Aug 24, 2010

Random Repek :3

salam semua

apa khabar?


ceh. bajet cool lak aku.


pemikiran otak pagi abg key ini bermacam-macam: sahur. paper e-commerce(6 jam lagi!) practical training. parkour. yui. girls generation. facebook. celcom. dan lain lain.


aku tak tahu nak bertulis tentang apa sebenarnya. tapi jari aku terasa ingin menari-nari pulak.sangap.


aku masih excited kaw sat tentang kamera baru. Canon 550D. :3 . walaupun aku goyang kaki time diorang cari duit. terasa macam a part of it lak. haha. stender member~ :3
dan ya, the pussy face..( :3 ) ...amir buat aku addicted dengan the pussy face. dem.! :3 so aku selaku producer yang kickass, sedang memikirkan bermacam jalan cerita untuk dirakamkan 550D tuh. muehehehe! kalah produksi malaysia wa cakap lu. otak aku ni kreatif gila babi. takut diorang tak faham lak. haih~


futsal...dalam memantapkan lagi ground moves aku dan mencari finishing yang elegan, aku semakin gilakan futsal. dulu seminggu sekali sehaja. sekarang setiap kali buka, makan sikit je, nak jaga perut. takut berat. heh!!


segala kerja coursework selesai. lega gila babi. segala tensi berubah menjadi belon helium terbang ke langit entah ke mana. awesome. lepas ni nak jaga hubungan dengan family pulak. especially bapak dollah. daddy, bibik dah lari, mesti daddy perlukan dolah di rumah kan?~~


bila bercakap tentang problems, aku mendengar luahan abudi.

"OH UIA! aku nak berak takde air!"

luahan rap tuh! cuba kita baca balik.

"ohh you ai airrrr,
aku nak berak takde airrrrr"


ketika sedang gedik stalk tentang bermacam jenis luahan tension pengguna facebook, pertama sekali aku fikir, "faking emow this kid is?" and secondly, "why is he so emow?" membuat aku kepada satu penjelasan..


this is because, when someone shitting out their problems, before this, they had a kickass life. seperti aku. sebelum aku menjejak kaki di kuis, i had a fineee life. my parkour mates, family, friends and such. bila perkara baru yang menghadiri kehidupan kita, kolej, studies, works, its hard to deal with it. that's why sometimes we'll be pissed off. perasaan itu akan membawa kepada kreativiti jari kita untuk ketak ketuk di facebook atau blog. mungkin kita akan bersyair:

"oh uia, aku nak berak takde air..."


atau membuat sebagai hiburan

"bab2 game orang, bapak dolah no. 1!"


mungkin straight forward

"kemak la...saper curi baju aku...meh sini aku blasah bapak die...."


atau mungkin juga sebagai kata nasihat berinspirasi

"hari ini sangat berat ujian. mak ayah nak pergi mekah, saye masih demam, assignment pun tak siap2 lagi...huhu..moge2 hati tetap tabah menghadapi liku2 kehidupan.chaiyokk!"

.

setiap orang ada jalan penyelesaian masing-masing. tidak kisah.


*alarm ibal lembu ni dari tadi bunyik,tak bangon2. bapak annoying!*


kerana kita manusia ada masanya akan merasai detik-detik kegemilangan tersendiri. kenangan-kenangan yang sweet. bila terfikir kita akan senyum2 pussy( :3 ). kemudian kita akan merasai detik-detik takde air, kejar deadline, work pressure, bibik lari, mak bapak pergi mekah, kasut hilang, takde duit,tayar bocor, kena lempang, well, we just have to hang on. macam aku. paper final sat lagi, rilek.tak tido. tak study. mungkin aku give up? atau confident tinggi? carry mark full? who knows? :3


dan always remember, 'sesusah mana kita berak, bila dah ceplop, kita akan lega!'. kuis menemukan aku dengan life baru, perspektif baru, lecturer2 yang naughty, orang2 yang sissy, member yang kickass, korchi ozawa, aaron aizad,man tiger,justin budean, fud gemok,bob kurus, man tiger, zarep bajet kaper, uze osbourne, afie bboy, hujan , fuzukun, ali satu tangan, ali patah tangan, arip lawak blur, wan freestyler, muaz jonas(sekarang dah rebonding weh~), ibal lembu(setan), nasih kawad sampai hitam, ketua farid, acap tue, syakir kuis, husaini budak tue, aji tokan movie, the nigga brothers....yang girls, aku tak nak tulis. kang tak sempat ambik paper pukul 9 nanti.


walaupun aku lega dengan semua work yang selesai. study yang hampir ke penamat, itu bukan bermaksud perjuangan aku sudah selesai. perjuangan kita di dunia tak pernah selesai selagi nyawa di badan. lepas ni, rasanya aku tak tahu nak tulis sebab apa sebab dah nak habis study, so dah takde aset, kekurangan inspirasi :3 . tapi, kita lihat time practical nanti. confirm ada shit punya.


nak sahur dah.


calu.

