May 21, 2011

Tolong Belikann


May 20, 2011

When It Comes To Money

everything becoming sensitive.


at least don't lie.


disappointed.


so immature huh!

May 18, 2011

Talking To The Moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon


Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

May 17, 2011

Nota Untuk Hari Ini

salam semua


cuba untuk menulis beberapa perkara


yang pertamanya, jangan menongkat dagu sambil marathon apa apa drama jepun. esok esok kau akan sedar rahang kau senget dan jika bersin haram jadah sakit.


yang keduanya, hilangkan perasaan syok sendiri berganda gedik. jangan perasan. nanti kau malu muka nak sorok dah tak boleh sebab dah merah gila.


ketiga, jangan menangguh untuk makan. lagi lagi bila kau kesempitan wang dan berkawan dengan orang orang muka mekdi. mak bapak dah suruh makan kau turun cepat dan makan. makan makan makan!


keempat, lantak manja mana emak sendiri kita kena cool! jangan turut manja sama lagi lagi bila dia suruh urut tangan kanan. jangan bergelak tawa mahupun bergurau senda. nanti dia akan hulur tangan kiri dia pula. dan jangan kau bergossip dan bermesra dengan dia. nanti dia akan angkat kaki kiri seterusnya. muka kena sombong, muka kena stress kalau tidak dia hulur kaki kanan untuk satu pakej. unless kau anak yang baik.


kelima, jangan terpedaya dengan iklan gula gula strepsils. aku dah telan 2 paket mulut dah naik gila sekarang tapi tekak masih sakit.


keenam, tak kisah apa fesyen kau bersweater rompt mahupun baju darjah enam, ketiak tidak sapu deodorant, berselipar diadora kaler hitam mahupun, yang penting keyakinan diri untuk hidup. kebolehan bersuara jujur dari segi falsafah mahupun bidang ilmu pengetahuan. teknik bergaul penting.


ketujuh, jangan dengki dengan kakak sendiri walau dia dapat peti ais untuk bilik sendiri dan kita masih menggunakan laptop tahun lewat 90an.


kelapan, rajin rajin balas poke orang dekat facebook. nanti orang tak nak poke kita dah.


kesembilan, teruskan berusaha. untuk segala perkara agama masa depan keluarga mahupun kawan. lagi lagi wang. tidak salah untuk kepentingan.


kesepuluh, aku perlukan inspirasi baru untuk memotivasikan diri. tetapi ramai nukilan sekarang tiada originaliti. plagiarisma berleluasa. manga one piece pula tengah rajin main flashback. grr


kesebelas, sakit tekak dan migrain peringkat awal terasa.


keduabelas, esok usaha untuk result! call call call! mak dah offer nak pinjamkan duit dah tu! jangan malu guna duit mak bapak untuk pelajaran. itu tanggungjawab mereka. walaupun ummi kata nak pinjamkan, kita anggap dia bayarkan. yeah!


ketigabelas, drama malcolm in the middle season 5 tercopy sekali masuk ke season 6. damn itt!


keempatbelas, harus kembali ke zaman sentiasa membawa buku catatan ketika ke mana mana. gajet kesayangan tidak akan mampu untuk menggalas tanggunjawab bila 'flash of genius' berlaku. kita kena pantas.


kelimabelas, aku masih menunggu meehoon sup aku. lowt baliklah cepat..zzzzz


calu

Tentang

Salam semua


Uhuk uhuk!


*batuk*


Too much soda i guess.sakit tekakk. And yes still can't sleep. Dan ini bukannya insomnia sebab internet laju atau apa, ini memang betul betul tak boleh tidur. Laptop dah lama shutdown. Kesian, dah berapa bulan dia tak rehat.


Kau tanya bagaimana aku bertinta? Haa tentulah dengan gajet kesayangan aku! Ipong 4.hihihihi


Ditemani dengan muzik kesayangan adunan Kondor dan Nujabes. Aku rasa hati aku semakin bersih.


