Dec 22, 2011

New Chapter

assalamualaikum semua


hampir 2 minggu berada di suasana baru sepatutnya sudah ada maki hamun yang aku patut nyatakan. supaya tempat ini boleh di majukan dan lebih sejahtera. kerana setiap tempat yang kita berada, tentu kita fikir perlu ada penambah baikan, bukan? admit it.


tapi tiada. (?)


mungkin agaknya fasa aku 'bajet' sebagai pengkritik terhebat sudah berlalu. terlalu sibuk untuk meluangkan masa melayan jiwa kacau yang masih berusaha untuk memberitahu apa yang patut di lakukan. sudah. persetan kan itu semua.


ini fasa baru. ini episod baru.


aku telah sampai ke pintu yang... ke berapa aku sudah terlepas kira. aku cuba memandang ke belakang, alahai, jejak aku tunggang langgang. aku tersengih, bangga sebenarnya. aku mampu sampai ke detik ini. cuba meneropong jauh mana perjalanan yang bakal aku lalui, aku kira sekali lagi, mungkin paling lama 3 tahun. tidak jauh lari dengan sebelum ini.


langkah kanan aku berhati hati. sebelum ini langkah kiri yang mengawal diri, takdir hidup sangat pincang malah sangat diragui oleh diri sendiri. dulu tidak cukup kuat untuk membuat pilihan diri sendiri, sebab itu dikatakan langkah kiri. kini impian sedang dijadikan kenyataan, sebab itu dikatakan langkah kanan.


hai hai, masih berdiri, perspektif tidak lari, inspirasi masih di jadikan hobi, menuju masa depan yang menyilau kaca.


kecewa,gembira akan aku hadapi semua.


abam, abang key, dolah, azzam, what ever you want to call me, i will always be there.


even better


im planning on to be a leader.


calu

Dec 16, 2011

Im Beginning To See The Light

padamkan sahaja lilin itu

langsung tidak terasa kehangatan tersebut

hanya cahaya yang tidak kepastian

apatah lagi batang putih yang tidak kelihatan

apakah masih panjang mahupun hampir kehabisan

memang seronok bergantung dengan kebodohan

kerana bodoh itu tidak berfikir cukup dalam

dalam itu dalam realiti

bodoh itu kerana lari

lari daripada realiti itu sendiri

ada gelap yang boleh diterangkan

ada juga gelap kerana nalurinya

yang membantu untuk membezakan hanya masa

dan masa sudah cukup lama menunjukkan pengertian

menunjukkan perbezaan

jadi mahu masih lari atau sudah bersedia?

maka bodohlah jika masih berlari

kerana masa sudah siap menunjukkan cahaya

cahaya itu dalam

cahaya itu realiti.

Dec 9, 2011

Yewr

Assalamualaikum semua


Sering kita bertanya kepada diri sendiri,

"sampai bila harus begini?"

Tidak kira apa jenis keadaan sama ada salah faham, silap laku, atau pun situasi yang paling tidak kita harapkan.

Tetapi ianya tetap berlaku. Dan kita tetap meratapi keadaan dengan perasaan

"sampai bila sial?"

Tidak sedar yang tenaga kita ditumpukan untuk mengekspresi sahaja di dalam jiwa mahupun suara dan sudah terlalu lemah untuk bertindak.

Oh. Tindakan yang paling jujur pun melepas batuk di tepi tangga. Atau di alih ke bahasa moden, melepas geram di laman sosial.

Dan seluruh rakyat yang berjiwa caring pun like like like like.

'masalah selesai'

Dan kita berubah secara metafora bersilang kaki memegang rokok paip mula berfalsafah seakan kau hidup sejak jepun menjajah

"hidup ini umpama roda, sedetik masa kau di atas, se detik kemudian kau di bawah"

*hembus asap-sengih-i am awesome

Hakikatnya masalah tetap tidak selesai. Selagi kau tidak bertindak secara jujur, selagi itu masalah akan ada.

Kau tidak akan memperbetulkan keadaan selagi kau bercerita tentang keadaan itu. Bercerita hanya penyelesaian palsu, hanya sembang.

Rasa bersalah berjaya di tutup dengan egois diri. Apabila dijentik bisa digerakkan tetapi tak kan terbuka selagi perubahan itu tidak datang dari hati.

Dan di sini aku terlihat satu cerita. Bagaimana kehidupan dijelaskan melalui perspektif yang berbeza. Perspektif yang di cetus oleh masalah masalah sekeliling.

Manusia mengalah. Manusia berhenti. Manusia tidak berani.

Untuk menghadapi hanya diri sendiri.

Dan aku bertanya sekali lagi

"sampai bila harus begini,sial?"


Calu