ke forum. dan kembali semula ke blog.

dan bahagian Check2 Rock2 aku ada seorang mamat atau minah hanya bernamakan terBACA menulis :

Bosan??(post 24/2)...anda ni 'mmg'lah...padahal byk sgt bende leh wat.Dah baca Al-Quran?dh solat Dhuha?dah study seikhlas hati?dah tambah kefahaman ilmu?hah! nak bw kete je tau!

agak terkejut dan pelik dan pelbagai lagi perasaan bercelaru. kenapa dia ni? apa ayat aku yang buat dia marah sangat? aku bosan pun tak boleh? berdosa kah ada fikiran mahu bawa kereta? lol. tetapi aku anggap sebagai nasihat dan keprihatinan nya terhadap aku. dan, terima kasih. aku agak tersentuh.

aku mula fikir sejenak. kali terakhir aku baca Al-Quran...mungkin minggu lepas. urgh! memalukan. sebagai muslim memang memalukan. solat Dhuha lagilah. selepas meninggalkan zaman sekolah tidak pernah buat. ya, bila kita pernah bersekolah agama, tanggungjawab kita lebih berat daripada pelajar biasa. kita punya ilmu. patut lebih tahu.

tetapi study seikhlas hati dan tambah kefahaman ilmu aku rasa aku boleh bangkang. aku seorang yang suka baca buku. kali terakhir buku aku pegang (selain buku subjek pelajaran utk final) adalah kamus Oxford. tahu tak maksud 'fondle'?'joe bloggs'?'french stick'? hoho~

dan mungkin juga si terBACA ni seorang stalker yang memang mengikuti perkembangan aku yang sensasi ini. mungkin sebab blog aku ini banyak mencarut sana sini. syok sendiri dan langsung tidak ada apa2 sumber yang berguna kepada pembaca. jadi ia menggunakan post bosan aku itu sebagai modal untuk letup aku. bijak anda.

aku minta maaf. tidak ada apa2 untuk anda di sini. memang aku 'syok sendiri'. so what? tapi kalau orang lain mendapat sesuatu yang tersirat dari penulisan aku, mengambil masa untuk berfikir sejenak, terima kasih. anda bukan produk gagal.

aku cuba untuk tidak terlalu menyentuh kepada agama dan tidak terlalu jauh padanya. itu cara aku, pendekatan aku. ya lah, akhir zaman ini, siapa yang mahu membaca benda2 agama? oleh itu, aku buat pendekatan sendiri dengan hiburan berunsur sedikit nasihat. kalau anda stalker nombor satu keyrana, anda pasti faham. ustaz2 sekarang ceramah pun ada buat lawak juga. supaya pendengar tidak bosan dan masih boleh mendapat ilmu ceramah.

aku tidak bajet bagus atau apa. i'm just being myself.

tetapi aku masih tidak puas hati., siapa terBACA ini sebenarnya? jeng2~ jadi aku memulakan quest aku menjejak budak ini. bermula dari FeedJit. aku mendapat tahu, dia daripada area selangor. mungkin kawasan kajang. tapi aku tidak terlalu percaya. oleh itu aku pergi ke server chatbox aku untuk mendapatkan ip address dia - 115.132.73.68. ya, aku dapat. hohohoho. dan pergi ke ip tracer untuk mendapat lokasi sebenar makhluk Allah ni. kalau boleh nak alamat nombor telefon semua. hampir dapat! serius. tetapi kena log in. shit. aku pun malas nak register2 ni, so lain kali lah.

dan baru sahaja tadi aku mengembara thru ke blogosfera ni. masuk blog siddiq. dan di chatbox nya ada seorang ni bernama sword. aku ni pun minat gak nama2 senjata seperti sword..guns...dildo...capati..jadi aku klik lah. dan aku baca2 blog nya. and you know what? ada post nya betul2 sebijik macam post bosan aku tuh! ia bertarik 25/2. dan aku punya post bosan bertarikh 24/2. is this destiny? hahak. dan ada lagi! post itu pun kena sound. di bahagian komen nya. oleh seorang insan bernama atikah.

apakah dia adalah terBACA? nanti aku akan siasat lebih lanjut. kalau bukan, si terBACA ni mesti gelak sengih2 sambil berteriak "hehehe..you cant catch me, fuckin newbs!"


papehal pun. terima kasih terBACA! kerana menasihati aku! aku nak baca Al-Quran sekarang! aku tak nak study!

calu