Awal malam tadi baru sahaja bersidang falsafah dan politik atau bahasa orang orang sekarang, melepak. Bercerita tentang pendapatan(income) target peribadi masing masing untuk menjana wang keperluan masing masing. Dan malam itu hampir semua termasuk aku sendiri telah bertukar menjadi akauntan, pakar ekonomi , mesin kalkulator dan sebagainya untuk mengira berapa jumlah yang telah dikumpul mahupun dibelanjakan.


Ka ka kachinggg! (sound effect cash machine)


Wow. Sepanjang tempoh aku mula bekerja di ukm sejak bulan 11 ( mungkin ) tahun lepas sehingga April tahun ini aku telah menjana dan melabur wang sebanyak 7000 ringgit. Agak hebat bagi seorang yang sensasi ea? Tidak termasuk pimjaman ptptn kerana memang itu untuk yuran kolej sepenuhnya dan masih tidak cukup fak!


Ke mana hilang semua itu? Aku buat apa dengan duit itu? Biarlah sekadar itu aku ceritakan. Perbelanjaan tak usah lah aku nukilkan.


Baiklah. Cuba untuk poyo sebentar.


Kawan aku Muril pernah bertanya kepada aku. : aku tengok kawan kawan kau semua muda muda zam?


Aku menjawab spontan untuk memuaskan hati dia. Tetapi cukup untuk membuat aku terdiam. Soal umur tidak menjadi masalah bagi aku tetapi memang betul mostly kawan kawan yang berfalsafah, berpolitik, konspirasi, bajet bagus adalah muda dari aku. Kawan kawan sebaya mahupun yang lebih tua ada. Di kolej, geng sekolah dan lain lain. Tapi aku memang cenderung bersama mereka bukan sahaja kerana mereka membesar di kejiranan yang sama dengan aku. Tetapi juga hati mereka memberi aku inspirasi.


Pernah dengar budak budak sekolah nakal tetapi berjaya di luar? Pernah nampak gangster gangster gaduh tetapi gedik depan kucing? Pernah nampak perokok tetapi lebih jujur daripada seorang yang hipokrit?


Mereka mereka inilah yang aku maksudkan.


Aku suka bersama mereka berbanding mereka lain yang pasif. Walaupun di usia muda mereka lebih banyak pengalaman daripada orang yang biasa. Perspektif mereka lebih meluas matang dan tidak kolot. Cuma keadaan dan ketentuan yang ditakdirkan menjadikan golongan macam ini dipandang hina di mata masyarakat.


Yang tidak pernah mengambil masa untuk melihat ke dalam hati mereka.


Mereka ada impian besar. Ingin menjadi Bill Gates, ingin mempunyai kereta yang laju, ingin menjadi wartawan yang telus, menjadi cikgu mahupun pilot. Dan setiap impian mereka diiringi dengan usaha yang telus. Aku telah saksikan sendiri.


Melihat seorang rakan yang berjaya mendapat pointer yang tinggi dan mendengar luahan hatinya : zam aku tak sangka sepanjang 18 tahun hidup aku, aku dapat berjaya zam. Agaknya macam inilah perasaan orang yamg berjaya. Blackberryyyy


Dia deal dengan ayah dia dapat blackberry kalau dia dapat score dekan. Cihh


Melihat dia terharu membuat aku tersengih. How i wish golongan golongan dahulu yang memandang serong terhadap dia melihat dia sekarang. Adakah mereka dengan matang tumpang gembira atau dengan hina mengutuk : elleh baru semester satu pun!


Aku benci orang yang kolot dan bercakap tanpa berfikir(mengikut perasaan)


Selalunya apa aku akan buat hanya mengiyakan dia dan berusaha untuk mengendahkan dia. Kerana aku tahu tidak ada guna untuk melatah. Tidak ada guna melayan orang yang sempit.


Sempat aku bajet bagus dan memberi nasihat kepada dia untuk tidak terlalu gembira dan sebolehnya tingkatkan lagi usaha.


Well nukilan kali ini adalah mengenai pentingnya kita melihat seseorang itu bukan di luaran, tetapi dalaman yakni hati.


Kerana tak semestinya kau tak masuk neraka dan rempit tak masuk syurga.


Calu

May 16, 2011

Aiman Ketiak Busuk

Salam semua


Masih tidak dapat tidur.


Baru baru ini semakin susah untuk tidur


Kenapa?


