Jan 28, 2009

Pusing2 Di PD

salam

ok. ini video kami di P.D. di edit oleh amir.



korang mesti tercari2 di mana keyrana kan?

calu

Jan 26, 2009

Orang Sekarang Nak Kiamat Cepat Agaknya

carian google terbaru aku - 'pondan 360'

salam semua

ayat ini familiar bagi anda? - "ape ni, tak remaje la weyy"

membawa aku untuk berfikir sejenak akan persepsi orang sekarang. skop tidak disubjektif kan kepada remaja, tetapi umum. orang dewasa, kanak2 remaja, pakcik makcik, bibik2 techno.

baik. rata-rata orang sekarang bangga dengan perihal negatif yang mereka lakukan. mereka tidak lagi sibuk berlumba2 ke arah kebaikan. kegelapan nampaknya lebih menepati cita rasa orang sekarang. malah, ada yang berimpian untuk menjadi ter-top diantara the dark siders(nakal,jahat, otai, yakuza dsb.)

dimanakah zaman berlumba2 ke arah kebaikan? amal maaruf nahi munkar? orang sekarang sibuk dengan perihal myspace. sibuk merayu agar gambar mereka dipuji puja hanya untuk kepuasan nafsu yang tidak dapat dizahirkan. lebih melayan muzik daripada pelajaran sendiri. berlepak.tidak dengar cakap ibu bapa.malam lebih galak daripada siang. sedangkan telah di habaq awal2 oleh tuhan, dijadikan malam untuk rehat, siang baru hoyek. orang sekarang beginilah. orang sekarang nak kiamat cepat agaknya.

remaja2 sekolah serius kembang bercerita betapa cool nya mereka di sekolah. bangga ponteng kelas, lari keluar ke midvalley. bercerita keaiban cikgu sendiri. gaduh. cerita mereka diiringi gelak tawa senda dihiasi asap kepul shisha. mereka bercerita dengan penuh serius dan tanpa rasa bersalah. para bibik techno pula menghilangkan penat lelah dengan bergembira tawa mengumpat majikan menggunakan bahasa jawa pekat sambil meneman budak2 bermain di taman. serius sekarang bibik dah buat groupie. konon aku tak fahamla? aku tahula kutang tu maksudnya coli. para orang2 otai pula bangga malah riak apabila berjaya 'angkat' motor LC malah memberi perkhidmatan kalau nak motor murah(panas) calling2 sahaja.

pada malam waktu, lepak,sampai lebam. apabila seorang rakan ingin balik mahu rehat (akibat keletihan berfutsal, mengantuk dsb.) confirm ayat ini keluar. "rilek dulu, malam masih mude. get a life la weyy tak bujang la cmni"

life?ini yang dikatakan life? lepak2 duduk memanaskan punggung bersama teh ais sambil melihat maple mengemop lantai dengan penuh serius. life~~kadang2 siap bergurau senda dengan maple tuh. sekali maple bukak bahasa dia, tak faham. entah2 dia tengah kutuk carut korang.

dan apabila rakan mereka berbuat baik. memakai baju melayu, baca quran mahupun sembahyang. terperanjat macam nampak hantu. - "weyy, ni wan ke ni?(contoh nama) nak kiamat dohh" mereka seakan-akan tidak dapat menerima kebaikan lagi2 apabila kawan mereka sendiri yg berbuat demikian. di kolej, aku kadang2 suka mendengar nasyid. dan aku kadang2 bengang bila ada orang cakap "lagu apa ni..per cer ni key, tak leh dengar doh.mengantuk aku" laknatullah betul budak ni.

aku tahu, memang lah alasan nya hanya gurauan. kita mengaku, baguslah berbuat baik,kan? cuma apabila reaksi pertama mereka itu telah cukup membuktikan kesedaran kita lemah.

didalam diri manusia ada 3 bisikan(kata).ini fakta dari ustaz aku, bukan aku bega pandai ye. bisikan hati yakni kata yang bersih dan betul. bisikan syaitan dan bisikan nafsu. di dalam diri kita, bisikan syaitan dan nafsu adalah yang paling kuat melalak.(boleh dianggap jeritan, bukan bisikan lagi.) terakhir bisikan hati. oleh itu, reaksi spontan yang dibuat2 tadi adalah dipengaruhi daripada bisikan2 tersebut(syaitan dan nafsu). oleh itu, haruslah kita berfikir sejenak dan dengan betul agar kata hati dapat mempengaruhi segala tindakan kita berbanding syaitan dan nafsu.