:3

Aug 18, 2010

They Are Back!

one of my favourites groups of all time. and they are back! kick ass song!! creative lyrics as always. demit, im so excited! confirm meletop XD

nak dengar lagu cari sendiri. mehehehe



Malique ft. Joe Flizzow - Masih Hip Hop

Masa berlalu zaman berubah
Dia berubah mereka berubah
Orang berubah semua dah berubah
Tapi aku masih hip hop

Dah sepuluh raya masih ada gaya
Rancangan berjaya Joe kita hampir kaya
Too Phat dah bersara senegara terpedaya
Mereka bina kerjaya kita dah bina empayar

Rakit-rakit sekarang kita dah berlayar
Sakit-sakit sekarang kita dah dibayar
Mereka masih satu show dua ribu
Kita masih belanja duit show tahun dua ribu

Masih flow macam tahun dua ribu
Masih funky for the fellas
Huh mereka jealous
Dengan dua budak sihat
Ingat dah tamat riwayat
Kita balik ketawa sambung hikayat check

Kalau ku pergi tunggu ku pastikan kembali
Analogi taksi bila beraksi
Dari bermula ke kini lagu jadi legasi
Ku macam tangan sentiasa di sisimu

Masih hip hop ku tetap rock
Masih boleh pop lock boleh top rock
Headspin windmill flare air tracks
Masih beli Air Force dan Air Max

Tin aerosol masih cari dinding
Boombox dentum jiran masih bising
Old school aksesoriku diskman
Headphone backpack tuala putih wrist band

Check it out bling hayun lenggok-lenggok
Di KL masih cun awek masih mahu tengok
SG masih kerek mata air pandang
Di JKT ku masih keren tapi tambah gantang

Hip hop yeah aku masih lagi
Masih hip hip hop masih tip top
Dari dulu sampai ke kini dan sampai ke mati
Hip hop sentiasa di hati

2010 masih hiphop
Mr Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

Apa boleh buat Flizzow suka buat
Benda yang kritik kata orang tak boleh buat
Gua tetap rap walau mereka belot
Kita jalan terus mereka jalan belok-belok

Lirik masih elok telo Kuala Lumpur
Swagger orang Johor wajib siar wajib tonton
Dua album solo 5 pengiktirafan
Tapi yang lebih penting respect dari masyarakat
Dan komunitasi hip hop terima kasih
Kerana tidak dengar dan percaya spekulasi

Joe Flizzow dan Malique kembali kolaborasi
Hello industri inilah sambungan dominasi
Ku ulang sekali lagi
Ku hiphop sampai mati
Walau sekarang hiphop uzur tapi masih belum terkubur
Boleh panggil kami doktor pakar bedah rapper plastik
Troy/McNamara Nip Tuck Too Phat masih hip hop

2010 masih hiphop
Mr Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

2010 masih hiphop
Mr Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

Aug 13, 2010

Nostalgia Ramadhan

salam semua


selamat datang, Ramadhan.


aku masih ingat lagi ketika aku darjah 3, atau mungkin 4. adik aku Lowt yang 2 atau 3 tahun lebih muda dari aku ( abang celaka umur adik sendiri tak ingat jadah!) tidak berpuasa. mommy dolah dengan selamber menggorengkan pisang untuk dia. aku ketika itu yang hanya matang dari segi rambut memberontak. jiwa kacau kononnya.


"muaz tu tak puase!mane bleh! dolah nak jugak!"


"dolah dah besar... az tu kecik lagi..." nasihat mak aku sambil membelai perut yang sedang berisi adik aku yang kedua, Ateeqa. kalau family aku panggil aku dolah, mereka panggil Lowt sebagai Az (Muadz).