Mungkin banyak perkara yang sedang dimainkan minda


Di halwa telinga juga sedang termainnya muzik yang kena dengan jiwa


Di sempadan antara realiti dan mimpi di situlah akal paling rajin berfungsi


Dan terbukanya mata hilanglah segala fikiran hati


Cuba dinukilkan semula pasti tidak akan sama


Damn


Aku terfikirkan tentang penghargaan. Bagaimana kita sebagai insan lemah dalam menghargai. Alpa nya kita mensyukuri. Lupa nya kita apabila diberi. Kita manusia. Fitrah mempunyai kelemahan. Hanya tersentak apabila kehilangan.


Aku lihat sebelah aku.


Yewr aiman kau tidur mengigau...


Aku dirasakan kulitku angin yang mendayu. Kipas rosak set paling laju pun macam gear satu.


But hey, akalku sedang jelas sekarang.


Tidak kisah aiman mengigau. Dia adalah kawan aku. Tidak kisah tiada air cond asalkan tidak berpeluh.


Hargai sekeliling kita


Baru baru ini rakan ku amin kehilangan motor. Dicuri mungkin. Sedih melihat sedihnya dia kehilangan wrr 3450. Aku faham. Hampir 4 tahun kenangan bersama. Dari merah ke biru, hujan dan panas, pancit dan bocor mahupun polis dan jpj, they've been through a lot.


Nyamuk sial!

.


Tapi tahap sedihnya tidak terlalu teruk. Kerana dia menghargai setiap detik bersama jentera nya. Aku nampak amin. Kau jangan risau. Dan aku tahu kau redha dengan takdir.


Dan apabila disebut perkataan menghargai, penghargaan atau seumpanya perlukah adanya selepas kehilangan? Adakah kita perlu kehilangan seperkara atau seseorang baru hendak belajar untuk menghargai?


Kasut tidak cukup banyak. Bilik tidak cukup besar. Kekasih tidak cukup hensem/cantik. Makanan tidak cukup sedap. Kereta tidak cukup laju.

SEGALANYA

Aku pernah lihat seseorang yang beli kasut setiap bulan hanya beralaskan trend. Aku pernah lihat seseorang bertukar kasih hanya atas dasar paras rupa. Aku pernah lihat seseorang sanggup tidur di rumah kawan hanya kerana merajuk bilik sempit. Aku pernah lihat seseorang buang makanan yang baru tiga suap hanya kerana tidak sedap. Aku pernah lihat seseorang sanggup bermandi minyak hanya untuk mendapatkan prestasi terbaik kereta untuk berlumba.


Aku tiada masalah dengan mereka. Aku cuma kasihankan alasan mereka.


Jangan mengikut trend kerana trend adalah satu kawalan minda. Jangan mengikut paras rupa kerana akan sentiasa orang yang berwajah lebik baik dari dia. Jangan merajuk sebab bilik sempit sekurangnya kau duduk seorang dari aku kongsi dengan adik yang selekeh tahu?! Jangan berkira dengan makanan kerana ianya rezeki dan sekurangya ia tidak basi. Dan jangan lah terlalu asyik dengan kereta laju tidak laju sebab dah berkeluarga nanti kau kena beli van juga akhirnya.


Yes. Aku dah mengantuk akhirnya!


Kesimpulan : hargailah setiap perkara di dalam kehidupan kita.


Teehe!


Calu




May 15, 2011

Sukan

Salam semua


My dad once told me :

"keturunan kita bukan berasal dari golongan yang bersukan(atlit) atau lasak. dont focus on that. Kita adalah keturunan yang kuat di hati dan akal."

I replied :

"jadi biar dolah yang mulakan. Biar keturunan kita selepas dolah akan belajar untuk menghargai akal dan kebolehan fizikal."


Dia tersengih. Tak tahu nak jawab apa. Terus ke laptop sambung kerja.

Hehe

Agak nya bapak dolah tidak tahan melihat aku terlalu aktif di dalam bidang fizikal.


Pengakap, bomba, komander muda, hoki, jungle treking, bola tampar,basikal,olahraga, bola sepak, futsal, badminton, basketball, ping pong, parkour,tricking...apa lagi dah?