kesedaran diri amat penting di dalam kehidupan, pada setiap aspek. seperti slogan, fikir dulu sebelum buang. analogi ini boleh dikaitkan dlm kehidupan kita. kita memerhati jenis apa sampah itu. dan mengenali dan tahu setiap warna tong sampah berlainan warna mempunyai berlainan peranan. begitu juga dalam hidup kita. kita tahu baik dan salah. kita tahu apa yang diperlukan. takkan buang kaca dalam tong sampah plastik kot? penghayatan dalam agama penting dalam menjalani kehidupan.

aku mengaku. actually perkara diatas hampir semua berlaku ke atas diri aku. sekeliling aku. aku sedar dan ingin (bajet) menyedari. aku cuma bagus dalam menaip tapi lemah pada fiil. hanya dengan cara ini aku mampu.esok2 bila aku baca balik mesti aku akan fikir bapak cool aku ni. bajet bagus pun ada jugak. pada masa yang sama menasihati diri aku yang mungkin ketika itu dah hilang kesedaran. kan zam kan?

kelincahan jari aku menaip terhenti di sini apabila aku adik aku mengetuk pintu. idea sudah hilang. dan daripada aku melalut bajet bagus lagi, aku berhenti di sini shj. jadi, mari kita fikirkan. sama2.

calu

Jan 25, 2009

Letih Tahap Gaban

salam

ever heard a day full of action packed situtation? that's what i've been having just now.

ok. enough with the english. (?) enough lah!..sudah!

ok. aku tak nak syok sendiri sangat2 pasal hal nih. biar aku ringkaskan. (mata yang tajam amat diperlukan untuk post kali ini.)

jumaat. perjumpaan terakhir sempena classmate nak pindah. tak cerita ramai orang lambat, tunggu sampai tumbuh akar kaki. then gerak lowyat naek motor. ya, naek motor. tak cerita lagi tayar pancit. pergi kedai tuka tayar. tak cukup duit. patah balik cucuk duit. dah siap gerak lowyat. masuk terowong SMART. oh aku lupe,naik motor. motor mane boleh masuk SMART. ngoi. kena tahan. patah balik, pancung jalan. tak cerita lagi cina2 balik kampung nak sambut raya sibuk horn2 kami macam nak buat lagu. sebab dah tak boleh masuk SMART, tak tahu jalan. sesat. tak cerita lagi berapa kali round KL tuh.pejam celik, times square depan mata,lega. sampai. ok bagus. masuk lowyat. tak cerita lagi eskulator rosak. 2 tingkat lagi. ok. tak kisah. maskulin. debat2 dengan tauke, dapat murah RAM 2Gb. mantap. balik kolej. on the way hujan. basah. tak cerita lagi motor habis minyak. selamat stesen minyak kat depan. tak cerita lagi depan tuh jauhnya 2km. dengan traffic jam nye. haih, life. ok2. sampai kolej. pukul 7 malam. tak cerita lagi pukul 8 ade exam english. naik dewan periksa, fuh, penoh. takpe2, turun tangga. tak cerita lagi 3 tingkat aku turun. pergi audi, jawab kertas. tak cerita lagi budak sebelah aku meniru aku. mana taknya, jarak selubang hidung je. exam ke apa ni? ok siap. balik bilik. then pergi bangi seksyen 15, minum. sampai pukul 3 pagi. tak cerita lagi time balik, pak guard tak kasik masuk. takpe2, balik bangi. tidur dekat surau. tak cerita lagi tidur dekat sebelah bilik mandi jenazah. tak nak tidur dalam, kacau jin sembahnyang kononnye. tidur...tak cerita lagi adegan pertarungan dengan nyamuk. sengit. pejam celik dah subuh. balik kolej. sejuk. sejuk gila. time ni dah hari sabtu. tak cerita lagi lepas balik tu pergi midvalley. naek ktm. dah cerita belum ktm penuh? kitorang sardin? belum kan? tak cerita lagi berapa lama lepak midvalley tuh. pejam celik dah maghrib. balik...penuh lagi,sardin lagi. sampai rumah pukul 9. tak cerita lagi lepas tu baem ajak lepak. takpe, kawan, layan. tak cerita lagi lepak sampai pukul satu pagi. dah hari ahad..

dah. aku taknak cerita lagi. letih. aku nak tido.


