Jun 30, 2010

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 005

salam semua




aku bangun dari tidur terus aku nukilkan ini.


kali ini sangat jelas.dia memakai tudung berwarna kuning emas.


dia, dia, dia lagi!


selama ini telah aku tetapkan tanggapan aku mengenai diri dia. dia seperti itu, dia seperti ini. tetapi mimpi kali ini dia berlainan.


dia di dalam mimpi ini mempunyai facebook. ketika itu ada 6 notification.s dia accept friend request aku, dia komen status aku, dia komen gambar aku, dia like status aku, dia komen status aku yang lain dan dia komen gambar aku yang lain..


(kau tengok facebook pun mampu sampai ke mimpi tahu?)


sakit jantung.bingung. seolah menunjukkan dia sedang meletak sepenuh perhatian kepada aku.


tapi. kenapa aku tak boleh loading ke profile dia? tidak boleh balas? hanya nama dia berbaris di setiap notification. kebingungan aku mensedarkan aku di mana.


tiba-tiba aku sedang berbaring, menghadap laptop, di rumah dia. dan di atas lantai.


.....


pelik nak mampos.


ada seorang peneman aku. aku tidak ingat. mulut kecoh tahpape. aku suruh dia diam seakan kita sedang menyelinap. sedangkan kita adalah tetamu.


dan dia turun..

.


gugur jantung.


dan dia turun dengan tudung kuning keeamasan itu. tidak dipakai kemas. dijadikan seperti selendang tetapi aurat berjaya didiamkan. aku diam. dan aku pasti dia akan diam. kononnya aku sangat kenal dia. sedangkan sebenarnya aku langsung tiada kenangan bersama dia sejak kecil.


"asal tak balas komen saya? facebook awak online je tu?"


laptop aku masih di lantai. wtf. aku tak tahu nak cakap apa. terus menjawab soalan atau memberi salam atau mulakan dengan bahasa badan.


aku sempat melihat muka dia. dia masih kaku malu malu ketika menegur aku. mungkin dia sedang cuba untuk mengubah diri. kita semua dah besar, zaman malu malu kerek kucing sudah tiba masa untuk ditinggalkan. dia kembali naik.


aku melihat dia... bahu kanan aku terhenjut-henjut.


"key, key, nak surat usrah."



.


KACAU DAON LAHHHHHHHH.


calu

Jun 27, 2010

Senyum Sorang2

kerana setiap manusia punya hati.













hik.

Jun 23, 2010

It Should Be Me

salam semua


jodoh memang mengelirukan. sebab itu hanya Allah yang tahu. ya, dan perasaan sedih itu adalah norma kehidupan.



i like this song. kinda resembles me.



"btol ke weh? dulu gaduh2 macam haram!" "kalau da suke tu suke jugak~" - kawan aku mengajar aku bahawa dalam dunia ni apa-apa boleh berlaku.


macam cerita Spiderman dimana Tobey Maguire sukakan Mary Jane. tapi Harry dapat dulu. damn.

penonton pun kesian : "aww...~".


macam seseorang meluahkan perasaan nya terhadap seseorang kat kawan-kawannya. tapi kena tikam belakang.

kita penonton pun : "celaka sial budak tu!"


macam Tae Yang nak luahkan perasaan dia kat awek tuh. tapi mamat tu tiba-tiba je muncul entah celah mana.

kita pun "kacau daun sial mamat nih!"


.


its kinda pathetic of me. but in a movie the pathetic one is the hero, yo.


apa yang boleh dilakukan adalah dengan mendoakan kebahagiaan mereka. dan teruslah menari-nari.


kerana kehidupan itu membuat kita sedih. dan perasaan sedih itu adalah sebahagian daripada kehidupan kita.


hey. look at the bright side. diorang semua mana pakai wedding dress lagi. ngiahahaha


Tae Yang : "should be me, should be me yeah ah ah~~" perlu ke yeah ah ah kalau kau tengah merungut weh?



calu.

