Jan 1, 2009

Kira Dari Awal semula

salam tahun baru dan awal muharram jika masih belum terlambat

aku boleh agak pelbagai karenah manusia di malam new year. ada yang mungkin duduk rumah ditinggalkan kawan2, ada yang hanya menghabiskan masa bersama Maria Ozawa ataupun ada yang kata malam itu malam rempit's day out. (ayat ini macam familiar r..)

bagi aku opening tahun ini seperti biasa. tak segempak perayaan sambutan pembukaan sukan Olimpik Beijing, tak semeriah perayaan hari raya Aildilfitri mahupun Tahun Baru Cina. hanya berjalan di sekitar Putra Jaya sambil melihat muka2 pecah mencelah2 kanan kiri utk mbebaskan diri dari traffic jam(rempit). ya, langsung tiada bunga api. tiada letupan. hanya bunyi enjin dan rungutan. bunyi mercun kalau bertuah, boleh dengar sekali dua, itupun mercun mancis.

apakah azam tahun baru anda? awek baru? nail a corkscrew? belajar sungguh2? nak berubah? apa2 pun niat kau orang, cuma ingat, perkataan 'azam' tu adalah nama aku. lepasni semua mesti cam, "abang azam, azam saya adalah untuk berazam..."

ho ho~


aku masih ingat lagi waktu darjah 3 atau 4, musim PS One. punya aku berusaha nak dapat mendalah tu. that time minyak murah lagi, tapi benda2 baru macam PS One mahal gila. 800ringgit. sekarang? ntah2 buat trade in utk cd game PS3

bapak dolah : apa azam tahun baru dolah?
dolah : azam dolah nak berusaha bersungguh2 paksa abah belikan PS One.tak kire.
bapak dolah : wtf??

ya, aku rasa time ini memang aku zam2 gila babi nak dapat PS One. tahun tu aku belajar sungguh2. naik la 2, 3 tempat dari tempat last. bangga. tahun tu aku mengaji khatam dua tiga round. kadang2 tak sengaja terselak dua tiga muka surat sekaligus. bapak dolah pelik semalam baca Yasin, esok dah sampai Al-Mulk. laju gile~ beze muka surat bape puluh tuh.

haha. what a year, what a year..

sekarang aku dah besar panjang. duit pun dah segan mintak. kalau boleh nak je mak suruh tolong beli barang tiap2 hari. baki nanti boleh buat harte. ngeh ngeh

jadi aku rasa takde la sangat impian untuk dicapai tahun ni. cuma dlm study ingat nak dapatkn dekan, kalau mantap agi kasi rektor~

oleh sebab aku ini freerunner. jadi aku nak muhasabah diri sat dalam tricks yang aku dah capai, within this year. check it out~

back flip
front flip
side flip
wall flip
gainer
btwist
j-turn
a-twist
back flip 360
back flip 180(arabian)
front flip 180
aerial
b-kick pun nak bitau~

aku rasa ada lagi. tak ingat lah? memang aku dah land semua ni. cuma sekarang masalah hilang tak hilang je. tak caye? tak nak sudah. aku pun tak caya sangat dgn kondisi kepale aku skrg.

jadi tahun sudah up satu digit. diri kita pun up sama. nilai2 positif ditingkatkan. negatif perap sampai jadi jeruk. ok? jadi kita kira dari awal semula.


satu haribulan satu dua ribu sembilan.


calu

abudi, gelak terbahak2 ko ngan suara tak pecah tu aku rasa negatif do. kau kena perap sikit. ngeh ngeh