Semua ini telah menghiasi kehidupan aku sejak aku belum baligh lagi.


Piala piala tak boleh hias perabot rumah. ummi dolah buang sebab banyak sangat. Tak akademik sambungnya.


Satu satu nya aktiviti yang mungkin mereka bangga dan boleh buat cerita gossip dengan kawan kawan adalah aktiviti debat aku yang aktif selama 3 tahun. Diorang tak ingat agaknya.


Aku memang suka berdebat dulu. Pergh~~


No wonder aku seorang paling gelap dalam keluarga. Aktif sangat la kononnya. Legam.


Sampai bapak dolah 'puji' ; "bermati matian kau sukan sampai pukul 3 pagi!!"


"sorrry daddyyyy(terima kasih) "


Tertinggal kunci rumah ketika itu. Bapak dolah yang buka kan pintu. Pui pui


Kalau kalian slow sangat tak faham dia tak puji tapi maki. Aku je anggap tu pujian. Huh.

.


Apa salahnya kita aktif sihat bersukan?


.


Aku berangan bila dah kahwin dengan wanita kelahiran Jepun tak pun Johor or Kelantan, aku akan latih anak aku menjadi ahli sukan yang disegani!


Mungkin akan dinamakan Roronoa(Jepun) ataupun Rizal(Johor) mahupun Rafidaudin(Kelantan) dan dia bakal menjadi duta produk coklat Kinder Bueno ataupun air Mountain Dew. sukan apa aku tak kisah. dari ke seni pedang mahupun ke bidang sukan permotoran atau boling padang sekalipun, asalkan ia nya dianggap sukan. ya, i really love physical activities that much.


Dan dia juga akan dijemput ke forum sukan untuk membincangkan apa apa masalah sukan yang negara kita hadapi kelak kerana dia juga mempunyai akal fikiran yang geliga seperti yang telah termaktub di dalam keturunannya.


Silap silap boleh jadi dato' ?? Heheehe. Aku berangan macam orang gila. Mueheheh!


Aku cuba untuk mengetengahkan perspektif aku mengenai sukan dan masa depan. Dan dua ini punya chemistry. Aku tak kata aku. Tapi secara umum. kerana masa depan aku akan melibatkan akal pemikiran, kreativiti, kesucian hati, kredibiliti dan keyakinan diri sebanyak 70 %. lagi 30 % diperlukan untuk tahap fizikal.


Tetapi berbeza pula dengan bapak dan ummi dolah. Mereka tidak setuju apabila dikatakan sukan boleh dijadikan career.


Kami berdebat. Aku gunakan pengalaman naib juara debat inggeris peringkat zon aku. Heh. Confirm menang, sigh~! Point2 mereka penuh dengan flaw. Bila aku jentik sikit aku mampu naikkan volume suara mereka.


Tapi aku silap.


We are talkin about bapak dan ummi dolah.


"umi yang lahirkan dolah.... jaga dolah sejak kecil. Menyusukan ,mandikan.sudah ,umi tak nak dengar cakap dolah...dengar cakap umi.. Sukan tak boleh dijadikan career...jadi lah doktor..pensyarah..engineer... lawyer...Sudah. Sudah. Dengar cakap umi...that's it,muktamad"


Aku cam...


"mane aci!!!!mane bleh camtu! Not coool!tak adil!"


Aku merajuk!


Masuk bilik.


Main facebook.

..........


dato' lee chong wei, aku terpaksa potong nama mu daripada senarai inspirasiku..


huk.


Calu
kita hebat mana pun, mak yang mengandung tetap menang

May 13, 2011

Tak Boleh Tidur

Salam semua

Pertama kali bernukil menggunakan iphone. Wooho!

Pertama kali bernukil baring menghadap siling. Wooho!


Baiklah.aku perlu mencernakan akal aku kembali. Aku sudah lama tidak memberi masa untuk mengekspresikan diri melalui nukilan. Dengan kata lain, syok sendiri, macam biasa.


Wooho!