Is This Normal?( Celcom is getting suck)


tekan gambar kalau rabun


jangan risau. broadband ini bukan aku punya. aku buat harta je. tapi is this normal? it happens like every 2 fuckin minutes!! wtf celcom? not only this, but my friend's, lecturer's broadband oso.. :O

besides that. orang sms pun sejam kemudian baru sampai. aku call selalu out of service. wtf?

dah 2 minggu kena nih. ade kes gaduh ke kat pejabat celcom tuh?


zzzzzz

Jun 22, 2010

Optimistik

salam semua


laju korang nak baca blog aku kan? ahak, comel.


perut aku sekarang macam nak meletup. alhamdulillah. aku kenyang gila kaw sat. sekali sekala kejangkan perut apa salahnya kan? esok2 timbul lah balik 6pack aku ni. so, tadahal~

baiklah. sementara aku bersiap sedia untuk memasak cekodok ikan bilis kejap lagi, biarlah jari jemari aku menari-nari selaju mungkin. dan aku ingin mengambil kesempatan, alang-alang dah tersebut cekodok ni, biarlah aku minta maaf kepada Cekodok Hangit sebab sampai sekarang tak tunaikan janji aku. memang gedik manusia tabur janji nak buat macam macam kan? tapi sampai sekarang, cam haram. jadi Cekodok Hangit, kau sabar je la ye~~esok esok aku buat. ngiahahaha!

__________

optimistic - Expecting the best in all possible ways


padah selalu muhasabah diri sampai aku rasa diri aku ni seorang yang optimistik. uhuk uhuk. aku sudah mula poyo kah? contoh paling ketara boleh dilihat adalah melalui cara aku mengharungi 'life' yang penuh pancaroba nih!. aku seorang yang positif, oleh itu kadang-kadang aku melihat segala permasalahan yang berlaku di sekeliling aku adalah 'life'.aku menganggap ianya ujian dari Allah, dan juga menganggap aku seorang hero drama romantik aksi dan sebagainya.

bagi aku, definisi kehidupan atau 'life' aku adalah seronok, gelak kaw sat sampai keluar air mata atau terkucil, spontan, sakit, dramatik, tak tersangka, sedih, rakan-rakan, bengang, ekxtreme, rare activities, atau senang cakap perkara perkara yang tidak membosankan dan aku akan sentiasa ingat ketika tua kelak, perkara perkara yang aku akan menyesal jika aku tidak melakukannya dan aku akan sentiasa bercerita mengenainya di hari kemudiannya.

jadi apabila sikap optimistik aku digabungkan dengan definisi 'life' itu sendiri, itu sudah merupakan gabungan chemistry yang cukup lengkap bagi aku. aku memandang hampir semua perkara positively. kerana aku percaya, pengkahirannya cukup baik bagi aku.

apa yang buat aku terfikir untuk menulis perkara ini. kerana terdapat beberapa perkara yang berlaku sebelum ini yang sepatutnya-ketika-itu-aku-tak-patut-senyum.:

1) ketika aku kemalangan motor. badan aku sumpah tercampak ke depan weh! tempoh aku terbang tu cukup la jugak nak toleh kiri kanan. landing kepala, terseret dua dua lutut. tipulah aku terus senyum kan. aku mencarut-carut kat motor yang menyebabkan aku terbang. tapi apa boleh buat, dia lari cool je. kimmek tol. senang nak dipendekkan cerita, all the way aku ke hospital member2 aku tanya : "asal ko senyum2 zam?"

2) aku terpecahkan kepala aku ketika aku excited melihat orang ramai excited melihat aku dan mmbe2 yang tengah excited..(?) tipulah aku tak sakit kan. memang mula-mula rasa macam orang hentak tukul kat belakang . tapi lama kelamaan, dengan muka penuh darah, aku gelak gelak buat lawak dengan member2 aku. all the way pergi klinik member aku tanya: "asal ko gelak2 zam?"

3) aku kena kejar polis,sebab aku lari dari polis(kah!kah!) sebab aku terlalu relax, polis tu berjaya menangkap aku. sigh~ polis suruh aku tolak motor aku ke kereta polis. agak 2km la jugak jauhnya. tu la sape suruh lari roadblock lol. all the way aku menolak motor tu, polis tu tanya "asal ko senyum2 nih?amek barang ke hah?"

