Apr 29, 2009

Apa Pendapat Anda Tentang Gay?

salam semua

okeh. aku nak komen post amir ni melebihi seratus! jadi klik link bawah ini

http://axidrain.blogspot.com/2009/04/gay-people-woot.html


baca, dan beri pendapat kalian. kalau boleh, anonymous fuck off.

jom, bincang masalah dunia.



calu

Apr 28, 2009

Playing With HDR 002









selangor menang yay~


amir, macam mana nak kasik gambar smooth, tajam dan hao liao? gambar aku pecah2 sial


calu

Apr 25, 2009

Temporomandibular Disorders

hampir 10 juta orang kena penyakit nih..




...





...




cis, penyakit aku tak rare langsung, not cool!




calu

lepas ni cari maklumat penyakit bahu aku pulak

Apr 22, 2009

Andaikan besok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sebelum mati?

salam semua

mulai hari ini akan muncul tag baru di dalam blog, 'persoalan'.



...



cool kan?


haha. agak lama aku tak mengemas kini blog. mungkin terlalu faking gile sibuk dengan pelajaran di kolej. dan menikmati kehidupan serba gembira aku bersama rakan2 sebilik, sekolej, sebangi, senegara.. faking asam.

dan ya, terima kasih afie, nukilan ini inspirasi dari kamu. tak nak cakap panjang, syok sendiri aje la ya?


ok. andaikan besok hari terakhir anda hidup, apakah perkara yang ingin di buat sebelum mati? bagi aku, sebagai muslim. konferm2 lah aku top up ibadah aku 100 percent. iktiqaf dekat masjid. qiamullail, puasa, yassin 41, dan segala amalan2 yang confirm boleh buat aku masuk syurga. wakaka. oh ya, bayar hutang.


tapi, soalan ini aku tak ingin terlalu beragama. jika dari sudut kehidupan, jujur, apa yang kita akan buat? aku dapat agak mungkin ada yang ingin pergi terjun bungee dekat menara KL, atau bakar rumah orang yang dibenci, tak pun makan 40 biji ketul begedel, tumbuk orang yang selama ni patut kena tumbuk sehingga lah meluahkan perasaan terhadap insan tersayang, euu.


jika dikira dari jawapan afie yang mahu peluk, cium tangan dan dahi ibu bapanya. sangat jujur dan manja. haha. aku tak de masalah dengan ko weh! betul! jawapan yang jujur dari dasar hati nya membuat aku berfikir, apakah kita perlukan sesuatu pengeras atau katalis untuk memotivasikan kita melakukan perkara yang kita langsung tidak akan kita bersedia untuk melakukan? apakah harus diugut mati baru kita akan melakukan perkara tersebut?


majoriti manusia selalunya akan merancang dengan perkara yang akan dilakukan kelak. masa, lokasi merupakan elemen penting dalam perancangan ini. selepas ini aku nak buat itu....lepas itu baru aku buat ini....nanti lah aku buat...aku akan buat dekat situ...blablabla. kenapa tidak sekarang? apa salahnya? kita selalu akan takut dengan akibat. itu merupakan alasan terbesar manusia. dan sejarah mengajar kita alasan adalah penyakit terbesar manusia.


apakah perlu tahu masa kita mati baru kita akan hidup dengan sempurna? mungkin ini hikmahnya tuhan menjadikan ajal tidak mengenal umur, masa dan tempat. bila2 dan mana2 kita boleh mati.

jawapan aku, andailah aku akan mati esok, perkara yang akan aku lakukan adalah.....ngok ngek. biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. dah buat pun. dekat mimpi. mungkin juga aku tiada perkara yang ingin dilakukan kecuali memperbanyakkan ibadat. fuyoh.

kalian bagaimana?


calu

Apr 17, 2009

I'm Happy With My Life









wakaka


walaupun panas terik. walaupun tak cukup tido. walaupun banyak assignment. walaupun kena redah hujan. walaupun tayar pancit. walaupun kena maki. that's LIFE. that's the way it is. get over with it.


best kaw sat.


calu

Apr 15, 2009

That Night Was Faking Asam

salam semua (post kali ini khas untuk kaki2 bola)


post kali ini aku nak cerita bola jer. aku seorang yang sihat. tak macam amir, buncitkan perut dengan Xbox die. haha!


undescribable. unforgettable.

the most amazing night i had at section 15. the match between Chelsea dan Liverpool was faking asam! faking godlike! the best match everr.! XD



rata2 aku tengok penonton semua memakai jersi2 pasukan mereka. aku hanya simple. sweater. cis, kenapa la tak beli baju chelsea dekat downtown tadi.

membe2 yg lain sibuk tanya baem kat mana. dia kat sesyen 4 tambahan, ajak lepak sekali tak dapat. mungkin takut kot sebab membe aku yg sokong liverpool 2 3 orang je. yang lain chelsea =D


nak kate riuh dia macam sial. macam dekat stadium. first half liverpool dah score 2. aku dah koyak. bob sibuk kutuk2. smart gile freekick Aurelio..ntah betul tak ejaan dia baem? bola pancing kot. bajet nak cross, tapi shoot direct. faking jualikan!(selfish) tapi serius, smart. ditambah lagi dengan penalty. aku agak kurang menerima keputusan reff. ivanovic tolak slow je kott.

tapi takpe, kepercayaan itu penting. 2nd half menyusul..

2nd half dimulakan dengan gol yang agak tak bergaya daripada drogba. can be considered as own goal tho. tapi respect anelka, long run + cross dia cantik time tuh!

suasana makin genting. aku berdoa . kumat kamit mulut aku. tak lupa juga aku selitkan doa nak moto aku. ya, freekick! time ni aku emotional gile. pejam mate, genggam tangan dan berharap. macam anak sendiri main dekat piala final la pulak en. then gol wo! woooo. aku menjerit2 melalak. ketuk2 meja. sampai limau ais kegemaran apis tumpah wo! haha. faking asam!

but wait.

bila replay dimainkan....lol. tak gol rupanya. masuk belakang gol la weh! tak de la segan en! haha! sume boo aku siall. sampai orang yang tak kenal pun tunjuk thumbs down kat akuh. haha! malu beb!

but wait.

rupanya ada silap faham. wisel freekick tak ditiup. so second chance ade! hahaha! kali ini aku gentleman sikit. menongkat dagu sambil mengirup teh ais sambil cover2 malu. dan GOL! kali ini aku lagi sial. naik atas kerusi angkat tangan sambil melambai orang ramai. riuh gila! aku berlagak macam aku yang golkan. hahahahahahaahahaha. huii, keluar air mata seyhh


that makes 2-2 with agregat 5-3. and then ditambah lagi gol lampard yang agak tipikal. gol suap. tapi lantak. aku sambut jugak. naik atas kerusi menjerit2 melalak. haha! malam ini malam aku!!

but wait. hujan lebat siall. orang2 luar semua masuk dalam. selamat kitorang memang duduk dalam. penuh macam haram. lagi teruk bila astro buat hal. fuckkk

yang besnya bila ada moment dapat balik signal tengok score dah 4-3. liverpool dah 4! woooot. pastu signal hilang balik. kecoh sial. haha

ada lagi satu gol dari chelsea aku tak ingat...yang aku tahu chelsea advance.wee~


yang penting aku emosi malam tu.


CHELSEA2

Apr 14, 2009

Kadang2 Kita Tak Sedar Dimana Kita

sangat 'rare' bila ternampak pak cik kontrak di pantai bersama troli satu tayar, jacket dan helmet safety..rare!


salam semua

memang kalau hidup berdidikan agama sejak lahir memberi kelebihan pada diri aku. namun ia juga merupakan beban kerana ilmu yang dipelajari wajib diamalkan dan hukum2 yang diketahui wajib diambil kira.

apabila berpendidikan agama, penampilan juga mesti lah sepadan dengan ilmu. tetapi kadang2 aku pun fikir, gaya penampilan aku ini, siapa sangka sekolah agama dulu? sekarang pun kolej agama!

memang banyak orang bagi alasan. alah, sekolah agama tak semestinya alim. rata2 sekolah paling teruk, sekolah agama teruk lagi! tengok lah, masalah2 bersepah dari sekolah agama. secara automatik memberi tanggapan buruk terhadap sekolah agama. haih..

sakit hati juga bila orang kutuk2 aku. berseluar jeans, rambut tak betul..haih. kita memang tak boleh tutup mulut orang. ini juga merupakan masalah mentaliti masyarakat kita. kalau aku kacau anak dara dia tak pe jugak. kalau aku perangai macam setan tak pe jugak. ini sebab aku pakai jeans dan tak potong rambut boleh cakap aku dari hutan? ngok ngek

perkara ini memang tak boleh ubah. masyarakat melayu sibuk kutuk bangsa melayu sendiri. "alah, melayu ni tak habes2 kutuk orang sendiri" <---dia ni melayu, tak ke sedang kutuk bangse sendiri ni? <--- aku jawa boleh kutuk2 melayu. haha!

cuba kita berfikir lebih terbuka, positif. macam pak cik dekat gambar tu. walaupun dia tak sedar dia ada di pantai Bagan Lalang namun semangat la la la kerjalah itu ada! hati dia ikhlas nak bekerja. ala, sesat ke pantai je pun..bukan sesat kat bandar. kat pantai boleh mandi!

dan bila kita implikasikan contoh tersebut ke dalam kehidupan kita, walaupun aku bersekolah agama, tetapi bergaya seperti remaja biasa. paling kurang aku tak hipokrit. takde lah aku nak berpakaian jubah sepanjang masa hanya sebab aku kolej agama. pergi masjid aku pakai baju melayu what? aku tak buat dosa2 besar. yang kecik2 pun aku cuba elakkan. ilmu aku ada, aku amalkan. jadi apa masalahnya?

kita memang tak boleh ubah hakikat mentaliti melayu sekarang. hanya sikit2 dan perlahan2. jika ingin mengubah secara drastik macam mentaliti jepun yang berdisiplin, bersih dan hao liaou, apa kate kita bom satu malaysia ni dan didik mentaliti yang lebih bagus kepada generasi selepas malaysia di bom.

calu


statement last aku tu boleh bua aku kene tangkap ISA!

Apr 9, 2009

Liverpool Terlalu Angkuh

chelsea chelsea!

3-1 bai. penyokong Anfield tergamam. priceless

aku tunggu je pjoe update blog die. wakaka

Apr 7, 2009

Playing With HDR 001

salam semua

yes. as told from the title. me are now officially an photo editor! NOT! lol. managed to play with my friend's camera, Nikon D90 and testing with HDR. still getting used of it and haven't found my own style of editing yet. but nevertheless, enjoy! :)




Zarif, with his hao liao pose.


the ladies~


damn we're so cool





this is imankong, a.ka craig david, tapi bila pakai spec hitam, just call him hancock



right click, open new tab for hao liao view






"stalker2 I, kalau nak amek gamba buleh, tapi buat santapan y'all sorang2 dlm bilik yew, jangan dijual2" - apon

"sementare aku tak label gamba2 aku lagi, baek korang jual cepat2" - abg awesome

"these pics are faking asam! fuckin proud of you son!" - bapak dolah
calu

Apr 2, 2009

Bila Dah Rasa Diri Paling Bagus...

salam semua



siapa sangka naib juara pendebat inggeris peringkat daerah ini pandai panjat bangunan? (gambar tahun 2006, debat kebangsaan. kalah teruk)



aku pasti kita semua inginkan kehidupan yang aman tenteram dan harmoni.menghayati kehidupan yang penuh dengan rempah ratus life sampai mati pun tak kan menyesal. tetapi kenapa ada sahaja pergaduhan yang jelasnya bertentang dengan fitrah alam?yang memang jelas berperanan sebagai julap dimana kalau telan akan sakit perut. atau bergaduh memang fitrah alam?aik?



peperangan, perdebatan, tunjuk perasaan, caci maki atau mengumpat merupakan proses negatif antara dua pihak dalam mencapai sesuatu atas kepentingan sendiri. (aku cuba menjadikan nukilan ini seumum mungkin)


apabila sesuatu ideologi tidak diterima ideologi yang lain. terjadilah julap ini. peperangan yang menghilangkan nyawa, harta benda dan rupa bumi. berdebatan yang membincangkan perkara yang jelas nyata akan jawapannya. tunjuk perasaan yang menyusahkan orang ramai (tetapi memberi bonus kepada polis), caci maki atau mengumpat yang hanya membawa kepada dosa, kegembiraan iblis, dan merosakkan sesuatu perhubungan.

ya, ini semua terjadi apabila sesuatu subjek rasa ia lebih bagus dari yang lain.


apabila tidak ada kesefahaman atau saling tidak memahami(dua ini membawa maksud berbeza) mula lah mereka akan bertindak. polis dunia akan mengebom negara pengganas yang banyak minyak. ahli parlimen akan mengusul untuk kebaikan diri bertopengkan kepentingan rakyat. parti haluan kiri akan mengambil kesempatan akan kesilapan kerajaan(yang bongak), membe2 akan bertekak dan bergaduh atau mengutuk belakang kerana takut nak berdepan dengan orang yang diumpat.

kenapa dalam perihal ini kita tidak menjadi seorang yang straight sahaja? kalau nak minyak cakap je nak minyak. toksah bom sana sini. kalau nak berdebat, pilih topik yang bernas dan bukan yang mengarut. dulu time aku seorang pendebat yang berjaya, ada satu tajuk yang sial.- "Gosip pemangkin kejayaan artis" wtf? dan apabila bergaduh tu cuba lah bawa berbincang. ini masam2 muka.saling tak tegur. dua2 bodoh. masing2 umpat belakang. dah la satu kelas, kalau assignment satu kumpulan macam ne? <--- ini tujuan sebenar post aku.hahahaha!!


sekarang bila dah makin rapat dengan membe2 aku. baru lah aku tahu, 'first thaught' mereka pada aku macam mana. ada yang cakap aku kerek. ada yang cakap aku cool,pendiam tetapi menarik. ada yang cakap paling baik sebab friendly. (dah nyata aku sensasi!)

dan bila tukar subjek lain. mula lah mereka mengumpat2. terkejut gaban aku. tak sangka. apakah aku seorang sahaja ada anggapan bersih kepada rakan2? what?ya, mereka fikir mereka lebih bagus even mereka masih tak kenal orang yang mereka umpat itu sepenuhnya. dan aku juga sebenarnya tidak dapat lari daripada bahana ini. entahla, nak kata terpaksa, aku boleh berdiam diri. mungkin ini fitrah manusia apabila manusia potpet2 yang lain put turut sama. dan aku juga ikutlah fitrah ini~ kasik topap.kutuk2. bak kata diri aku sendiri, ikut flow~

ada beberapa personaliti yang menarik aku ingin cerita di sini. seorang yang bajet diri 'complicated', berseorangan dan ingin orang memahami dia dengan sendiri macam dalam tipikal drama jepun. haha. jangan perbodohkan diri sendiri. tak ada manusia macam itu wujud kecuali di dalam drama jepun yang penuh angan2 palsu. dulu mereka pernah tanya aku. kenapa aku selalu berseorangan. ya, aku EMO! (aku suka memerhati) aku tak friendly! (aku suka berfikir, kerana apabila berseorangan kita banyak berfikir. juga penyebab kepada uban2 aku) dan ya, aku seorang yang bajet bagus, kerek dan tahpape! ( aku suka berseorangan) .seorang lagi kaki groupie. di mana semangat assobiyah-nya cukup kuat. orang macam ini survival level nya cukup rendah. kalau berseorangan mereka baru menyesal. tak keruan. boleh depress weh! dan bila dia cuba untuk berkawan dengan orang lain, janggal. haha. dan seorang lagi kaki maki hamun.panas baran.even ada orang yang dia langsung tidak kenal, buat muka kosong atau apa2 yang slek, habis. kena kutuk. kesian dia kan?

aku pasti personaliti2 macam ini banyak kat dunia sana. apakah kau salah seorang?


cuba jadi seorang yang memahami konsep kefahaman. dan apabila ada perkara berbeda, suarakan. be straight forward. kalau tak boleh juga, blog FTW~ aku ni kalau nak tahu, seorang yang open talk, friendly. boleh kata aku bukan loner, bukan groupie. ini bukan aku cakap. mereka2 yang beritahu. aku beritahu korang je.hahah! dan post aku ini bukan 'bajet bagus', aku cuma menyuarakan pendapat.



oh ya, semalam membe aku cakap aku mengigau. dia cakap aku senyum sambil cakap "yeye, dapat moto"

calu

Apr 1, 2009

Aku Nak Cepat Ini Sahaja Yang Aku Mampu

Baiklah. Hari ini April Fool. Hari-yang-tah-hape-hape. Yang penuh dengan pembohongan palsu. Pembohongan terhadap umat Islam. Pembohongan terhadap masyarakat. Pembohongan sana sini. Apa kau nak dunia ini jadi medan pembohongan?

free publisiti untuk azyan! ya, ini adalah petikan dari blog nya.lawat2 la ya!