tak cerita lagi pagi ni nak pergi p.d pulak.


calu

Jan 20, 2009

Programming Sucks My Life Out

jari aku patah

locker aku hancur

duit aku hilang

semua programming punya sebab. ditambah lagi budak2 kelas macam sial. antara banyak2 kawan hanya seorang yang 'prihatin'. itu pun mesej pukul 8.30. kelas pukul 8. belum tambah lagi mesej dibaca pukul 9.40.

yang sepatutnya kelas hari ini pukul 11.30. aku tidak tahu(langsung) ada kelas pindaan pukul 8. malam tadi aku sibuk study programming untuk presentation hari rabu(hari yang sepatutnya). baca fiqh lagi. kenapa budak2 ini sial sangat? tiada langsung usaha misscall? sms? kedekut babi. handphone sorang dua bijik. aku paling paling benci pantat yang pentingkan diri seperti mereka.

sekarang markah aku tak dapat. aku mungkin di bar. semua gara2 kau.

terima kasih. very much. NOT!

Jan 19, 2009

Meet Uncle Faizal

lelaki pertama - menjerit melalak melompat dengar keputusan faizal guna sony ericcson.

lelaki kedua - sms "hehehe, confirm faizal menang weyy.band kau suck" bila faizal dapat trofi ketiga

lelaki ketiga - muka confident. smlm manchester menang faizal confirm menang jugak.

lelaki keempat - blurr. tak minat muzik melayu katanya.sibuk mennyebarkn ideologi hollywood nya

lelaki sensasi - cool, tenang dan masih berharap, tidak gentar

....

lantak la faizal dapat berapa banyak anugerah pun. meet uncle hussein tetap juara. RM25,000 dia bedal. in your face!


lelaki sensasi satu, lelaki bernombor kosong

wahaha

tu la faizal, kerek lagi ngn aku dekat PWTC ari tuh. indie rules!!

calu

mati2 aku ingat faizal menang. time dia nyanyi teremang pulak bulu jantan aku nih.

Jan 15, 2009

Inspirasi Hilang, Tension Datang

salam semua

semenjak Chelsea kalah hari tu baru aku tahu semua warga kolej aku ni sokong ManU. wtf?

bila dah seminggu tak menaip, aku semakin malas ingin membuat post. mungkin cuti yang 'lama' tu memberi kesan. aku dah kehilangan sentuhan. inspirasi dah tak mai.

minggu lepas aku dah cerita aku sibuk dengan assignment.

sibuk.

assignment.

ya, aku seorang yang pandai membahagikan masa antara main2 dan pelajaran.cool what?

dari orang tu ponteng sana sini, looser~ dari dok sorg2 surfing blu,looser~

bagi aku, assignment yang paling mencabar minggu lepas adalah english journal yang aku hanya mampu menaip 10ms, straight. (tipu: 8ms sebenarnya, diselit2 gamba jadi 10ms). tajuk journal aku 'Friendship'. interesting kan? nak baca? uwek.

projek design cd dan beg aku pula berjalan lancar, aku kira. mana taknya, satu malam aku buat.lancar kan. kan?

kepada En *** **** kenapa dari banyak2 subjek, subjek ang yang paling buang duit? hisap gam!

aku ingat minggu ini aku dapat release tension sikit. sikit je, tolong la.

...

aku tertipu diri sendiri. minggu ni 4 kelas programming berturut2. (baca: malam isnin,pagi selasa,malam selasa, pagi rabu) aku dah la tak pandai 'bercakap' dengan komputer. presentation, assignment, nak menangis aku.

argh!

aku rasa nak terbang ke Alaska sekarang. satu2 nya tempat untuk lari dari masalah. betul ke? Homer Simpson yang cakap..


calu

Jan 14, 2009

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 002

salam

huyo..macam mana boleh laju pulak dapat wireless ni? (aku baru tahu ada cara nak masuk youtube even server kolej aku da block. yatta!)


ok.mlm tadi, bukan.petang semalam. dia lagi. tak habis2 dia. shit.


kali ni scene dia aku rasa dekat shopping complex nak detail aku pun tak tahu kt mana. dia macam biasa kerek2...malu(?)


time itu aku wat solo demo beb!demo parkour. dan dia ada tergolong dalam penonton. i was like, since when you are here?

watak tambahan, (kawan: baem) dan kakak dolah.kakak dolah dalam mimpi ni nakal gila boleh dalam mimpi tu tengah sempit2 dalam lif dia tolak aku keluar sampai terkoyak seluar aku. malu

tapi dalam mimpi tu dapat tengok dia senyum.....