4) lepas kena sound dengan polis, aku terus pergi main futsal. (tengok, cool tak cool aku, kena tangkap polis tapi masih ada mood maen futsal~) dah sampai futsal, aku lewat 45 minit, member aku cakap: "blah r ko penipu. kena tangkap polis konon...gelak2 macam haram"



dan pelbagai lagi perkara negatif yang aku sentiasa handle dengan penuh macho dan tegar. tapi biasalah, aku bukan perfect. aku juga manusia yang punya kelemahan. terdapat juga perkara yang melemahkan rohani aku.

jadi kerana sikap aku ini, aku berjaya untuk menjadi seorang yang tidak gagal. aku belajar untuk meraikan rakan-rakan, dan perkara sekeliling. aku berjaya untuk melarikan diri daripada hakikat yang bahawa aku seorang yang tiada life kepada seorang yang penuh dengan life sampai aku tidak cukup masa untuk tidur!


the best outcome daripada situasi aku diatas tadi, yang nombor satu, aku berjaya berkenalan dengan seorang nurse yang sangat cantik, muka matang. (demmit aku rindu kau!) dan dari kaca matanya aku tahu dia seorang yang notty~.ngiahahah.!! dia berumur 18 ketika aku 19tahun, kerja part time. sekarang, sudah lost contact...sedih.

yang nombor dua...mungkin tiada kot. memang macam sial adalah. hahahaha! tapi, insiden itu mengajar aku untk berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara. dan mungkin the best outcome is, i gave my friends a happy time. lol

yang ketiga, aku tidak kena saman. how cool is that. lari daripada polis, main kejar2 dengan polis. tapi tak kena saman~

yang keempat, aku tak yah bayar futsal. ngiahahahaha!


mungkin post kali ni pendek. but what am i tryin to say. being optimistic is not bad thing okay. actually it is g,gggoooood~



senang cakap, dia serupa diaplikasikan dengan sentiasa percaya Allah itu ada untuk kita.


calu


aku kena bahan dengan zaki ngn anas cam haram. malas je panggil ko kutiman weh!haha :P

Jun 17, 2010

Bila Aku Jadi Friendly

dia tuka profile picture gambar bapak dia pulaaaak


XD

Jun 15, 2010

Masuk Air

salam semua


dalam usaha memberi senyuman, merangsangkan otak dan memberi inspirasi kepada semua (cheyh...!) aku gembira bila mendapat tahu kepoyoan aku sebenarnya tiada sianya. ya, ada juga sebenarnya antara nukilan aku mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu. dan reaksi aku.....senyuman joker, lol.


baiklah. musim bola sudah hampir seminggu bermula. di facebook dapat dirasakan dengan gelombang gambar profile jersey team2 pilihan mengalahkan musim protes serangan konvoi Gaza menggunakan bendera Palestin. penyokong Spain, what up?

.

semenjak, dua menjak, tiga menjak ini, aku sering kali masuk air. bagi kalian yang innocent dan tidak tahu kejadah apa itu 'masuk air', (tiada maksud di dalam kamus) tetapi ia sebenarnya situasi di mana si polan ini akan melakukan sesuatu yang dia tidak akan lakukan pada situasi yang normal akibat kebosanan yang extreme atau sebab lain yang tertentu.

"kenapa dia kentut kuat kuat? tak pernah dia kentut selama ni!" - masuk air
"kenapa dia ni raba-raba aku? gay ke?" - masuk air
"kenapa dia lari topless kat tempat awam?" - masuk air
"kenapa dia jerit-jerit macam sial?" - masuk air

senang kata 'masuk air' adalah dua perkataan yang terabai di dalam kamus dewan kerana ia merupakan level sebelum 'tak masuk akal' di mana selepas itu adalah 'gila'. dan what is good about it is 'masuk air' boleh dipulihkan dengan perkara2 yang life. dan ianya tidak akan melekat pada seseorang selamanya. ianya hanya terjadi di dalam situasi yang sia sia(membosankan) dan actually 'masuk air' adalah perkara yang menyeronokkan jika ia di-enjoy secara tidak berlarutan.

terdapat juga lain perkataan yang juga sangat popular tetapi langsung tidak mempunyai qualification untuk diletak di dalam kamus dewan which is, 'lampi'. lampi adalah perkataan unik yang menggabungkan 2 elemen bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. dimana 'lam' disingkatkan daripada perkataan 'lambat' dan 'pi' berasal daripada pick up(kutip). lalu menjadikan ianya perkataan yang sangat famous, 'lampi' (lambat pick up) yang sering digunakan ketika masa masa yang kasual. mengikut ayat2 yang spesifik, ia boleh menjadi adjektif, kata kerja mahupun kata panggilan nama.