"tamau tamau! nak pisang jugakkk!lapaaaaa" aku cuba menjadi se aggresive semungkin. tapi nyata gagal, aku masih nampak comel. sebab itu mak aku tak terpedaya.


"meh! kalau nak sangat masak sendiri!" sambil memijak-mijak aku yang kecil lagi helpless.


sambil aku menggigit-gigit kaki mak aku, telinga darjah 3 atau 4 aku masih peka dengan cabaran. dia suruh aku masak sendiri. jadi aku akan masak sendiri.


darjah 3 atau 4, itulah kali pertama aku memasak. daripada memanaskan kuali, hinggalah membancuh tepung . aku buat seorang diri. berdikari sejak jambu lagi. meheheh! aku sangat bangga. first time aku berbuka dengan usaha sendiri! selalunya pau makanan member kelas. sekarang aku masak goreng pisang bai. sumpah aku cerita dekat Zul kat sekolah esok. sambil aku menggoreng sambil aku berangan-angan apa nak dilakukan esok. itulah aku, ketika darjah 3 atau 4.


tapi. sebab terlampau ekstrem, angan-angan aku dimakan masa, aku punya pisang tak berapa sedap. mungkin hangus? ini ke colour goreng pisang? atau tepung yang tak cukup acuan? mentaliti kanak-kanak aku tak di sampai tahap kritikal ketika itu. aku tak terfikir semua itu. asal dah goreng pisang dalam kuali, pisang goreng la tuh. aku makan. mmmueh! tak sedap. dua gigit aku dah stop. menyesal. dan mulalah berlakon lapar tunggu masa untuk berbuka.


.


dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini, mesti banyak pengalaman yang berlaku ketika kita hingusan lagi. minum air paip, makan bawah meja, curi2 makan kalau kantoi cakap tak ingat, buat2 tak sehat sebab tak nak puasa, itu dah standard. bila kita kenang-kenang balik, mesti kelakar kan? kita akan tersenyum. ya, sebab itulah ia dipanggil bulan yang mulia. bulan yang penuh berkat. ini kerana mostly kehidupan kita di dalam bulan ini diberkati dengan kenangan-kenangan yang menggembirakan dan kelakar. bulan ini juga mengajak kita untuk spent time bersama rohani kita. meningkatkan amalan, mengurangkan dosa dan segala kebaikan Ramadhan yang kita semua sedia tahu. lemme tell you, syaitan semua dah kena ikat, pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pahala semua Allah lipat gandakan, bulan apa yang paling menguntungkan selain bulan Ramadhan? ambil lah peluang ini untuk buat bekalan di akhirat kelak.


kalau kita dah buat banyak dosa. inilah masa terbaik untuk bertaubat. masa terbaik untuk berubah. kita selaku umat akhir zaman, kalau lah kita tak boleh jadikan 'hari ini lebih baik dari semalam" sebagai amalan, paling kurang jadikanlah bulan ini sebagai bulan yang terbaik dari bulan bulan yang sebelumnya.


aku masih ingat lagi. ketika zaman sekolah menengah aku dulu. senakal-nakal aku pun, selagho-lagho aku pun, setiap kali bulan Ramadhan. aku bersyukur. bulan ini lah yang membuat batinku berlumba-lumba untuk beramal. lagi-lagi bab tadarus al-Quran. pencabar tegar aku adalah Mud. sebanyak mana aku baca, dia mesti 5-10 muka surat lebih dari aku. kadang-kadang bengang jugak macam tak percaya bila dia baca weh? wat de fish?aku dah khatam dia dah start round ke dua. bila pergi iqtikaf dekat masjid, dia mesti sampai dulu. dem. haha. ini orang cakap persaingan soleh namanya. lol. tapi yang paling aku pasti, setiap kali Ramadhan, ketika isolat tarawikh atau iqtikaf mesti berjumpa dengan kawan kawan lama aku di dalam masjid. bersembang perihal masing-masing. itu lah salah satu keberkatan Ramadhan. mengeratkan hubungan sesama saudara muslim bukan sahaja di bazaar, ketika iftar malah beribadah.



bila dah habis sekolah, naik IPT, rasa lain sangat. langsung tiada pencabar, langsung tiada penguat untuk beramal lebih-lebihan. tiada rasa suasan berlumba-lumba untuk mendapat pahala...apa yang aku dengar hanya lah soalan "esok ko nak pose tak?" "kau pernah pose penuh tak?" dan perlian apabila amalan kita dipandang pelik. "time bulan pose la ko konon nak mengaji.....sebelum2 ni tak pnah plak"



salah ke?



