Dec 29, 2008

Jangan Terkejut Kalau Aku Jadi Superhero

salam y'all~(semenjak 2menjak 3menjak selalu guna perkataan 'y'all' kenapa eh?)

baru saja berjalan2 di dunia blog. makin lama makin ramai. makin lama makin berani nak bersuara. takut ramai orang singgah blog ni stalk habis2 aku. lagi takut kalau orang2 tu diantara golongan gay lembut.

happy new muharram semua~ sat lagi nak tahun baru pulak. kita sambut muharram time tu je la yeh?

ok.perihal dengan tajuk di atas. sebenarnya aku pun tak tahu pehal tajuk aku macam ni? kepala aku makin tak betul. ini buat aku risau.

kepada sesiapa yang lampi, sebenarnya aku mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang kepala(kalau depan boleh lagi, ini bahagian paling bahaya, belakang) sebab2 aku tak nak cerita, cari sendiri dan nak percaya atau tak, terpulang lah.

jadi semenjak aku pecah kepala ini (aku suke guna perkataan pecah kepala!) aku rasa akan perubahan diri yang agak...mendadak? aku semakin pendiam, aku lebih suka memerhati persekitaran aku(ini dari dulu memang mcm ni, kan?) aku tidak boleh gelak (sebab takut darah terpancut keluar) dan aku semakin pelik. ya, bapak aku sendiri mensahihkan perihal tersebut.

"nape dolah ni pelik semacam?asal jalan berkawad?" - bapak dolah

sedar atau tak, memang aku jalan berkawad time tuh. dan aku tak perasan pun! bahaya kan?

mungkin aku terasa lebih open. pemikiran aku macam lebih meluas,tajam. rasa lebih berangin je kepala ni (sebab ada lubang, maybe) jadi aku rasa makin bebas! ya, keluar jugak perkataan bebas dalam post nih, ingatkan dekat tajuk je. haha

dan mungkin aku semakin high walau tanpa sebarang benda haram di dalam badan. ini pula telah disahihkan oleh mad.

"ko ni peliklah, macam penagih, benda tak lawak ko gelak, benda lawak ko marah kalau aku gelak" - mad

dan aku punya accuracy juga semakin mantap. perkara ini boleh dibuktikan ketika bermain snooker.

"cun sial ko main hari ni" - aiman

jadi tuntasnya selepas aku pecah kepala. ada pelbagai perubahan di dalam diri aku. perkara ini boleh dikaitkan dengan spiderman - kena gigit labah2, dapat power. daredevil - kemalangan, dapat power. cicakman - telan cicak, dapat power.

jadi aku, pecah kepala - dapat power

oh, sakit kepala gila2 sekarang memikirkan design superhero aku.

hurm, aku rasa aku calu sekarang.

calu!

aku dapat bayangkan bila orang dalam kesusahan nanti : "abang key!tolong!!"