Well. Kehidupan aku sensasi macam biasa. Masih seorang pengembara.(aku dah pokayyy) negeri terakhir aku lawat adalah Kelantan. Sebuah negeri yang aman. Ya, sangat tenang! orang orang yang aku jumpa baik baik belaka. Murah hati lagi disegani aw~


Dan sepanjang aku berada di sana selain bertemu rakan rakan selompatan yang baru, sempat aku merasa suasana masyarakat mereka yang seperti biasa berbeza dengan suasana negeri negeri lain yang telah aku lawati.


Perkara penting yang hendak aku catat dalam diri aku selain tarikan graviti sana lebih kuat berbanding Selangor adalah selain Johor mungkin gadis Kelantan juga adalah pilihan isteri aku? Yewr! Mereka sangat comel. Comel di dalam bahasa mereka adalah cantik. Ditambah lagi dengan kesejahteraan penghayatan agama mereka, sopan santun dan kesejukan hati aku bila mata memandang dan mengingatkan aku ketika aku sekolah tingkatan satu.


Ada sebab aku perincikan tingkatan satu, bukan tingkatan lain.


Dan seperti biasa. Ini membawa aku untuk berfikir sejenak. Kenapa perasaan kita akan menjadi lain apabila melihat seorang wanita yang bertudung dengan yang tidak bertudung.?


Ya, agama mungkin sama. Tetapi lainnya penghayatan mereka.


Aku masih ingat aku jumpa seorang perempuan ketika berbuka puasa beberapa kehidupan yang dahulu. Dan aku ketika itu berfikir, apa guna berpuasa kalau kau pakai macam ini? 5 minit nak berbuka aku boleh batal.dem. Aku pun cuba mengalihkan pandangan menegakkan iman...Tidak, aku tipu. sebenarnya aku lebih kepada macho seperti biasa dan tingkatkan tahap cool aku. (Tidak, aku tipu lagii dia sangat eye catchyy dan aku gigil maluuuu sampai keliru mana satu cawan akuuuu.) Dan sekarang aku tengok dia sudah mempunyai aura kematangan tersendiri. Mampu berdikari mungkin. memakai tudung. Alhamdulillah.


Penghayatan.


Kerana tidak semestinya kita dilahirkan sebagai muslim kita akan hidup sebagai muslim. Penghayatan kita boleh dicetus dengan pelbagai cara mahupun asbab. Suasana, peristiwa,desakan,hidayah dan lain lain.


Mungkin gadis gadis Kelantan yang menyejukkan hati aku ketika itu adalah hasil daripada desakan keluarga mereka untuk bersekolah agama atau mungkin suasana di Kelantan itu sendiri(parti pas braderr ape lagii).


Mungkin pula perempuan yang aku jumpa dahulunya tidak bertudung dan kini bertudung berubah kerana sesuatu peristiwa yang membuat dia sedar(insaf) ataupun tercetus di akal hati sendiri untuk berubah(hidayah), mungkin. Sekali lagi, Alhamdulillah.


Itulah. Perubahan seseorang kita memang tak boleh agak jangka masa dia. Mungkin dia tahpape semalam tetapi hari ni dia tengah tabligh 40 hari di kl.(Fakrul) Who knows.


Dan apabila kita lihat benda benda yang syahdid ni hati kita rasa Nur Kasih je memandang tak kisah syaitan mana perangai kau, nampak benda benda macam ini lagi lagi kalau muka comel(bonus) rasa macam nak beramal jariah pula.


Itulah bezanya muslimah bertudung dan tidak bertudung. Kemanisan islam di situ agaknya.


Jangan sampai kita sentuh topik yang tidak bertudung pula. Ada banyak pula hujah nak diketengahkan. Kitew tak semestinyew jahat lah. Orang tudung tak semestinyew baiklah. Tunggu masew lah.


....


Shit. Aku hampir masuk ke topik tidak bertudung kot.


Well. Macam post2 kala yang telah aku tulis. Sekali lagi, aku tiada masalah dengan yang tidak bertudung. You are on your own.


Sebab aku layan awek awek korea. Tak boleh bajet bagus sangat. Hipokrit diorang katew.