"weh lampi, dengar tak?" - lampi
"aku kata ko gay sebab ko tengah buat apa sekarang ni? ko jawab!" - lampi
"ini nombor 7! kalau aku nak cakap 52, aku tunjuk 5, baru 2!" - lampi
"errrr......................................" - lampi
"aku nak pergi buang air jap.." "asal ko nak buang?kasik aku la" - lampi


dan ada juga perkataan lain...seperti mancapap, di mana di dalam versi baku nya, 'mencapub' yang membawa maksud mencari publisiti....


wait. aku sudah semakin jauh dengan tujuan asal aku.


ok. baiklah. as i said before, semenjak, dua menjak, tiga menjak ni aku banyak kali masuk air. aku melakukan perkara yang aku tidak lakukan ketika normal. mungkin akibat kebosanan yang extreme, aku banyak melakukan perkara yang menyeronokkan diri aku, yang melawakkan bagi mereka menonton dan mengannoykan bagi mereka yang MATANG.


ya. mereka yang KONONnya matang.


'matanglah sikit weh'.
ya kau buat aku teleng.
kau bersuara kerna cemburu
aku bersuara apabila diganggu

jangan ingat kita membesar tugas hanya memikul tanggungjawab
jangan ingat kita tua hanya menunggu mati
kita tidak boleh lari dari realiti
pernah tak dengar pepatah jaga kain sendiri?
ya, niat murni. cuma memberi ingatan.
tetapi tidak salah kalau aku ikut kata hati
jangan cakap aku tak matang kalau kau boleh bual benda tak matang.

kita mencapub bukan tiada harga diri
kita mencapub sengaja mencari reaksi
hayati
kita bersuara kadang-kadang berbunga
engkau matang tapi engkau lampi
nak kata ada matang, fikiran masih dalam kotak

kau cop orang tak matang
tengok diri sendiri
macam jadah letup sikit langsung tiada hujah

sudah sudahlah dengan engkau punya matang
aku bosan lihat kau bajet matang cuba bermadah
kita sendiri bosan bila menjadi matang
kau berfikir dengan perspektif yang sehala
kau terlalu ego. kesalahan orang jelas terang, diri sendiri cermin pun tak pandang



jadi pergi mampus dengan engkau punya matang.
jangan cakap aku macam sial hanya sebab menentang
matang kau matang macam gampang


calu

Jun 14, 2010

3RUN Malaysia : Bounce ( Our Latest Video)

salam semua.





our latest video, yo. its been awhile huh?


5 days of shooting and countless time of fun. tengoklah video baru kami ni tanpa segan silu ya! ajak kakak, mak, awek, kakak angkat, ex, makcik, adik perempuan, sepupu perempuan dan kawan kawan perempuan kalian tengok ramai ramai!!




calu

Jun 5, 2010

Melalut

salam semua


memang tak sangka aku akan cakap begini. tapi, aku bosan der!? hari ni, semalam, kelmarin...merupakan hari yang membosankan. tiada perkara baru, tiada benda buat aku gelak ternganga, hanya routin biasa sebagai pelajar. masuk kelas, keluar kelas, balik bilik, keluar bilik, memasak..(aku sekarang tukang masak rasmi bilik aku, yo.)


senang cakap, tiada LIFE. ah...usah maki hamun cakap aku ni muslim tak guna. pergi sembahyang sunat la, baca quran, ikuti perkembangan konvoi Life Line Gaza ke pe..demonstrasi penyerahan memorandum, aku tahu semua itu. tapi kalau dah memang bosan tu, bosan jugak.


jadi apa salahnya jari jemari aku menari-nari ni paparan blogosfera.


so sekarang ini aku meniarap atas katil, ( memang pemalas, online pun baring..heh.) berjemur di bawah angin kipas mengeringkan peluh selepas selesai bermain badminton dengan keadaan topless. paling kurang ada jugak aktiviti tadi....kan? sebelum kalian jijik euu euu sama aku sebab basah berpeluh pun baring atas katil, aku dah pun lap ok. depan cermin. nak tahu tak? pergh, bukan main lawa badan aku depan cermin...dayum son! macam model2 seluar jeans tu, yang dia orang apply minyak zaitun kat badan sebab nak kasik otot kilat2, ha macam tu lah badan aku.