......

kalau mimpi ni mainan syaitan stop playing with me setan!!!

calu

aku harap ianya petanda

Jan 3, 2009

Kelam Kelibut

argh

assignment tak sebulu pun sentuh

-15 pages of english journal - submit 9hb
-design/sketches for cd
-design/sketches for shopping bag
-presentation fiqh
- programming

ada dua hari nak buat semua ni. padan muka. jangan jadi macam aku

usrah da banyak kali tak datang
silat lincah( koku) tak pernah datang lagi

gila weyyyyh!!!


_____________________________
TAMBAHAN
_____________________________

dah tengok trailer dragon ball evolution?

dah tengok trailer xmen origin: wolverine?

pergi tengok! filem yang aku tunggu lama gila babi. nanti cerita.

calu

Jan 1, 2009

Kira Dari Awal semula

salam tahun baru dan awal muharram jika masih belum terlambat

aku boleh agak pelbagai karenah manusia di malam new year. ada yang mungkin duduk rumah ditinggalkan kawan2, ada yang hanya menghabiskan masa bersama Maria Ozawa ataupun ada yang kata malam itu malam rempit's day out. (ayat ini macam familiar r..)

bagi aku opening tahun ini seperti biasa. tak segempak perayaan sambutan pembukaan sukan Olimpik Beijing, tak semeriah perayaan hari raya Aildilfitri mahupun Tahun Baru Cina. hanya berjalan di sekitar Putra Jaya sambil melihat muka2 pecah mencelah2 kanan kiri utk mbebaskan diri dari traffic jam(rempit). ya, langsung tiada bunga api. tiada letupan. hanya bunyi enjin dan rungutan. bunyi mercun kalau bertuah, boleh dengar sekali dua, itupun mercun mancis.

apakah azam tahun baru anda? awek baru? nail a corkscrew? belajar sungguh2? nak berubah? apa2 pun niat kau orang, cuma ingat, perkataan 'azam' tu adalah nama aku. lepasni semua mesti cam, "abang azam, azam saya adalah untuk berazam..."

ho ho~


aku masih ingat lagi waktu darjah 3 atau 4, musim PS One. punya aku berusaha nak dapat mendalah tu. that time minyak murah lagi, tapi benda2 baru macam PS One mahal gila. 800ringgit. sekarang? ntah2 buat trade in utk cd game PS3

bapak dolah : apa azam tahun baru dolah?
dolah : azam dolah nak berusaha bersungguh2 paksa abah belikan PS One.tak kire.
bapak dolah : wtf??

ya, aku rasa time ini memang aku zam2 gila babi nak dapat PS One. tahun tu aku belajar sungguh2. naik la 2, 3 tempat dari tempat last. bangga. tahun tu aku mengaji khatam dua tiga round. kadang2 tak sengaja terselak dua tiga muka surat sekaligus. bapak dolah pelik semalam baca Yasin, esok dah sampai Al-Mulk. laju gile~ beze muka surat bape puluh tuh.

haha. what a year, what a year..

sekarang aku dah besar panjang. duit pun dah segan mintak. kalau boleh nak je mak suruh tolong beli barang tiap2 hari. baki nanti boleh buat harte. ngeh ngeh

jadi aku rasa takde la sangat impian untuk dicapai tahun ni. cuma dlm study ingat nak dapatkn dekan, kalau mantap agi kasi rektor~

oleh sebab aku ini freerunner. jadi aku nak muhasabah diri sat dalam tricks yang aku dah capai, within this year. check it out~

back flip
front flip
side flip
wall flip
gainer
btwist
j-turn
a-twist
back flip 360
back flip 180(arabian)
front flip 180
aerial
b-kick pun nak bitau~

aku rasa ada lagi. tak ingat lah? memang aku dah land semua ni. cuma sekarang masalah hilang tak hilang je. tak caye? tak nak sudah. aku pun tak caya sangat dgn kondisi kepale aku skrg.

jadi tahun sudah up satu digit. diri kita pun up sama. nilai2 positif ditingkatkan. negatif perap sampai jadi jeruk. ok? jadi kita kira dari awal semula.


satu haribulan satu dua ribu sembilan.


calu

abudi, gelak terbahak2 ko ngan suara tak pecah tu aku rasa negatif do. kau kena perap sikit. ngeh ngeh