Ramadhan buat aku rindu kan zaman sekolah aku.



calu.



Aug 3, 2010

Sebulan Lagi

salam semua


masih berbaki 1 bulan lebih kurang aku akan terperuk dalam kolej aku ini. memang tak dinafikan, sungguh mencabar iman aku yang sensasi ni. kadang-kadang rasa nak bunuh diri pun ada juga. tetapi, sebagai hamba Allah yang gerek aku hanya mampu menumbuk dinding dan mencalarkan sikit jari kelingking kanan aku, ya, itu sahaja yang aku mampu. oh ya, aku juga berjaya menyepak tin cat kosong masuk ke longkang. cool kan~~~


selama 3 tahun lebih kurang aku di sini. aku berani mengatakan ada certain things yang menjadikan aku pasif. dan juga certain things yang aku aktif. aku sangka aku ni seorang yang budak macho yang aktif sepenuhnya. cheyt. mungkin salah berkawan, aku menjadi pasif, kurang bersosial, orang sibuk buat kenangan aku sibuk meniarap menghadap facebook like like status orang. hehhhh!! dan kini, hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi aku akan mengharungi final. dan akhirnya cuti yang memang cuti atau lebih dikenali sebagai cuti sejati akan diberikan!, wooho!! api ia tak bermaksud perjuangan aku akan berakhir di situ. aku masih ada praktikal bulan 11 ini. and aku sepatutnya kena cari syarikat praktikal sendiri. sampai sekarang aku tak dapat buat keputusan sama ada ingin bekerja sebagai designer?video editor?photographer?animator? susah betul kalau banyak sangat ilmu ni...sigh~


.


pernah aku syok sendiri pada entri2 sebelum ini tentang bagaimana seriusnya aku untuk fokus handred persen jisim aku untuk belajar, memerah otak di kolej, menaikkan pointer, dengar cakap bapak dolah, dengar pesan mak dolah, dan juga untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti outdoor yang tidak pernah kenal erti stop!


dan aku berjaya.


1) handred persen jisim di kolej : baem : "ye la en~ sekarang budak tu blaja kat oversea~stendet member2~~"

2)menaikkan pointer : carry mark is quite good. sekarang hanya fokus untuk final.meheheh!

3)dengar cakap bapak dolah : "dolah lain kali jangan balik rumah. merayau je keje" - 4 1/2 months away from home.done(padan muka tak dapat sambut birthday aku)

4)pesan mak dolah : "dolah dah jadi imam belum? dolah dah ada kump. usrah belum?dolah itu?dolah ini?" - done

5)mengurangkan aktiviti outdoor : Iwan Zangetsu : "where are youuuu?why not coming to the mini jam??you make me drink ur mineral watterrr D: "

____________________


untuk memiliki masa depan yang comfy, memang perlukan pengorbanan. telah banyak perkara aku korbankan hanya untuk fokus pada pelajaran aku. dada sasa aku makin kecut. isi badan makin susut. jumpa member dah awkward nak bukak mulut. dan lain-lain. tapi pengorbanan ini bukan macam kulit pisang buang ke tong sampah selamanya,tetapi lebih kepada buah-buahan dimasukkan dalam bekas cuka untuk dijadikan jeruk. disimpankan dahulu. bila tiba masanya, aku buka dan rasa la masam manis dia. ya geng!?


dan aku bukannya robot. aku juga ada function2 tertentu untuk mengelakkan diri dari melukakan jari kelingking lagi. sekurang-kurangnya dapat mereleasekan beban di kepala. terima kasih, Wonder Girls. terima kasih kerana memberi malam yang sungguh wet. berbaloi.


.....


so. all im asking is understanding. please. bear with me for just about 1 month. after then im free. at the mean time, please, help me to keep up with you guys.aku benci terpinge-pinge tak tahu pape pastu kena perli


"haaaaaaaa...adee arrrr...tu la ko....kuis lagiiiiiiii~~ ko balik sini dlu~~kite citer~~"




calu.

Time Ni Punggung Basah Sebab Hujan
















kali terakhir aku pergi function time Konsert Nasyid Amal untuk Gaza...bapak kontra kan? well atleast aku dapat buang semua tension life dengan menjerit. teehee!



calu