Mar 30, 2011

Don't Hate Others If You Don't Know How To Live Your Lives

salam semua





3 bulan dalam 3 minit.




kehidupan selama 3 bulan aku di dalam 3 minit. scene travel aku ke Singapore dan Langkawi. its been a blast. dan minta maaf jika ada yang sedih gedik gedik muka tak dapat masuk. terlalu banyak clips dan ini yang termampu untuk aku edit.


ramai yang bertanya kepada aku dari mana aku dapat duit pergi ke sana sini. dan ramai juga berkata kepada aku, tak habis habis jalan, bergembira, apa aku akan buat dengan hidup aku, bagaimana dengan masa depan aku.


bla bla bla.


sejak bila masa depan kita tak boleh berseronok? apakah kita kena hidup tension, busy frust baru boleh menjamin masa depan kita?


tidak. ini semua terletak pada pilihan sendiri.


inilah masa depan aku. yang sebenarnya.


jika kalian perasan setiap tahun baru aku akan nukilkan post khas untuk menyambut tahun baru. tapi tidak tahun ini. mungkin kerana tiada idea (memang pun) . atau mungkin aku simpan keazaman aku untuk diri sendiri (bajet coverrrr)


jadi sebenarnya ada 3 resolusi aku tahun ini.


jap. ambik diari sat na.


..


eheh. silap. bukan resolusi tahun ini. tetapi target aku dalam 3 tahun ini. (2011-2013) aku ade diari so what??


- own phone
- travel
- own car


yeah. i said it. confirm own car tak dapat punya.


kajian menyatakan almost 70% daripada orang-orang yang berimpian gagal untuk mencapai impian mereka hanya kerana mereka menceritakan impian mereka kepada orang lain. true research wo. jadi oleh sebab aku dah dapat iphone, dan telah travel (walaupun masih belum habis lagi), jadi potensi besar untuk mendapatkan kereta mungkin agak susah.


atleast itu orang yang lemah akan cakap. not me. i willll freakingg go to japan and get myself a BMW x6!!!!!!


dan untuk menjawab persoalan mereka dan caci maki orang yang mengutuk life aku. kehidupan 2011 aku ini (walaupun baru 3 bulan) sebenarnya telah aku impikan sejak aku menjawab soalan kertas Biology SPM lagi. ya, Biology sangat memeningkan, aku amek kesempatan itu untuk berangan. sorry Mualimah Rohida!


aku telah merangka perjalanan aku. bagaimana aku akan mencapai semua itu. dari segi kewangan, masa, dan sebagainya.


jadi secara teknikalnya, tahun ini adalah masa depan bagi tahun 2007 aku. dan ia sedang berjalan seperti apa yang aku rancangkan. alhamdulillah.


jadi bila aku dipersoalkan dan dicaci maki "dolah banyak main" "camne la mase depan ko ni" aku akan tersenyum. they don't know a shit about me. dan giliran aku pula lihat mereka. dan aku bertanya, "are you happy with your lives?" "is this what you imagine 4,5 years back?"


kalau aku sekarang ini pun still menghidupkan plan aku 4 tahun lepas, tak mustahil aku akan mampu menjaga masa depan aku 4 tahun lagi sebagaimana yang aku telah rangka sekarang ini.


our future is important. we can't see it. that's why we have to dream for it. we have to build it.


tapi baru 3 bulan aku sedang berusaha menjalankan impian, bapak dolah dah petik topik study. yohohohoiii~~~ well, thanks daddy sebab ingatkan bahawa tinggal seminggu lagi untuk apply universiti.


.....



noooooooooooaaaahhhhh!!



calu

Mar 14, 2011

Duit Dah Habis



salam semua


hampir 3 minggu aku tidak berada di rumah. (3 minggu je pun kecoh ape) aku sibuk menjalankan resolusi 2011 aku, traveling. ( sebenarnya bapak aku halau aku dari rumah). sudah 4 negeri aku lawat dalam tahun ini iaitu Johor(Johor Bharu), Melaka, Sarawak(Kuching dll), Kedah(Langkawi) dan masih ada negeri yang menanti. dalam 2 minggu baru baru ini aku diizinkan tuhan untuk ke Sarawak dan Pulau Langkawi(Kedah). syukur, semuanya berjalan dengan lancar walaupun permulaan yang tidak cool iaitu dihalau oleh bapak dolah pada malam aku bersinglet dan seluar pendek, dem.


sepanjang perjalananku aku baru tahu bahawa diri sendiri seorang yang minat kepada pemandangan alam semula jadi, flora dan fauna. dan dalam tidak sedar meyakinkan bahawa aku adalah seorang yang spontan, kadang kala aku cenderung untuk merangka perjalanan atau perkara yang akan dilakukan di waktu kemudian. hrm, aku semakin kenal diri sendiri. yatta.


di sebalik perjalanan aku yang sangat cool dan awesome ini, hati aku tidak dapat sembunyi dari bersedih setelah mengetahui seorang yang aku sayang, harapkan, telah bertunang...


sial lah facebook!


aku tak suka membesar. benda-benda macam ni confirm datang punya. grr.


apakah ada wanita untuk membimbing aku kelak?


اَللَّهُمَّ سَهِّلْنِيْ زَوْجًةً صَالِحَةً وَتَكُوْنُ زَوْجَةً لِيْ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


well. jangan susah hati. abg key tetap cool. muda lagi kott. walaupun dia sendiri tak tahu cool itu benar atau palsu. nah! antara gambar gambar yang aku nak share dengan kalian.






terfikir untuk mula membuat video instead of gambar. hm hm


..


sekarang kumpul duit untuk Singapore dan Perak(Pulau Pangkor)



calu