Tujuan utama aku tulis pun nak beritahu gadis gadis Kelantan molek molek jer. Hik


:>


Calu













May 12, 2011

aku rasa kau dah boleh blah dari hidup aku sekarang

mu dok matang.

muke je hensem.

tapi dok matang.

taleh dah nak sehidup semati ngan mu.

huh.


mu mosti teraso kat celah hensem tu kan?


eheheh

May 9, 2011

Untuk Raider

salam semua


idea


idea


idea


idea

........................


demmit amin! aku blur nak tulis apa!


last time nukilan adalah pada 27 April. padahal ia adalah draft tahun lepas.defak?


baiklah. aku akan cuba tulis apa yang berada di dalam fikiran aku ketika aku mandi tadi


yang pertama, mengenai kelab Chelsea yang kalah malam tadi. aku tak ingin menjadi freak mode atau terlalu fanatik. kalau kalah, kalah juga. Hernandez memang ada sengat semalam. Luiz tak berapa gangster seperti yang aku harapkan. tetapi dia gangster dekat Ancelotti pulak? memang salah dia tetapi tak nak mengaku. Torres macam biasa muka stok isi padang. Drogba dah tua freekick tak masuk masuk.


well.


sekali lagi, kalau kalah, kalah juga. maki hamun la kau dekat wall aku sekali pun, news feed ke what's app ke, sms ke apa. aku tak boleh buat apa. dah serik nak berhujah panjang. kang ada yang merajuk. yang sepatutnya merajuk comel comel aku! tetapi orang yang menang tu merajuk, kita yang gedik gedik pujuk. haih?


itu cerita dulu.


ada cerita baru.


yang kedua pula.


soal 'ex-girlfriend'


pertama sekali biar aku tekankan, yang facebook, is a social site. well memang sekarang dah boleh jadi tempat pertukaran maklumat, bisnes dan macam macam tetapi pertama sekali kita fikir facebook adalah laman sosial. pertama sekali kita fikir laman sosial adalah facebook.


dan apabila kita berfikir laman sosial, yakni bukan realiti, hanya menggunakan mata dan jari untuk berinteraksi, dan otak pemikiran sebagai diri, dont take it as serious as fuck. (!) aku boleh tukar nama jadi TOP , tuka jadi gambar dia, cakap korea guna google translate and still orang boleh percaya, kan?


so bila kau nampak sesuatu yang berlaku di facebook. please. gunakan kematangan masing masing untuk berfikir secara waras.


facebook is just a game. it is a switch to change yourself wholefully. kau huduh kau boleh jadi cantik hensem. kau happening, tak semestinya happening kau terasa dekat facebook. kau pendiam, tapi kau gedik gedik comel(aku la ni) dekat facebook. begitu juga sebaliknya. you get the point. people these days suka judge orang guna facebook masing-masing. (?) hey! bes gak ayat tu, confirm banyak like kalau aku update status macam tu. heee.


dah bersambung ke soal the so called the 'ex girlfriend' . ada member tanya aku. "bam, ex aku dah ada bf lain. macam mana ni?" aku pun tengah pekena sup ekor time tu terbahak. buhahahk!

"camanoi koi boleyh break oip dengoin dioi?"

"i was being a jerk"

"well then your lost"

she's you ex. kau dah takde hak. kau gedik kalau emo pasal ni! dan kau sangat naif. couple2 pun nak melodrama. konon.


tak salah kita gedik gedik dekat facebook meh. makin kau gedik makin kau famous kot. macam main game meh. aku pun gedik dekat facebook. tapi kita kena tahu, kita tak boleh gedik serius. cuma gedik main main. gedik main main adalah bila tengah bosan dan masuk air kau masuk ke profile seseorang kau wallpost benda yang kononnya gedik dan 5 minit lepas tu kau lupa apa kau buat. kalau gedik serius kau gedik dengan dia setiap hari sampai kalau kau gedik wallpost , kau tunggu macam 3 tahun nak dia balas, padahal dia stop typing nak hembus hingus je.


dan ketiga. video. the main reason why i have been really busy. tak boleh blog dengan ikhlas dan gentle. semua terjawab dengan video ini. mostly scene aku travel ke Kelantan and some backstage randoms during performances and tv show.

..

aku rasa aku dah start rindukan aku yang dulu. (?)








calu