"ah ko, badan kedeng. perasan lebih"


so what? kau nak aku kutuk diri sendiri? komen2 merungut tentang hasil pemberian ciptaan Allah yang flawless ni? itulah, kadang kadang aku tengok manusia tak bersyukur dengan apa yang ada. merungut kening bersambung la...tangan panjang la...gigi terabur la..buncit la...badan pendek la..kulit hitam la...peha besar la.. dah besar tu besar jela. siapa suruh tak kecikkan.


aku lagi suka tengok orang yang bersyukur dengan apa yang ada. macam Paris Hilton, kononlah dia tengok cermin pastu cakap "damn, im so hot." and then dia jilat jari letak dekat punggung lepas tu buat sound effect "pssstttt" konon nak tunjuk dia tu memang 'panas' gila gaban. ok, mungkin dia tak bersyukur kepada Allah sebab she's a bitch, kapir. tapi, dia menghargai apa yang ada. walaupun dia tu tak se-hot mana, kaki pun tulang je, tapi dia tetap convince diri dia hot. contoh lain yang kita boleh guna...ok. seorang lelaki. Farid Kamil. pelakon yang agak popular kan. tapi, perasan tak perasan, hensem hensem dia pun muka dia pun ada juga jerawat. jadi, apa rahsia dia? mestilah kesyukuran dia dengan pemberian tuhan. lalu ia membuahkan satu sifat keyakinan diri untuk berani menjadi pelakon. alah, tipu punya kalau takde satu hari dalam hidup dia tu, dia pandang cermin and then cakap, "hensem kaw sat hang nih! anak hagham sunggoh!" eh..jangan kata orang orang macam dia riak pulakk...dia orang just being grateful.


senang cakap macam ini lah. kalian lepas mandi, sebelum keluar ke mana, mesti bersolek-solek depan cermin. nak tahu tak? sebenarnya depan cermin adalah salah satu tempat pahala kita naik paling banyak tau? sebab mesti kita secara batil, time tengah letak make up, letak minyak rambut, sikat rambut, pakai tudung, pakai oxy, pakai baju, bau ketiak or whatever, we look deeeep in our eyes, to our face...we convinced to ourselves, "youuu areee fineeee". dari situ kita dapat keyakinan untuk keluar pintu rumah. berbeza orang berbeza cara ok. mungkin ada yang membuat-buat reaksi muka untuk mencari pose yang paling comel. ada juga yang ternganga-nganga mulut, muncungkan bibir, ada yang yang angkat-angkat kening, senyum tersengih...eksperimen stail2 rambut, buat muka serius, muka gembira, muka gelak, muka minta tumbuk, muka horny....dan macam macam lagi. walau apapun reaksi korang depan cermin, sebenarnya, mengaku jela, kita semua bersyukur dan (bangga) untuk mendapat wajah di dalam cermin tu.


well, surely it is not a bad thing. dapat pahala bai~


sebab tu aku suka cakap diri aku cool, awesome, sensasi, cute, sasa dan pelbagai pujian keramat yang lain. sama seperti semua orang, tetapi, aku cuma menzahirkan perkara itu. sebab memang walaupun kebanyakannya kontra, tetapi sekurang-kurangnya aku juga bersyukur dengan apa yang ada. dan ia juga merupakan doa. sebab mana tahu, secara tak sedar aku bakal jadi orang paling sensasi satu hari nanti? aku lagi suka berperangai masuk bakul angkat sendiri daripada aku masuk bakul and then susahkan orang minta tolong angkatkan. so, fikirlah sendiri.



.....





apa tujuan sebenar post ni der?


calu
(aku masih tengah bosan)

Jun 4, 2010

Layu

Aku lihat layu dalam Melayu


Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati
Dan akhirnya ku akui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri


Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya


Ku lihat layu dalam Melayu


Takkan Melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam melayu


Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu


Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai